HomeKewanganTawaran Tajaan JPA: Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2024

Tawaran Tajaan JPA: Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2024

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Pertama di Universiti Awam, Politeknik Premier dan Government Linked Universities (GLU) untuk memohon penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2024. 

Penajaan Program Ijazah Dalam Negara adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama  yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government-Linked Universities (GLU).

Syarat Permohonan

​​Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

1. Syarat Umum

  • ​​Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik iaitu bebas daripada sebarang penyakit kronik serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian (senarai penyakit kronik di Lampiran I);
  • Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
  • Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).

2. Syarat Khusus

  • Telah  memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama
    • sebelum tarikh iklan ditutup;
  • Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, hanya terbuka kepada pelajar selain pegawai kadet;
  • Tidak pernah gagal atau mengulang mana-mana subjek dalam mana-mana semester sebelum membuat permohonan; dan
  • Memenuhi syarat akademik seperti berikut:
    • Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian:
      • Pelajar telah memulakan pengajian dan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terkini sekurang- kurangnya PNGK 3.30 (bidang selain Kejuruteraan);
      • atau
      • Pelajar bidang Kejuruteraan yang telah memulakan pengajian dan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terkini sekurang-kurangnya PNGK 3.00;
      • dan
      • Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.
    • Bidang Perubatan dan Pergigian:
      • Memperolehi keputusan ‘Lulus’ bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian;
      • dan
      • Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.

Program pengajian yang terbuka untuk permohonan adalah berdasarkan senarai yang dikemukakan oleh setiap institusi pengajian terlibat dan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPA. Bidang-bidang yang dimohon oleh pelajar hendaklah telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau telah diiktiraf oleh Badan Profesional (jika berkaitan).

Bidang Pengajian

  • Klinikal dan Kesihatan
  • Sains
  • Kejuruteraan dan Teknikal
  • Sains Sosial

Bidang Pengajian Yang Tidak Di Taja

Berikut adalah bidang pengajian yang tidak ditaja bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) adalah seperti berikut;

  • Bidang pendidikan;
  • Bidang yang memerlukan pelajar mengambil jenis-jenis lesen seperti lesen penerbangan, lesen menyelam dan sebagainya;
  • Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS;
  • Program-program berkembar / ijazah dual / double degree / program kerjasama dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan;
  • Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;
  • Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA; dan
  • Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / dalam talian / pengajian tanpa subsidi yuran pengajian.

Cara Memohon Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ms/ bermula 29 Februari 2024 (10.00 pagi) hingga 7 April 2024 (jam 11.59 malam). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2024 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ms/. Calon boleh merujuk Frequently Asked Questions (FAQ) bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.

Tempoh  Permohonan

Permohonan bagi tajaan Program Ijazah Dalam Negara mulai 29 Februari 2024 hingga 7 April 2024.

Tarikh-tarikh Penting

​​ TARIKH-TARIKH PENTING

AktivitiTarikh / Hari
Permohonan dibuka29 Februari 2024 (Khamis)
Permohonan ditutup7 April 2024 (Ahad)
Jangkaan Keputusan*Minggu Keempat September 2024
Sesi Mula TajaanSeptember 2024

*Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

Senarai Institusi Yang Ditaja Di Bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2024

1.     Universiti Malaya (UM)

2.     Universiti Sains Malaysia (USM)

3.     Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

4.     Universiti Putra Malaysia (UPM)

5.     Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

6.     Universiti Teknologi MARA (UiTM)

7.     Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

8.     Universiti Malaysia Sabah (UMS)

9.     Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

10.  Universiti Utara Malaysia (UUM)

11.  Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

12.  Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

13.  Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

14.  Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

15.  Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

16.  Universiti Malaysia Pahang (UMP)

17.  Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

18.  Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

19.  Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

20.  Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

21.  Politeknik Ungku Omar

22.  Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

23.  Politeknik Ibrahim Sultan

24.  Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

25.  Universiti Multimedia (MMU)

26.  Universiti Teknologi Petronas (UTP)

27.  Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

28.  Malaysia-Japan International Institute of Technology Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM-MJIIT)

 

Info Lanjut dan Pertanyaan

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang atau e-melkan kepada [email protected]  (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2024
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments