HomePendidikanKemaskini UPUonline Lepasan SPM Sesi Akademik 2024/2025

Kemaskini UPUonline Lepasan SPM Sesi Akademik 2024/2025

Kemaskini maklumat UPUOnline sebelum 9 Jun 2024, jam 5:00 petang

Lepasan SPM diingatkan untuk mengemaskini maklumat di UPUOnline bagi sesi akademik 2024/2025. 

Tujuan kemaskini dilakukan adalah bagi pilihan program sahaja bukannya kemaskini keputusan SPM.

Pengemaskinian maklumat ini adalah penting untuk memastikan anda dapat memohon program pengajian tinggi yang anda inginkan dengan tepat dan lengkap. 

Bagi yang belum membuat permohonan UPUOnline, masih ada berbaki beberapa hari lagi sehingga 9 Jun 2024.

Maklumat Penting

  • Tapisan syarat khas program pengajian hanya disediakan kepada calon Kategori A, SPM 2023 (Tahun Semasa) yang telah memohon pada Fasa 1 sahaja.
  • Calon yang memohon pada Fasa 2 diingatkan agar membuat semakan syarat khas program pengajian di e-Panduan sebelum membuat pilihan program pengajian di UPUOnline.
Fasa Kemaskini UPUOnline Sesi Akademik 2024:2025

Tempoh Kemaskini UPUonline

  • Tarikh Mula: 1 Jun 2024, jam 12:00 tengah hari
  • Tarikh Tamat: 9 Jun 2024, jam 5:00 petang

Cara Kemaskini

  • Layari https://upu.mohe.gov.my/ 
  • Klik pada UPUONLINE®
  • Log masuk menggunakan kad pengenalan  dan kata laluan
  • Tekan menu Kemaskini untuk mengemaskini maklumat permohonan. 
  • Tekan butang Seterusnya untuk mula mengemaskini maklumat berikut:
    • Maklumat Penyata 
    • Maklumat Peribadi 
    • Maklumat Keluarga 
    • Maklumat Akademik
    • Maklumat Pilihan Program

Bagi memudahkan urusan, anda juga boleh Muat turun aplikasi UPUPocket di:

  • Google Play
  • App Store
  • AppGallery

Kenapa Pilihan Program Hilang?

Program-program yang hilang dalam sistem adalah disebabkan sistem padanan mendapati keputusan SPM tidak layak berdasarkan syarat kelayakan program yang dipilih.

Jadi, program yang kosong itu bolehlah diisi dengan program lain.

Apakah Definisi Fasa Pengemaskinian?

  • Pemohon kategori SPM, STPM dan STAM boleh mengemas kini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar dan keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi/Asasi.
  • Pemohon bagi kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, dan STAM boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian kecuali program pengajian yang telah dipanggil temu duga. Pada Fasa Pengemaskinian ini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemu duga.
  • Pemohon bagi Kategori Diploma/Setaraf, hanya boleh mengemas kini keputusan dan memuat naik dokumen sahaja tanpa kemaskini pilihan program pengajian.
Apakah definisi Fasa Pengemaskinian?

Info Lanjut

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi melalui:-

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments