HomeBiasiswaBiasiswa & Bantuan Kewangan Yayasan Kuok Berhad Tahun 2024

Biasiswa & Bantuan Kewangan Yayasan Kuok Berhad Tahun 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa Kuok Foundation Berhad membuka permohonan bagi Biasiswa dan Bantuan Kewangan Yayasan untuk pelajar Universiti Awam di Malaysia.

Ditubuhkan pada tahun 1970, Yayasan Kuok telah memainkan peranan penting dalam menyediakan biasiswa dan anugerah pengajian kepada pelajar yang layak.

Biasiswa dan bantuan kewangan yang ditawarkan merupakan  satu inisiatif yang sangat berharga bagi pelajar Malaysia yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian mereka di peringkat ijazah sarjana muda. 

Biasiswa & Dermasiswa-Pinjaman Yang Ditawarkan

Yayasan Kuok menawarkan beberapa jenis biasiswa dan dermasiswa-pinjaman kepada pelajar yang memohon atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di universiti awam Malaysia untuk tahun akademik 2024/2025. Berikut adalah jenis-jenis anugerah yang ditawarkan:

  1. Biasiswa Kuok Keng Kang
  2. Biasiswa Kuok Khoon Hong
  3. Biasiswa Wilmar
  4. Anugerah Pinjaman-Geran Yayasan Kuok
Yayasan Kuok Biasiswa & Bantuan Kewangan 2024 Di Universiti Awam Malaysia

Nilai Anugerah

  • Biasiswa Kuok Keng Kang: RM15,000 setahun
  • Biasiswa Kuok Khoon Hong: RM15,000 setahun
  • Biasiswa Wilmar: RM15,000 setahun
  • Anugerah Pinjaman-Geran KF:
    • RM15,000 setahun untuk kursus Perubatan / Pergigian / Perubatan Veterinar
    • RM14,000 setahun untuk kursus berasaskan Sains
    • RM13,000 setahun untuk kursus berasaskan Seni

Syarat-Syarat Permohonan

Untuk memohon biasiswa Yayasan Kuok, pelajar perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Kewarganegaraan: Hanya warganegara Malaysia yang layak memohon.
  2. Akademik & Kokurikulum: Pemohon perlu mempunyai kelayakan akademik yang baik dan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  3. Keperluan Kewangan: Biasiswa ini hanya untuk pelajar yang memerlukan bantuan kewangan.
  4. Jenis Pengajian: Hanya pelajar yang mengikuti kursus ijazah sarjana muda sepenuh masa di kampus universiti awam Malaysia layak memohon. Kursus diploma, asasi, luar kampus, berkembar, francais, pembelajaran jarak jauh, atau kursus yang ditawarkan melalui saluran pengambilan terus universiti tidak layak.

Cara dan Proses Permohonan

Permohonan untuk biasiswa Yayasan Kuok boleh dilakukan melalui dua langkah:

Langkah 1: Penyerahan Borang Permohonan Dalam Talian

Langkah 2: Penyerahan Borang Permohonan Bercetak

  • Selepas menghantar permohonan dalam talian, pemohon juga perlu mencetak borang permohonan yang lengkap dan menghantar bersama dengan dokumen sokongan melalui kurier atau serahan tangan ke pejabat Yayasan.
  • Tarikh Tutup: 25 Jun 2024

Penghantaran atau penyerahan borang permohonan bercetak boleh dibuat di alamat berikut;

Alamat Pejabat Yayasan Kuok:

KUOK FOUNDATION BERHAD (UNIVERSITI AWAM MALAYSIA 2024)  
Letter Box No. 110,
16th Floor UBN Tower, 1
0 Jalan P. Ramlee,
50250 KUALA LUMPUR

Bayaran Balik Pinjaman

Bagi mereka yang menerima dermasiswa-pinjaman, bayaran balik perlu dilakukan secara ansuran bulanan. Pembayaran balik harus dimulakan enam bulan selepas tamat pengajian atau satu bulan selepas konvokesyen atau majlis graduasi, yang mana lebih awal.

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, sila layari laman web rasmi Yayasan Kuok;

Alamat Pejabat Yayasan Kuok:

KUOK FOUNDATION BERHAD (UNIVERSITI AWAM MALAYSIA 2024)  
Letter Box No. 110,
16th Floor UBN Tower, 1
0 Jalan P. Ramlee,
50250 KUALA LUMPUR.

Sumber Maklumat;


Artikel Berkaitan;

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments