HomeBiasiswaBiasiswa Pahang Sekolah Menengah Tingkatan 6 Rendah 2024

Biasiswa Pahang Sekolah Menengah Tingkatan 6 Rendah 2024

Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang kini membuka permohonan baharu bagi Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) untuk pelajar Tingkatan 6 Rendah sesi persekolahan 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Menengah Kebangsaan Agama / Sekolah Menengah Agama dalam negeri Pahang.

Ibu bapa atau penjaga yang berkelayakan bolehlah memohon biasiswa ini bagi meringankan beban kewangan keluarga untuk anak-anak yang bersekolah.

Apa itu Biasiswa Pahang Sekolah Menengah 6 Rendah?

Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah), sebelumnya dikenali sebagai Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) telah diperkenalkan sejak tahun 1983. Biasiswa ini diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di Tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah di sekolah bantuan kerajaan di negeri Pahang.

Keutamaan diberikan kepada anak Pahang yang mempunyai ramai adik-beradik/tanggungan anak yang masih bersekolah, anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin atau ibu bapa/penjaga yang uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Walau bagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum.

Mulai tahun 2012, kadar baharu Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) telah dinaikkan daripada RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi murid Tingkatan 1 hingga 5, dan bagi murid Tingkatan 6, kadar Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) adalah kekal RM600 setahun. Bayaran dibuat dua kali setahun pada setiap bulan Februari dan Ogos pada tahun semasa.

Yayasan Pahang telah menambah baik proses permohonan di mana permohonan dibuat melalui sekolah dan dibuat secara dalam talian, serta pihak sekolah tidak perlu menghantar borang permohonan ke YP.

Sebagai penambahbaikan tahun 2022, Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) telah diberi penjenamaan baharu dan akan dikenali sebagai Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah).

Tempoh Permohonan 

Tarikh permohonan bermula 19 Ogos 2024 sementara tarikh tutup adalah pada 18 September 2024.

Biasiswa Pahang Sekolah Menengah Tingkatan 6 Rendah

Syarat dan Kelayakan Permohonan

Kriteria kelayakan Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) Tingkatan 6 Rendah adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa atau penjaga adalah warganegara Malaysia.
  3. Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga mesti lahir di Negeri Pahang Darul Makmur.
  4. Jika pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di luar Negeri Pahang, mestilah bermastautin di Negeri Pahang lebih dari 10 tahun.
  5. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  6. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  7. Pemohon mestilah sedang belajar di Tingkatan 6 Rendah tahun semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, atau Sekolah Menengah Agama dalam Negeri Pahang Darul Makmur (diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang).
  8. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  9. Murid yang pernah digantung/dibuang sekolah tidak layak memohon.
  10. Permohonan hanya boleh dibuat melalui sekolah atau pejabat ADUN pada tahun semasa.

Cara Memohon

Borang permohonan diperolehi melalui SEKOLAH ATAU PEJABAT AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) manakala syarat kelayakan dan kriteria boleh dirujuk di laman web YP di www.yp.org.my.

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang info dan maklumat lanjut berkaitan dengan biasiswa ini, boleh hubungi 09-5181800 atau layari  www.yp.org.my 

Ikuti Yayasan Pahang di:

  1. Facebook
  2. X (Twitter)
  3. Instagram
  4. YouTube
  5. TikTok

Sumber: Yayasan Pahang


Lihat Juga: Biasiswa Pahang Sekolah Rendah Tahun 4 Sesi 2025 Kini Dibuka

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments