HomeKewanganAgihan Zakat Guru & Kakitangan Sekolah Agama Rakyat Kedah

Agihan Zakat Guru & Kakitangan Sekolah Agama Rakyat Kedah

AGIHAN KEWANGAN ZAKAT GURU & KAKITANGAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT FASA 1 TAHUN 2024 KINI DIBUKA

Lembaga Zakat Negeri Kedah mempelawa pemohon yang sedang berkhidmat sebagai guru dan kakitangan sepenuh masa di sekolah-sekolah agama rakyat yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah untuk memohon agihan ini.

Maklumat-maklumat permohonan adalah sebagaimana berikut;

Tarikh Tutup Permohonan 

Permohonan dibuka sehingga 30 Jun 2024.

Dasar Agihan Kewangan Zakat Kepada Guru Dan Kakitangan Sekolah Agama Rakyat

  1. Agihan ini disediakan kepada rakyat negeri Kedah yang sedang berkhidmat sebagai guru dan kakitangan sepenuh masa di sekolah-sekolah agama rakyat yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.
  2. Sekolah-sekolah Agama Rakyat yang berdaftar di bawah JHEAIK merangkumi :
    • Maahad Tahfiz
    • Pondok/ Madrasah
    • Sekolah Menengah Agama (SMA)
    • Sekolah Rendah Agama (SRA)
  3. Pemohon yang layak memohon bagi agihan ini adalah berdasarkan kategori seperti berikut;
    • Guru / Tenaga Pengajar
    • Pentadbiran Sekolah
    • Kakitangan Sokongan
    • Pekerja Am

Kadar Bantuan

PENERIMAJUMLAH AGIHAN
Guru dan Kakitangan Sekolah Agama Rakyat RM 600.00 seorang

Syarat Kelayakan

  1. Pemohon sedang menetap di negeri Kedah dan berkhidmat di sekolah agama rakyat yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) secara sepenuh masa.
  2. Kategori pekerjaan pemohon yang layak memohon adalah seperti berikut :
    • Guru/ Tenaga Pengajar
    • Pentadbiran Sekolah : Mudir/ Pengetua/ Guru Besar/ Penolong Kanan
    • Kakitangan Sokongan : Kerani/ Pembantu Tadbir/ Pembantu Guru/ Penyelia Asrama/ Pembantu Koperasi
    • Pekerja Am : Tukang Masak/ Tukang Cuci/ Pengawal Keselamatan/ Pemandu (Yang dibayar gaji oleh pihak sekolah)
  3. Tempoh berkhidmat di sekolah sekurang-kurangnya tiga puluh enam (36) bulan.
  4. Guru/ Kakitangan Bukan lantikan perkhidmatan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, JHEAIK.
  5. Jumlah pendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM 2,500.00.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di link:

https://agihan.zakatkedah.com.my

  • Pilih aplikasi atas talian, kemudian
  • Pilih agihan guru dan kakitangan SAR, kemudian 
  • Pilih permohonan baharu, kemudian
  • Isi maklumat maklumat pemohon dan tempat mengajar,
  • Muat naik dokumen sokongan

Panduan Permohonan Boleh Disemak Melalui Pautan Berikut :

https://bit.ly/PanduanAgihanSARFasa1

Dokumen Sokongan

Dokumen Sokongan Yang Perlu Dimuat Naik Bersama Permohonan

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Borang Pengesahan Dalam Perkhidmatan Di Sekolah Agama Rakyat. (Boleh Dimuat turun melalui : https://bit.ly/BorangPengesahanFasa1)

*Nota : Pastikan borang dicop dan ditandatangani oleh pengetua/ mudir/ guru besar/ pengerusi lembaga tadbir sekolah

  1. Salinan Akaun Bank Pemohon (selain ASB dan Tabung Haji)

Info Lanjut

Maklumat lanjut sila hubungi :

​​Divisyen Pendidikan Zakat Kedah , Aras 3, Menara Zakat Jalan Teluk Wan Jah 05200 Alor Setar Kedah Darul Aman,

Sumber: Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman 

AGIHAN KEWANGAN ZAKAT GURU & KAKITANGAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT FASA 1 TAHUN 2024
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments