HomeKewanganBantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024: Permohonan & Kemaskini

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024: Permohonan & Kemaskini

HEBAHAN PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) PEKEBUN KECIL & PENOREH GETAH TAHUN 2024.

Sukacitanya Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) membuka permohonan Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil dan penoreh getah yang layak mulai 1 Jun 2024.

Bantuan ini bertujuan  bagi meringankan beban pekebun kecil dan penoreh getah yang terkesan sepanjang tempoh musim tengkujuh ini.

Apa Itu Bantuan Musim Tengkujuh?

Bantuan ini diwujudkan bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah  yang terjejas pendapatannya akibat tidak dapat menoreh ketika musim hujan.

Bantuan Musim Tengkujuh merupakan satu inisiatif Kerajaan Malaysia yang disalurkan kepada RISDA melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Jumlah Bantuan

Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) pada tahun lalu telah ditambah kepada RM800.

Sebelum ini, kadar bantuan yang ditetapkan adalah sebanyak adalah RM600 bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang layak.

Tempoh Permohonan dan Kemaskini

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2024 (BMT2024) dibuka mulai 1 Jun 2024 hingga 30 September 2024 kepada semua Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang layak. 

Penerima BMT sebelum ini, WAJIB mengemaskini semula permohonan secara atas talian melalui Portal Pekebun Kecil RISDA di pautan https://pekebunkecil.risda.gov.my atau hadir ke mana-mana Pejabat RISDA berhampiran.

Iklan Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024

Syarat-syarat Kelayakan BMT

Penerima yang layak adalah Pekebun Kecil yang memiliki dan mengusahakan lot bertanam getah atau Penoreh yang tidak memiliki dan menoreh di lot bertanam getah dengan jumlah keluasan tanah adalah 2.5 hektar ke bawah. Syarat-syarat kelayakan bantuan ini mengikut kategori adalah seperti berikut :

1) Pekebun Kecil Getah

  1. Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
  3. Memiliki jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat.
  4. Pemilik tanah yang sah.
  5. Satu lot hanya seorang penerima sahaja (tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi).
  6. Seorang pekebun kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.

2) Penoreh Getah

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.
  3. Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
  4. Mendapat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.
  5. Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau Slip Pengaktifan PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat.
  6. Satu lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
  7. Seorang penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.

Cara Memohon

Permohonan BMT boleh dibuat melalui dua cara iaitu;

  1. Melalui atas talian (online)
  2. Melalui pejabat RISDA

Permohonan secara atas talian melalui Portal Pekebun Kecil RISDA di pautan; https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama

Manakala permohonan secara manual, pemohon boleh hadir ke mana-mana Pejabat RISDA berhampiran.

Sila rujuk alamat pejabat RISDA berhampiran melalui pautan berikut;

https://www.risda.gov.my/ms/hubungi-kami/pejabat-risda-negeri

Semakan Status

Semakan status kelulusan BMT boleh dibuat melalui laman portal rasmi RISDA iaitu;

https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus

Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang Hantar.

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut yang lebih terperinci, anda digalakkan untuk menghubungi Pejabat RISDA berhampiran atau layari www.risda.gov.my

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments