Tukar Duit Raya Bank Islam 2025 kini lebih mudah! Anda boleh menukar duit raya di ATM Bank Islam terpilih tanpa perlu ke kaunter atau beratur panjang untuk mendapatkan wang kertas baharu dengan cepat dan selesa.
Untuk makluman, kempen “Jom Tukar Duit Raya BIMB” yang berlangsung dari 10 Mac hingga 14 Mac 2025, sambutan luar biasa telah menyebabkan semua peruntukan duit raya laku keras. Namun, pelanggan yang tidak berjaya membuat tempahan masih boleh mendapatkan Duit Raya di ATM Bank Islam terpilih, selagi stok masih ada.
Bank Islam menyediakan perkhidmatan mesin Tukar Duit Raya khas di lokasi terpilih seluruh negara bagi memudahkan pelanggan. Dengan hanya beberapa langkah mudah, anda boleh mengeluarkan wang kertas berkualiti atau duit baru dalam denominasi RM10, RM20, RM50 dan RM100, selagi stok masih ada.
Jimat masa, elakkan kesesakan, dan dapatkan wang kertas baharu lebih awal untuk perayaan Aidilfitri anda. Jangan tunggu saat akhir! Wang kertas baharu hanya tersedia di ATM Bank Islam selagi stok masih ada.
Lihat Juga:
– CIMB Tukar Duit Raya 2025: Lokasi ATM Setiap Negeri Utk Tukar
– Maybank Tukar Duit Raya 2025: Senarai ATM & Kaunter Terpilih
Tarikh Tukar Duit Raya ATM Bank Islam 2025
Bank Islam Malaysia Berhad, melalui pengumuman di Facebook dan aplikasi bimb memaklumkan bahawa tarikh pertukaran duit raya melalui ATM Bank Islam boleh dibuat bermula 17 Mac 2025 dan akan berterusan selagi stok masih ada.

Lihat juga: Lain-lain ATM Tukar Duit Raya 2025
Senarai Lokasi ATM Tukar Duit Raya Bank Islam 2025 (Mengikut Negeri)
Bank Islam menyediakan perkhidmatan ATM Tukar Duit Raya di lokasi terpilih seluruh negara bagi memudahkan pelanggan mendapatkan wang kertas berkualiti dalam denominasi RM10, RM20, RM50, dan RM100.
Perkhidmatan ini bermula pada 17 Mac 2025 dan akan berlangsung selagi stok masih ada.
Berikut adalah senarai lokasi ATM Bank Islam yang menawarkan perkhidmatan tukar duit raya mengikut negeri:
Selangor
- Kajang – ATM No. 8353 (RM50, RM10)
- Rawang – ATM No. 8289 (RM50, RM10)
- Seksyen 18, Shah Alam – ATM No. 8411 (RM100, RM20)
- Cyberjaya – ATM No. 8485 (RM50, RM50)
- Bukit Jelutong – ATM No. 8487 (RM100, RM20)
- Sungai Buloh – ATM No. 8385 (RM100, RM20)
Kuala Lumpur
- Menara Bank Islam – ATM No. 8210 (RM50, RM10)
- Taman Melawati – ATM No. 8952 (RM50, RM10)
- Bandar Tasik Permaisuri – ATM No. 8430 (RM50, RM20)
- Bandar Tasik Permaisuri – ATM No. 8431 (RM50, RM10)
Negeri Sembilan
- Tampin – ATM No. 8282 (RM50, RM20)
- Port Dickson – ATM No. 8512 (RM50, RM50)
- Bandar Baru Nilai – ATM No. 8598 (RM100, RM20)
Johor
- Johor Bahru – ATM No. 8310 (RM100, RM20)
- Batu Pahat – ATM No. 8560 (RM100, RM20)
Melaka
- Ayer Keroh – ATM No. 8252 (RM50, RM10)
Perak
- Meru Raya, Ipoh – ATM No. 8482 (RM100, RM20)
Pulau Pinang
- Butterworth – ATM No. 8268 (RM50, RM10)
Pahang
- Temerloh – ATM No. 8533 (RM100, RM20)
- Putra Square, Kuantan – ATM No. 8372 (RM100, RM20)
Sabah
- Lahad Datu – ATM No. 8688 (RM50, RM10)
- Alamesra, Kota Kinabalu – ATM No. 8523 (RM50, RM10)
- Keningau – ATM No. 8684 (RM100, RM20)
Nota Penting: Perkhidmatan ini tidak tersedia di negeri Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.



Sumber: Facebook Bank Islam Malaysia Berhad
Cara Pengeluaran Duit Raya di Mesin Bank Islam
Pengeluaran duit raya di ATM Bank Islam sama seperti pengeluaran tunai akaun Bank Islam biasa, cumanya had pengeluaran mungkin berbeza bergantung kepada stok wang kertas dan jenis denominasi yang tersedia.
Had pengeluaran maksimum bagi akaun Bank Islam adalah RM5,000.00 sehari, tetapi untuk pengeluaran duit raya, had mungkin berbeza bergantung pada ATM dan stok wang kertas yang ada.
Berikut adalah panduan pengeluaran duit raya di ATM Bank Islam:
- Masukkan kad ke dalam mesin ATM.
- Pilih Bahasa yang diingini.
- Masukkan nombor PIN kad ATM anda.
- Pilih transaksi Bank Islam.
- Pilih Pengeluaran Tunai.
- Pilih akaun untuk membuat pengeluaran (jika ada lebih daripada satu akaun).
- Pilih amaun yang disediakan atau masukkan amaun lain berdasarkan denominasi yang tersedia (RM10, RM20, RM50, RM100).
- Masukkan amaun dan tekan BETUL.
- Tekan YA jika ingin resit.
- Ambil Kad, wang, dan resit.

Tip Mengelakkan Kesesakan & Mendapatkan Wang Kertas Berkualiti
- Tukar duit lebih awal. Jangan tunggu hari-hari terakhir sebelum raya kerana stok wang kertas berkualiti terhad.
- Gunakan ATM pada waktu kurang sibuk. Elakkan waktu puncak seperti tengah hari atau selepas waktu kerja (5 petang – 8 malam).
- Pastikan kad ATM anda aktif. Jika kad ATM tamat tempoh atau disekat, pastikan ia diaktifkan terlebih dahulu.
- Periksa baki akaun sebelum ke ATM. Pastikan anda mempunyai baki mencukupi sebelum melakukan transaksi.
- Gunakan ATM yang berdekatan. Pilih lokasi ATM yang mudah diakses dan kurang sesak.
Untuk maklumat lanjut, sila layari bankislam.com.
Lihat Juga:
