HomeInfoTarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2025 Untuk Raya Puasa Aidilfitri

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2025 Untuk Raya Puasa Aidilfitri

Bila Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2025?

Tarikh melihat anak bulan Syawal 2025 telah ditetapkan pada 30 Mac 2025 (Ahad), bersamaan 29 Ramadan 1446H. 

Pengumuman rasmi mengenai tarikh 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri) akan dibuat oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Pengumuman ini akan disiarkan melalui media massa seperti TV, radio, media sosial, dan laporan rasmi daripada JAKIM.

Dah Bayar Zakat Fitrah Belum? Lihat
Kadar Zakat Fitrah 2025 Mengikut Negeri & Cara Bayaran Online

Kaedah Penentuan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Asas penentuan tarikh mula puasa dan Hari Raya Aidilfitri adalah berdasarkan nas syarak dalam al-Quran, hadis dan pendapat ulama daripada kitab muktabar. 

Di dalam sebuah hadis oleh Nafi’ dari Ibnu Umar, Nabi Muhammad SAW bersabda tentang bulan Ramadhan dan Syawal, maka sabdanya:

Jangan kamu berpuasa kecuali kamu melihat hilal (Ramadan). Dan janganlah kamu berbuka sebelum kamu melihat hilal (Syawal). Apabila penglihatan kamu dilindungi oleh awan, maka hendaklah kamu takdirkannya” (Sahih Bukhari 2:1787)

Penentuan tarikh puasa dan hari raya di Malaysia menggunakan kaedah Rukyah dan Hisab berdasarkan kriteria Imkanur Rukyah. Kaedah ini menggabungkan cerapan fizikal anak bulan (rukyah) dan pengiraan astronomi (hisab) untuk memastikan ketepatan penentuan awal bulan Hijriah. 

Menurut Jabatan Mufti Negeri Selangor, Kriteria Imkanur Rukyah yang digunakan di Malaysia menetapkan bahawa anak bulan dianggap boleh kelihatan sekiranya memenuhi syarat berikut iaitu:

  1. Ketinggian Anak Bulan: Sekurang-kurangnya 3° di atas ufuk ketika matahari terbenam.
  2. Jarak Lengkung (Elongasi): Sekurang-kurangnya 6.4° antara bulan dan matahari.

Jika anak bulan tidak kelihatan tetapi memenuhi kriteria di atas melalui pengiraan hisab, maka keesokan harinya akan ditetapkan sebagai permulaan bulan baharu. Sebaliknya, jika kriteria tidak dipenuhi, bulan tersebut akan digenapkan menjadi 30 hari. 

Kaedah ini telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat ke-88 pada 20 Oktober 1970, yang memutuskan bahawa jika anak bulan tidak kelihatan tetapi menurut kiraan ahli falak ia wujud dan boleh nampak, maka kiraan tersebut boleh digunakan. 

Dengan menggabungkan kaedah rukyah dan hisab, Malaysia memastikan penentuan tarikh mula puasa adalah selaras dengan syariat Islam dan perkembangan ilmu falak, serta mengekalkan keseragaman dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2025 di Malaysia

Di Malaysia, hanya tiga bulan yang ditetapkan untuk pengisytiharan rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, iaitu Ramadan, Syawal, dan Zulhijjah.

Untuk tahun 2025, tarikh melihat anak bulan Syawal adalah pada 30 Mac 2025, iaitu petang Ahad, bersamaan 29 Ramadan 1446H.

Nak Tukar Duit Raya? lihat ATM Tukar Duit Raya 2025: Maybank, CIMB, Bank Islam & Lain

Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2025

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri akan dibuat pada malam tersebut, selepas selesai cerapan anak bulan.

Jangkaan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2025 adalah sama ada pada 31 Mac 2025 (Isnin) atau 1 April 2025 (Selasa), bergantung kepada kelihatan atau tidaknya anak bulan Syawal serta pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Jika anak bulan kelihatan, maka 1 Syawal 1446H akan jatuh pada 31 Mac 2025 (Isnin), dan umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari tersebut.

Jika anak bulan tidak kelihatan, maka bulan Ramadan akan digenapkan menjadi 30 hari, dan Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada 1 April 2025 (Selasa).

Pengumuman rasmi tarikh 1 Syawal akan dibuat pada malam 30 Mac 2025 melalui televisyen, radio, serta platform media rasmi JAKIM dan kerajaan.

Tempat Cerapan / Lihat Anak Bulan Syawal

Dari segi praktisnya, pada petang hari cerapan anak bulan, Jawatankuasa Rukyah Negeri-Negeri yang terdiri daripada Mufti Negeri sebagai ketua rombongan, Ketua Hakim Syar’ie, Pengarah Jabatan Ukur Negeri atau wakilnya yang beragama Islam dan seorang ahli falak akan melaksanakan rukyah hilal di tempat cerapan rasmi di negeri masing-masing.

Berikut adalah senarai lokasi rasmi cerapan anak bulan di Malaysia:

Perlis

  • Kuala Sungai Baru, Simpang Empat

Kedah

  • Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
  • Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
  • Menara Alor Setar, Alor Setar

Pulau Pinang

  • Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh

Perak

  • Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong

Selangor

  • Bukit Melawati, Kuala Selangor
  • Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
  • Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam

Kuala Lumpur

  • Menara Kuala Lumpur

Putrajaya

  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Negeri Sembilan

  • Telok Kemang, Port Dickson

Melaka

  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara

Johor

  • Pontian Kecil

Pahang

  • Bukit Tanjong Batu, Nenasi
  • Gunung Berincang, Cameron Highlands
  • Bukit Pelindung, Kuantan

Terengganu

  • Bukit Besar, Kuala Terengganu
  • Bukit Geliga, Kemaman
  • Pulau Perhentian, Besut
  • Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu

Kelantan

  • Bukit Peraksi, Pasir Puteh
  • Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
  • Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu

Sarawak

  • Tanjung Lubang, Miri
  • Teluk Bandung, Kuching
  • Tanjung Batu, Bintulu

Sabah

  • Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan

Labuan

  • Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada laman web rasmi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Macam Mana Rupa Anak Bulan?

Gambar Anak Bulan
Kredit Photo: Shahrin Ahmad (Pakar Falak Malaysia)

Buat yang selalu tertanya-tanya, inilah rupa sebenar anak bulan!

Gambar di atas menunjukkan anak bulan (hilal) yang dicerap dari Balai Cerap Teluk Kemang, Negeri Sembilan pada 3 Mac 2022, menggunakan teleskop khas dan kamera berkuasa tinggi.

Apa Itu Anak Bulan?

Anak bulan ialah fasa awal bulan baharu dalam kalendar Islam (Hijrah).

Ia menjadi penanda permulaan bulan Ramadan, Syawal, dan Zulhijjah, yang menentukan bila umat Islam mula berpuasa, menyambut Aidilfitri, dan menunaikan ibadah haji.

Bagaimana Pakar Falak Mengesahkan Anak Bulan?

  • Rukyah (Pencerapan Fizikal) – Melihat anak bulan menggunakan mata kasar atau teleskop di lokasi strategik.
  • Hisab (Pengiraan Astronomi) – Pengiraan kedudukan bulan dan matahari menggunakan kaedah Imkanur Rukyah, yang menentukan kebolehnampakan anak bulan.

Bagaimana Anak Bulan Kelihatan?

  • Sangat nipis & samar – Anak bulan selalunya sukar dikesan dengan mata kasar kerana kecerahan langit senja.
  • Berbentuk sabit melengkung – Garis cahaya halus melengkung di bahagian bawah langit.
  • Dapat dilihat selepas matahari terbenam – Anak bulan muncul sejurus selepas matahari terbenam di ufuk barat.

Kenapa Kadang-Kadang Tak Nampak?

  • Cuaca buruk – Awan tebal boleh menghalang pandangan.
  • Kedudukan bulan terlalu rendah – Jika bulan terlalu dekat dengan ufuk, ia mungkin tenggelam sebelum sempat kelihatan.
  • Cahaya bulan terlalu lemah – Cahaya matahari yang masih terang boleh menutup kelihatan anak bulan.

Menariknya, Jika Anak Bulan Tak Nampak?

Jika anak bulan tidak kelihatan, bulan Hijrah akan digenapkan menjadi 30 hari mengikut kaedah hisab dan pengumuman rasmi akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Sekarang anda dah tahu rupa sebenar anak bulan, bolehlah kongsi dengan kawan-kawan ya!

Dah tahu tarikh raya? lihat 10 Amalan Sunnah pada Hari Raya Aidilfitri

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments