HomeBiasiswaBiasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2025: Syarat Permohonan

Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2025: Syarat Permohonan

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Ambilan Tahun 2025 bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua di Universiti Awam dalam bidang yang telah ditetapkan akan dibuka secara dalam talian (online) mulai 20 Mac 2025 (Khamis).

Penerima biasiswa layak akan mendapat pelbagai manfaat termasuk elaun sara hidup, yuran pengajian, dan elaun latihan amali, bergantung kepada bidang pengajian dan lokasi universiti.ย 

Apa yang menariknya, Biasiswa ini bukan sahaja menyediakan sokongan kewangan, tetapi juga menjamin laluan kerjaya sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), menjadikannya pilihan utama bagi pelajar yang bercita-cita untuk menjadi pendidik profesional.

Sebagai persediaan interview, jom lihat;

Apakah itu Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)? 

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bertujuan untuk menyediakan pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berkelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berdasarkan unjuran keperluan bidang KPM.ย 

Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP merupakan salah satu Program Tajaan Biasiswa Di Bawah KPM bagi tahun 2025. 

Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar tahun pertama dan kedua di Universiti Awam (UA) yang mengikuti jurusan pendidikan dalam bidang yang ditetapkan.

Penerima tajaan akan mendapat elaun sara hidup, yuran pengajian, dan elaun lain serta terikat dengan kontrak perkhidmatan selama empat tahun selepas tamat pengajian. 

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi KPM dalam tempoh yang ditetapkan.

Tempoh Permohonan

Tempoh permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP bagi tahun 2025 dibuka mulai 20 Mac 2025 (Khamis), pukul 5:00 petang hingga 24 April 2025 (Khamis), pukul 5:00 petang

Tarikh Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2025

Syarat Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan (ISMP) 2025

Calon yang ingin memohon Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP  ini perlu memenuhi syarat berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari tahun permohonan.
  3. Memiliki Sijil Penuh SPM dengan kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  4. Sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan.
  5. Mempunyai PNGK sekurang-kurangnya 3.5 dalam keputusan semester terkini.
  6. Lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan sesi temu duga bagi calon yang layak.
  7. Calon yang berjaya perlu melepaskan tajaan lain jika sedang menerima biasiswa lain.
  8. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di https://epenawaran.moe.gov.my

Calon perlu memastikan mereka memenuhi syarat kelayakan dan mengemukakan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu 20 Mac 2025 hingga 24 April 2025.

Bidang-Bidang Pendidikan Yang Layak Memohon

Bidang Pendidikan Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2025

Berikut adalah pecahan bidang ini untuk rujukan anda;

  1. Bahasa
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Bahasa Cina
    • Bahasa Tamil
  2. Sains dan Matematik
    • Matematik
    • Sains
    • Biologi
    • Fizik
    • Kimia
  3. Sains Sosial dan Kemanusiaan
    • Sejarah
    • Geografi
    • Pendidikan Islam
    • Dini/Bahasa Arab
    • Tahfiz/Ulum Albab
    • Pendidikan Moral
    • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
    • Pendidikan Seni Visual
    • Bimbingan dan Kaunseling
  4. Teknologi dan Teknikal
    • Masalah Pembelajaran (PPKI)
    • Reka Bentuk dan Teknologi
    • Teknologi Kimpalan
    • Teknologi Elektronik
    • Teknologi Elektrik
    • Teknologi Automotif
    • Teknologi Pembinaan
    • Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
    • Teknologi Pemesinan Industri

Jenis Tajaan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)

Penerima Biasiswa Perguruan Persekutuan (ISMP) akan menerima pelbagai bentuk tajaan bagi membantu sepanjang tempoh pengajian. Elaun ini diberikan bagi memastikan pelajar dapat menjalani pengajian dengan lebih lancar tanpa bebanan kewangan.

Berikut adalah jenis elaun yang diberikan setiap semester:

1. Elaun Sara Hidup

  • Pelajar di kawasan bandar
    • Sains: RM 4,200.00
    • Sastera: RM 4,200.00
  • Pelajar di kawasan luar bandar
    • Sains: RM 3,570.00
    • Sastera: RM 3,570.00

2. Yuran Pengajian

  • Sains: RM 660.00
  • Sastera: RM 550.00

3. Elaun Buku

  • Sains: RM 300.00
  • Sastera: RM 300.00

4. Elaun Kertas Projek

  • Sains: RM 75.00
  • Sastera: RM 75.00

5. Elaun Alat Perkakas

  • Sains: RM 100.00
  • Sastera: RM 50.00

6. Elaun Tesis

  • Sains & Sastera: RM 300.00

7. Elaun Latihan Amali / Praktikum

  • Sains & Sastera: RM 10.00/hari (Maksimum 90 hari)

Semakan Keputusan Biasiswa ISMP

Semakan โ€‹keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bagi tahun 2025 dijangka diumumkan sekitar awal September 2025, berdasarkan jadual tahun-tahun sebelumnya. โ€‹

Calon boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di https://epenawaran.moe.gov.my/.โ€‹

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, calon digalakkan menghubungi pihak KPM melalui saluran rasmi yang disediakan.

Laman Permohonan

Maklumat Hubungan:

Laman Web Rasmi: www.moe.gov.my

Media Sosial KPM:

  • Facebook | Instagram | Twitter | YouTube: @kempendidikan

Berikut adalah beberapa persediaan anda untuk interview;
Doa Untuk Temuduga: Agar Dipermudahkan Urusan Interview
Perkenalkan Diri Anda: Contoh Jawapan Mantap Temuduga

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments