HomePanduan50 Idea Jamuan Hari Raya Sekolah Anak

50 Idea Jamuan Hari Raya Sekolah Anak

Bersempena bulan Syawal ini, ramai ibu bapa sedang fikir menu terbaik untuk jamuan hari raya anak masing-masing di sekolah.

Kebiasaannya jamuan raya sekolah anak ini diadakan di kelas, di mana Guru Kelas akan menetapkan tarikh yang bersesuaian bagi jamuan ini. 

Namun ada juga yang dibuat diperingkat sekolah yang dibuat secara besar-besaran.

Konsep jamuan adalah secara potluck (juadah bawaan)  iaitu murid yang berkemampuan membawa juadah masing-masing ke kelas atau sekolah.

Lihat Juga:

Senaraikan Dahulu Menu Jamuan Raya 

Bagi memudahkan urusan, eloklah para ibubapa dan guru bekerjasama berbincang buat senarai juadah raya dalam group Whatsapp masing-masing yang akan di bawa.

Ini bagi memastikan tidak berlaku pertembungan menu atau juadah yang sama dalam kuantiti yang banyak.

Bayangkan dalam satu kelas ada 30 hingga 35 orang murid-murid, dan 10 daripadanya membawa bihun goreng.

Sudah pasti akan berlaku pembaziran makanan.

50 Idea Menu Jamuan Hari Raya Sekolah Anak

Terdapat pelbagai menu yang boleh anda fikirkan untuk di bawa pada majlis jamuan sekolah sama ada ibu bapa nak beli atau nak buat sendiri. Yang pasti dan paling penting adalah anak-anak suka dan habis makan. 

Menu-menu ini boleh terdiri daripada tema buah-buahan, menu berasaskan mee, makanan barat dan sebagainya.

Idea menu yang anda boleh bawa adalah;

  1. Ayam gunting cheese (anak2 paling suka)
  2. Air kotak (paling senang)
  3. Roti jala 
  4. Murtabak mini
  5. Roti gulung sosej
  6. Aiskrim Malaysia
  7. Dorayaki
  8. Mini Burger
  9. Buah-buahan potong 
  10. Mini Puding Trifle
  11. Nasi ayam
  12. Nasi himpit + kuah
  13. Lasagna beef/chicken
  14. Bihun goreng
  15. Mee goreng
  16. Kuetiau goreng
  17. Puding Tutti Fruity
  18. Chicken Drummet + Sos
  19. Macaroni Carbonara
  20. Spaghetti bolognese meatball
  21. Spaghetti Olio 
  22. Keropok Lekor
  23. Sago Gula Melaka
  24. ​​Kuih Tart
  25. Puding jeli
  26. Puding mangga
  27. Jeli kelapa
  28. Cup cake
  29. Apam mini / coklat
  30. Sandwich telur (menu ringkas)
  31. Sandwich tuna
  32. Kentang goreng
  33. Satay
  34. Kuih raya
  35. Kerepak ubi / pisang
  36. Muffin pisang
  37. Kek pisang
  38. Kek batik
  39. Rojak buah
  40. Nugget 
  41. Puding jagung
  42. Air mineral botol kecil 
  43. Dadih 
  44. Cocojar 
  45. Marshmallow coklat
  46. Meat ball kuah black paper ala-ala IKEA
  47. Popia Carnobara
  48. Vitagen / yakult / nutrigen
  49. Apom comel
  50. Donut

Resipi Mini Burger

Minir Burger simple

Resipi: untuk 5 biji mini Burger

  • 10 keping Roti Gardenia

Bahan Patty:

  • 2 keping patty burger daging (akak guna ramly je)
  • Bawang Holland
  • serbuk Bawang Putih
  • Paprikan Ground Powder
  • lada sulah
  • Parsley Dried
  • Masa masak patty burger curah sikit Kicap cair Maggie sikit shj.

Kredit: Fienaz Shafie

Buah-buahan potong

Buah-buahan dalam tupperwear
*kredit gambar: Umiey Khalsum

Menu buah-buahan yang dipotong dalam tupperware merupakan hidangan yang paling mudah disediakan untuk jamuan hari raya sekolah anak.

Contoh buah-buahan yang boleh diletakkan dalam tupperware adalah;

  1. Oren
  2. Tembikai
  3. Anggur
  4. Jambu
  5. Epal 
  6. Strawberry
  7. Dan lain-lain yang bersesuaian

Kelebihan buah-buahan dalam tupperware ini adalah, sekiranya anak-anak tak habis makan disekolah, mereka masih boleh bawa pulang ke rumah beserta bekas tersebut. Jadi tidak berlaku pembaziran di situ.

Puding Tutti Fruity

Puding Tutti Fruity By Noor Faezah

Resipi Puding Tutti Fruity by Noor Faezah

Resipi Puding Tutti Fruity

Resepi: (untuk satu adunan ni dapat dalam 25-30 bekas)

  • 10g serbuk agar-agar (warna plain)*
  • 1tin susu cair*
  • 3tin air*
  • 1tin susu full cream*
  • 1tin susu pekat*
  • 2sudu tepung kastard*
  • 1sudu essen vanila*
  • 1cawan gula pasir* (taknak letak pun takpe kalau taknak manis)
  • Filling kiwi, blueberry & manggo (boleh beli dekat kedai bahan kek)

Cara-cara Membuat

Lorekkan filling pada tepi bekas acuan. (Cara lorek tu ada pada komen) Pastu biarkan.

Masukkan semua bahan ( * ) masak atas api sederhana hingga mendidih dan sejukkan. Selepas sejuk curah dalam bekas acuan yg telah dilorekkan filling tadi. Biarkan seketika dan boleh simpan dalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan selepas sejuk.

Nota: Kalau nak lebih cantik, boleh lorekkan lagi filling pada atas permukaan agar-agar tadi selepas agar-agar keras.

Spaghetti Bolognese Meatball

Spaghetti bolognese meatball

Resipi Spaghetti bolognese meatball oleh Zyan Raef untuk jamuan hari raya sekolah anak bagi  35 pax mini

Bahan-bahan

  • 3 paket spaghetti direbus
  • 1 biji bawang holland(potong dadu)
  • I paket isi ayam cincang
  • 3 tin sos traditional bolognese prego
  • 2 tin sos cendawan prego
  • 4 ulas bawang putih(potong dadu)
  • Bebola daging ( goreng)
  • Sedikit blackpapper
  • Mixed herbs
  • Garam
  • Butter
  • Brocolli ( steam)

Cara-cara Memasak :

  • Tumiskan bawang putih,bawang holland dgn menggunakan butter.
  • Masuk isi ayam cincang & tunggu hingga masak.
  • Masuk kan sosej sehingga sedikit garing.
  • Masuk kan carrot yg dipotong dadu dan masukkan sedikit air.tunggu hingga masak
  • Kemudiaan masukkan sos pasta dan sedikit air.Tunggu sehingga sos menggelegak.letak sedikit blackpepper
  • boleh tambah air jika nak kuah lebih dan boleh tambah sedikit garam( ikut rase).
  • meatball saya letak asing sbb dah digoreng awal.
  • Letak broccoli yg di steam utk perhiasan

*Spaghetti direbus hingga lembut & letak minyak sedikit supaya tidak melekat

Popia Carbonara Cheese

Popia Carbonara

Resepi Popia Carbonara Cheese Sedap Simple Mudah by Nur Hidayah

Bahan-bahan Resipi

  • Setengah Dada ayam di potong kecil petak
  • 5 sosej dipotong petak kecil
  • 1 biji bawang holand dipotong petak kecil
  • 2 carrot di potong memanjang
  • 1 tin cendawan dipotong nipis
  • 2 atau 3 keping cheese cheddar
  • 1/2 sudu teh kecil garam
  • 1 sudu gula

Cara-cara Memasak

  1. Masukkan ayam dengan tumisan bawang putih dan kacau hingga sebati
  2. Campurkan sos carbonara dan tambah sedikit air dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan lobak merah, sosej dan cendawan. dan kacau hingga sebati.
  4. Tambahkan garam dan gula dan kacau dan cuba rasa ikut citarasa anda.
  5. Masukkan cheese cheddar tiga atau 2 keping. Kacau hingga sebati.Dan biarkan ia sejuk.
  6. Masukkan inti tadi ke kulit popia dan gulung. 1 sudu inti untuk 1 kulit popia.
  7. Akhir sekali, Goreng dalam minyak yang banyak dalam api sederhana. Goreng hingga naik warna sedikit keemasan. Dan siap untuk dihidangkan.
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments