HomePendidikanContoh Surat Rayuan (Pilihan) Permohonan Rayuan UPUOnline

Contoh Surat Rayuan (Pilihan) Permohonan Rayuan UPUOnline

Selain daripada permohonan rayuan yang dibuat melalui UPUOnline, anda boleh mencuba untuk menyediakan surat rayuan bagi menguatkan lagi permohonan rayuan anda.

Surat rayuan bertulis merupakan satu pilihan tambahan bagi pelajar yang ingin menguatkan lagi permohonan rayuan UPUOnline mereka. Ini adalah cara yang baik untuk menunjukkan kesungguhan dan komitmen anda terhadap program pengajian yang dipohon. 

Dengan menulis surat rayuan, anda dapat menyampaikan secara langsung kepada pihak universiti tentang keinginan dan minat anda untuk menyertai program tersebut.

Mengapa Surat Rayuan Penting?

Surat rayuan bertulis adalah salah satu cara untuk menguatkan permohonan rayuan UPUOnline. Walaupun tidak semua universiti menerima surat rayuan, ia boleh menjadi faktor tambahan yang membantu pihak universiti membuat pertimbangan. 

Surat rayuan yang baik boleh menunjukkan kesungguhan dan minat anda terhadap program yang dipohon. 

Dengan menyatakan alasan yang kukuh serta menyertakan dokumen sokongan yang relevan, peluang anda untuk diterima masuk mungkin meningkat.

Panduan Menulis Surat Rayuan

Berikut adalah langkah-langkah menulis surat rayuan kemasukan ke universiti:

1. Alamat Kepada Pendaftar/Dekan/Ketua Pusat

Surat rayuan rasmi perlu dialamatkan kepada Pendaftar Universiti atau Dekan Fakulti yang berkaitan. Nama Pendaftar atau Dekan boleh dirujuk di laman web universiti tersebut. Pastikan anda menulis alamat dengan tepat untuk memastikan surat anda sampai kepada pihak yang bertanggungjawab.

2. Tajuk Permohonan Surat Rayuan

Nyatakan tajuk dan tujuan surat permohonan dengan jelas. Tajuk surat haruslah spesifik dan sesuai dengan program yang dipohon melalui sistem permohonan rayuan UPUOnline. Contohnya, “Permohonan Rayuan Kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) Universiti Sultan Zainal Abidin.” Tajuk yang jelas akan memudahkan pihak universiti untuk memahami tujuan surat anda.

3. Lampirkan Dokumen Berkaitan

Sertakan surat rayuan bersama dokumen-dokumen sokongan seperti:

  • Slip Permohonan Rayuan UPUOnline
  • Sijil/Slip SPM
  • Sijil STPM/STAM/Asasi/Diploma/Matrikulasi atau setaraf
  • Transkrip Akademik Asasi/Diploma/Matrikulasi/Setaraf
  • Sijil MUET
  • Sijil-sijil lain yang relevan seperti sijil kokurikulum, sukan, dan penganugerahan.

Dokumen-dokumen ini penting untuk menguatkan lagi permohonan anda. Pastikan semua dokumen disusun dengan kemas dan jelas untuk memudahkan pihak universiti membuat penilaian.

4. Penghantaran Surat

Surat rayuan boleh dihantar melalui beberapa cara:

  • Email rasmi Pendaftar/Fakulti/Pusat
  • Pos AR Berdaftar
  • Terus ke pejabat Pendaftar Universiti atau Dekan Fakulti jika universiti berdekatan.

Pilih cara penghantaran yang paling sesuai dan pastikan anda mendapat pengesahan penerimaan surat tersebut. Ini penting untuk memastikan surat rayuan anda diterima dan diproses oleh pihak universiti.

Contoh Surat Rayuan

Berikut adalah contoh surat rayuan kemasukan ke universiti:

Contoh Surat Rayuan Permohonan UPUOnline

Tempate Surat Rayuan

Idea Asal: Sumber

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments