HomeBantuanFasa 3 STR: Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran (Ogos)

Fasa 3 STR: Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran (Ogos)

[TERKINI] Kerajaan Malaysia akan menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 kepada lebih 8 juta penerima bermula 29 Ogos 2024. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, penerima baharu dan mereka yang membuat rayuan akan menerima bayaran mulai 18 September 2024.

Jumlah bantuan tunai yang disalurkan boleh mencecah sehingga RM650 bergantung kepada kategori kelayakan. 

Dalam usaha untuk membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup, kerajaan telah meningkatkan peruntukan STR sebanyak RM2 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM10 bilion bagi tahun 2024.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa penambahbaikan ini adalah selaras dengan pendekatan Kerajaan MADANI yang menumpukan sumber kewangan kepada golongan memerlukan. Tambah beliau, proses pendaftaran STR kini dibuka sepanjang tahun bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat.

Penerima sedia ada dan yang layak akan menerima pembayaran secara automatik melalui akaun bank atau Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat.

Status kelayakan STR boleh disemak mulai 29 Ogos 2024 di Portal Rasmi STR.

Pengumuman Rasmi Pembayaran STR Fasa 3 

Pengumuman rasmi STR fasa 3 dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan bertarikh 23 Ogos 2024 yang memakumlkan tarikh rasmi pembayaran penerima sedia ada, penerima baharu dan mereka yang membuat pembayaran.

Kementerian Kewangan juga dalam kenyataan memaklum mengenai jumlah bayaran bantuan STR bagi setiap kategori.

Selain, itu ia Kerajaan juga telah menekankan kepentingan berhati-hati terhadap penipuan (scam) yang berkaitan dengan STR dan mengingatkan bahawa pihak MOF tidak akan meminta maklumat peribadi melalui SMS atau mesej WhatsApp.

Berikut adalah Siaran Media STR Fasa 3 2024.

Semakan Status Terkini STR

Berdasarkan siaran media Kementerian Kewangan, status kelayakan STR boleh disemak mulai 29 Ogos 2024 di Portal Rasmi STR.

Terdapat beberapa kaedah semakan status STR sama ada secara online, melalui aplikasi MySTR, telefon atau secara fizikal

Kaedah Semakan Status Permohonan STR

  • Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Status; atau
  • Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit; atau
  • Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran

Semakan Status STR Fasa 3 di portal MySTR bantuantunai.hasil.gov.my

  1. Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/ 
  2. Klik log masuk MySTR
  3. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  4. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  5. Masukkan Kata Laluan
  6. Klik Semakan Permohonan
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
    1. Status terkini seperti nama, no mykad, status pedalaman, status permohonan pertama, status permohonan semasa
    2. Maklumat Pembayaran (Jika Ada) dan jumlah yang telah di bayar

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login?

Mungkin ramai yang dah tak ingat password STR. Jika anda terlupa kata laluan MySTR dan tidak dapat login, berikut adalah panduan untuk memulihkan akses akaun anda berdasarkan maklumat dalam panduan pengguna STR:

  1. Log Masuk dan Pilih “Terlupa Kata Laluan”
    • Pergi ke laman log masuk MySTR.
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit).
    • Klik pada pautan “Terlupa Kata Laluan”.
  2. Pengesahan MyKad dan Emel
    • Nombor MyKad anda akan dipaparkan di skrin soalan keselamatan, tekan butang “Semak”.
    • Masukkan emel yang telah didaftarkan dalam Borang Permohonan STR.
    • Klik butang “Seterusnya”.
  3. Kata Laluan Sementara
    • Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
    • Jika tiada emel, klik butang “Seterusnya” dan frasa keselamatan akan dipaparkan.
    • Isi 3 soalan keselamatan dan klik butang “Seterusnya”.
  4. Penukaran Kata Laluan
    • Masukkan kata laluan baharu dan pengesahan kata laluan.
    • Klik butang “Tukar Kata Laluan”.
  5. Log Masuk dengan Kata Laluan Baharu
    • Pilih Log Masuk.
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit).
    • Masukkan kata laluan sementara yang telah diemelkan.
    • Klik butang “Log Masuk”.
  6. Tukar Kata Laluan Baharu di MySTR
    • Setelah berjaya log masuk, MySTR akan dipaparkan.
    • Klik menu “Tukar Kata Laluan”.
    • Masukkan kata laluan baharu anda.
    • Penukaran kata laluan berjaya.

Untuk maklumat lanjut, rujuk PANDUAN PENGGUNA TERLUPA KATA LALUAN MySTR

Tarikh Pembayaran Fasa 3 STR

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Menurut Facebook rasmi Kementerian Kewangan, pembayaran bagi Fasa 3 STR dijadualkan sebagaimana berikut;

  • Tarikh Pembayaran bagi Penerima Sedia Ada: 29 Ogos 2024 (Khamis)
  • Tarikh Pembayaran bagi Penerima Baharu dan Rayuan: 18 September 2024 (Rabu)

Jadual Pembayaran STR Fasa 3

Berikut adalah maklumat yang ada perlu tahu mengenai jadual pembayaran STR fasa ketiga untuk penerima sedia ada, penerima baharu dan yang membuat rayuan.

Jadual Pembayaran STR Fasa 3

1. Kaedah Pembayaran STR Fasa 3

  • Pembayaran STR Fasa 3 akan dilakukan melalui dua kaedah utama: secara kredit terus ke akaun bank dan secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Mempunyai Akaun Bank: Bagi penerima yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun mereka.
  • Tiada Akaun Bank: Bagi penerima tanpa akaun bank, termasuk mereka di Sabah, Sarawak, dan W.P Labuan, pembayaran akan dilakukan secara tunai melalui cawangan BSN.

2. Tarikh Pembayaran Fasa 3 untuk Penerima Berdaftar

  • Penerima sedia ada dengan akaun bank akan menerima pembayaran antara 29 Ogos 2024 hingga 6 September 2024.
  • Penerima baharu dan mereka yang membuat rayuan akan menerima pembayaran antara 18 hingga 20 September 2024.

3. Tarikh Pembayaran Tunai Melalui BSN

  • Penerima sedia ada yang tiada akaun bank boleh mengambil pembayaran tunai mereka mulai 29 Ogos 2024.
  • Penerima baharu dan rayuan tanpa akaun bank akan menerima pembayaran tunai mulai 18 September 2024.
Notis Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 BSN Malaysia

Siapakah yang Layak Menerima STR Fasa 3?

Pembayaran ini melibatkan dua kategori penerima: 

  1. Penerima sedia ada dan 
  2. Penerima baharu serta rayuan.

Pastikan anda berada dalam salah satu kategori ini untuk layak menerima pembayaran pada tarikh yang ditetapkan.

Jumlah Bayaran bagi Setiap Kategori

Jumlah bayaran bagi setiap kategori dalam STR Fasa 3 adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah (Pendapatan ≤ RM2,500): RM150 – RM650
  • Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 – RM5,000): RM150 – RM300
  • Warga Emas Tiada Pasangan: RM150
  • Bujang: RM50
Jumlah bayaran STR bagi setiap kategori fasa 3 2024

Permohonan Baharu STR

Mulai tahun 2024, kerajaan mengambil pendekatan berbeza bagi permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Permohonan baru dibuka sepanjang tahun, bermula seawal November 2023, berbanding dengan pendekatan sebelum ini yang hanya dibuka setahun sekali.

Cara Memohon STR 2024

  • Secara Dalam Talian:
    • Layari Portal Rasmi STR
    • Muat naik borang secara dalam talian di portal tersebut untuk kemas kini atau permohonan baharu
  • Secara Fizikal:
    • Hadir ke:
      • Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
      • Pejabat Satelit HASiL
      • Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL
  • Dokumen Sokongan Yang Diperlukan:
    • Pemohon:
      • Salinan Sijil Perkahwinan, Sijil Kematian, Sijil Perceraian, Sijil Dekri Nisi, atau Sijil Dekri Nisi Mutlak (jika berkaitan)
      • Salinan pengenalan pasangan
      • Salinan pasport/visa, sijil lahir, atau KP lama
    • Anak:
      • Anak kandung: Salinan MyKad/MyKid dan Sijil Lahir
      • Anak angkat: Salinan MyKad/MyKid dan Sijil Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan

Info Terkini STR

Penerima STR di nasihatkan berhati-hati dengan modus operandi scammer yang menggunakan STR untuk mengenakan anda seperti menerima panggilan telefon, pautan semakan STR dan sebagainya.

Untuk info terkini lagi sahih, anda boleh rujuk laman rasmi kerajaan seperti;

Soalan Lazim Bayaran Fasa 3 STR

Bilakah tarikh pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat?

29 Ogos 2024 – 6 September 2024: Penerima Sedia Ada (Mempunyai Akaun Bank)
18 – 20 September 2024: Penerima Baharu dan Rayuan (Mempunyai Akaun Bank)
– Mulai 29 Ogos 2024: Penerima Sedia Ada (Tiada Akaun Bank):
– Mulai 18 September 2024: Penerima Baharu dan Rayuan (Tiada Akaun Bank)

Siapakah yang layak menerima STR Fasa 3?

Penerima sedia ada yang sudah berdaftar, penerima baharu, dan mereka yang membuat rayuan layak untuk menerima STR Fasa 3, mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Berapakah jumlah bayaran yang akan diterima?

1. Isi Rumah (Pendapatan ≤ RM2,500): RM150 – RM650
2. Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 – RM5,000): RM150 – RM300
3. Warga Emas Tiada Pasangan: RM150
4. Bujang: RM50

Bagaimanakah cara pembayaran STR Fasa 3 dilakukan?

1) Mempunyai Akaun Bank: Pembayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima.
2) Tiada Akaun Bank: Pembayaran akan dibuat secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagaimana saya boleh menyemak status kelayakan STR Fasa 3?

Status kelayakan boleh disemak melalui Portal Rasmi STR bermula 29 Ogos 2024.

Bagaimana Cara Semakan Status STR?

1)Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
2) Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
3) Menghubungi LHDM
4) Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia)
5) Hadir ke LHDNM yang berhampiran

Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai STR Fasa 3?

Anda boleh melayari Portal Rasmi STR di bantuan tunai.hasil.gov.my atau menghubungi talian bantuan STR/SARA MOF.

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments