HomeKewanganBKK Aidilfitri 2025: RM500 Bonus Raya Penjawat Awam

BKK Aidilfitri 2025: RM500 Bonus Raya Penjawat Awam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), membuat kejutan selepas solat Jumaat dengan mengumumkan bonus raya untuk penjawat awam bagi tahun ini.

Menjelang Syawal, PMX mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri 2025 kepada penjawat awam dan pesara.

Sebelum ini, timbul pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen tentang kemungkinan bonus raya – lebih-lebih lagi bila Aidilfitri makin dekat, tapi tiada pengumuman rasmi dibuat.

Kini, selepas pengumuman Perdana Menteri, ramai menarik nafas lega dan menyambut baik bantuan yang disifatkan sebagai “rezeki menjelang raya”.

Lihat Juga: Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2025 Untuk Raya Puasa Aidilfitri

Apa Itu BKK Aidilfitri?

Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri merupakan inisiatif tahunan kerajaan sebagai tanda penghargaan atau bonus hari raya kepada penjawat awam dan pesara atas sumbangan mereka kepada negara. 

Ia juga bertujuan meringankan beban kewangan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri terutamanya dari kalan penjawat awam dan pesara kerajaan.

Pengumuman Rasmi Oleh Perdana Menteri

Pada 20 Mac 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa kerajaan akan menyalurkan BKK Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah dan RM250 kepada semua pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

“Kerajaan menimbang secara serius walaupun isu bonus sudah diselesaikan pada Februari, tetapi mengenangkan pentadbiran yang lebih baik dan kesungguhan mereka, maka saya putuskan… kita akan salurkan RM500 bagi setiap penjawat awam Gred 56 ke bawah dan RM250 untuk pesara,” kata Perdana Menteri.

Bonus Raya Penjawat Awam - BKK Aidilfitri 2025

Tarikh Bayaran Bonus Raya Penjawat Awam  2025

Bayaran bonus penjawat awam (BKK Aidilfitri 2025) akan dibuat pada tarikh yang sama dengan pembayaran gaji bulan Mac, iaitu:

  • 24 Mac 2025 (Isnin)

Siapa Yang Layak Terima BKK Ini?

Penjawat Awam Gred 56 ke Bawah

  • Termasuk pegawai tetap, kontrak, dan lantikan sementara
  • Layak menerima RM500

Pesara Kerajaan

  • Pesara berpencen dan tidak berpencen
  • Termasuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  • Layak menerima RM250

Matlamat BKK Aidilfitri 2025

BKK ini bertujuan:

  • Mengiktiraf perkhidmatan dan dedikasi penjawat awam serta pesara
  • Meringankan beban kos sara hidup rakyat
  • Menyokong prinsip kerajaan MADANI yang prihatin dan inklusif

Reaksi Rakyat & Penjawat Awam: “Hadiah Bermakna Menjelang Syawal”

Menjengah ke ruangan komen di Facebook Perdana Menteri, ramai penjawat awam dan rakyat Malaysia menyambut baik pengumuman Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri 2025. 

Kebanyakan komen menunjukkan rasa syukur dan terima kasih, malah ada juga yang menganggap bantuan ini sebagai “rezeki raya” yang sangat membantu dalam persiapan Aidilfitri.

Ramai meluahkan penghargaan kepada PMX dan kerajaan Madani atas keprihatinan terhadap penjawat awam dan pesara. Komen seperti “Alhamdulillah syukur, terima kasih PMX” dan “Rezeki raya buat penjawat awam dan pesara” banyak menghiasi ruangan komen, menunjukkan rasa puas hati terhadap inisiatif ini.

Seorang pengguna, Khairul Nizam, berkongsi bahawa tahun ini merupakan tahun paling banyak bantuan diterima sebagai penjawat awam, termasuk kenaikan gaji dan bantuan khas dua kali dalam setahun. Baginya, penghargaan kerajaan ini sangat bermakna, terutamanya buat mereka yang hampir bersara.

Selain komen penghargaan, ada juga komen berbaur gurauan dan “nakal” daripada netizen yang mencuit hati.

Seorang pengguna, Mohamad Hakim, berseloroh bahawa jika kerajaan menambah cuti bersama bonus raya ini, ia akan menjadi lebih sempurna. Komen ini mendapat banyak tanda suka dan reaksi ketawa, menunjukkan ramai yang bersetuju dengan usul tidak rasmi ini! 🤣

Tidak ketinggalan, Karry Wil Share berkongsi satu kata-kata lama yang dikaitkan dengan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz, yang berbunyi:
🗣️ “Mereka beri kain batik, pakai. Mereka beri gula, kacau. Mereka beri duit, ambil. Tapi semasa pilihan raya, undilah PAS.”

Walaupun komen ini bersifat politik, ia tetap mencuri perhatian dengan ramai yang meninggalkan reaksi ketawa. 😆

Secara keseluruhan, reaksi rakyat terhadap BKK Aidilfitri 2025 sangat positif. Kebanyakan komen menunjukkan rasa syukur dan penghargaan.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Bilakah duit raya BKK Aidilfitri akan dibayar?

24 Mac 2025 (Isnin)

2. Siapa layak terima bantuan RM500?

➡️ Penjawat awam Gred 56 ke bawah sahaja.

3. Pesara layak terima bantuan?

➡️ Ya, semua pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

Lihat Juga Pengumuman dividen 3.25% Tabung Haji, tertinggi sejak 7 tahun

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments