HomeKerjayaJawatan Kosong Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia 2024

Jawatan Kosong Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia 2024

Kekosongan Jawatan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bagi tahun 2024.

Sukacitanya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuka permohonan kepada calon-calon yang berkelayakan bagi memohon jawatan kosong Akademik bagi tahun 2024.

Jawatan-jawatan yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Pensyarah Universiti Gred DS53
  • Pensyarah Perubatan Gred DU53/DU55 dengan Gelaran Prof. Madya
  • Profesor Gred VK7 (DS/DU)
  • Guru Bahasa DG41

Jawatan yang ditawarkan adalah berstatus tetap.

Kepada mereka yang berminat bagi mengisi jawatan kosong yang ditawarkan di UKM ini, bolehlah membuat permohonan sebelum tarikh tutup.

Tempoh permohonan

Mulai 6 Mei 2024 (Isnin) hingga 19 Mei 2024 (Ahad).

Jawatan Yang Ditawarkan

  • Pensyarah Universiti Gred DS53
  • Pensyarah Perubatan Gred DU53/DU55 dengan Gelaran Prof. Madya
  • Profesor Gred VK7 (DS/DU)
  • Guru Bahasa DG41

Skim perkhidmatan, fakulti dan bidang, boleh rujuk pada pautan berikut;

IKLAN PELANTIKAN BAGI JAWATAN AKADEMIK, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BIL.1/2024

Manakala, syarat khusus lantikan pensyarah universiti di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi GRED DS45/ DS51/ DS53/ VK7(DS) adalah pada pautan berikut;

SYARAT LANTIKAN PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS45/ DS51/ DS53/ VK7(DS) 

Cara Permohonan

Berikut adalah cara memohon Jawatan Akademik yang ditawarkan di UKM;:

  1. Sila layari www.ukm.my/kerjaya (Sistem Kerjaya@UKM) bagi membuat permohonan secara dalam talian.
  2. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temu duga.
  3. Permohonan yang tidak melalui Sistem Kerjaya@UKM, di luar tempoh pengiklanan dan tidak lengkap tidak akan diproses.
  4. Bagi permohonan untuk gred jawatan selain yang diiklankan, permohonan boleh terus dibuat melalui Fakulti/ Institut/ Pusat yang berkaitan dengan menghubungi Pejabat Pentadbiran di Fakulti/ Institut/ Pusat.
  5. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Keterangan Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Perjawatan dan Kenaikan Pangkat
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar Aras 1,
Bangunan Perpustakaan Lingkungan Ke-2
43600 UKM Bangi, Selangor.

e-mel: [email protected]

Ikuti UKM di;

Sumber: Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM

Iklan Jawatan;

Iklan Kekosongan Jawatan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bagi tahun 2024

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments