HomePendidikanTingkatan 6: Syarat Kelayakan dan Cara Permohonan

Tingkatan 6: Syarat Kelayakan dan Cara Permohonan

Tingkatan 6 merupakan salah satu  pilihan yang sangat baik bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran selepas SPM. 

Dengan syarat kemasukan yang jelas, tempoh pengajian yang munasabah, kurikulum yang pelbagai dan banyak kelebihan lain, program ini menawarkan persiapan yang kukuh untuk kemasukan ke universiti. 

Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan, peluang ini harus direbut untuk meraih kejayaan akademik dan membina asas yang kukuh untuk masa depan.

Pengenalan Tingkatan 6

Tingkatan 6 telah mula beroperasi di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bantuan kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu. Pada masa itu, bilangan kelas Tingkatan 6 yang di tawarkan ialah minimum 2 kelas dan maksimum 22 kelas. Terdapat 2 bidang yang ditawarkan iaitu bidang Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan Bidang Sains.

Mulai tahun 2008, Langkah penambahbaikan dari segi pengurusan dan fungsi Tingkatan 6 serta kebajikan murid diberi tumpuan untuk mendaikan proses pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 6 lebih menarik serta menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif. Cadangan penambahbaikan yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2008 merangkumi beberapa aspek seperti pengurusan dan pentadbiran, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan an penulisan ilmiah, kemudahan fizikal, serta peranan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

Manakala pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM telah dimulakan pada tahun 2012 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.

Tempoh pengajian di Tingkatan 6 adalah selama tiga semester. Murid yang telah menamatkan pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM), layak untuk ditawarkan pengajian di Tingkatan 6 jika memenuhi syarat umum dan syarat khusus bagi bidang yang ditawarkan.

Syarat Kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2024

Jika anda bercadang untuk sambung belajar di Tingkatan 6, berikut adalah syarat am dan syarat khusus mengikut bidang atau aliran masing-masing.

Syarat Am

  1. Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam Bahasa Melayu.
  2. Umur: Antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari 2024.

Syarat Khas

  1. Bidang Sains:
    • Tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit dalam subjek tertentu seperti Matematik, Fizik, Kimia, Biologi, dan lain-lain.
  2. Bidang Sains Sosial:
    • Tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit dalam subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, dan lain-lain.
  3. Bidang Sains Sosial (Agama):
    • Gred D dalam Bahasa Arab dan tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit dalam subjek seperti Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Islam, dan lain-lain.

Sila rujuk maklumat dari laman berikut untuk mengetahui secara terperinci kumpulan mata pelajaran yang dimaksudkan;

https://sst6.moe.gov.my/upload_file/SYARAT%20KEMASUKAN%20TINGKATAN%20ENAM.pdf

Syarat Kemasukan bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK):

  1. Syarat Am: Lulus SPM dengan lulus dalam Bahasa Melayu, berumur antara 17 hingga 21 tahun.
  2. Syarat Khas: Seperti bidang Sains dan Sains Sosial dengan pengurangan unit mata gred tertentu.

Syarat Permohonan Ke Tingkatan Enam (Aliran Tahfiz)

  1. Warganegara Malaysia, lulus SPM dengan lulus Bahasa Melayu.
  2. Kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam Bahasa Arab dan subjek Islamik.
  3. Menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk.

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian di Tingkatan 6 adalah selama 1 ½ tahun:

1.    Semester 1 : Mei hingga November, 26 minggu termasuk :

  • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
  • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
  • Peperiksaan Semester 1 (S1) 

2.    Semester 2: Januari hingga Mei, 20 minggu termasuk :

  • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
  • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
  • Peperiksaan Semester 2 (S2)

3.    Semesterl 3: Mei hingga November, 26 minggu termasuk :

  • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
  • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
  • Peperiksaan Semester 3 (S3), peperiksaan Ulang 1 (U1) dan peperiksaan Ulang 2 (U2)

Kandungan kurikulum dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga Semester, iaitu S1, S2 dan S3 dalam tempoh pengajian selama 1½ tahun.

Yuran Pengajian & Pentaksiran

Pentaksiran

Pentaksiran dilaksanakan melalui peperiksaan akhir berpusat (wajaran 60% – 80%) dan kerja kursus (wajaran 20% – 40%). Peratusan wajaran adalah berbeza mengikut mata pelajaran. Murid mesti menduduki peperiksaan akhir berpusat S1, S2 dan S3. Murid juga mesti melaksanakan Kerja Kursus.

Murid akan menerima keputusan peperiksaan setiap Semester. Mereka boleh memperbaiki keputusan peperiksaan S1 dan S2 dengan menduduki peperiksaan U1 dan/atau U2. Pentaksiran pencapaian murid dan keputusan peperiksaan adalah berdasarkan ketiga-tiga Semester. Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah kumulatif keputusan terbaik bagi ketiga-tiga Semester seperti yang berikut:

Terbaik [(S1 atau U1) + (S2 atau U2) + S3 +  Kerja Kursus].

Yuran

Yuran peperiksaan bagi empat atau / dan lima mata pelajaran adalah percuma bagi calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, kecuali calon sekolah swasta dan persendirian individu.

Namun, pelajar mungkin perlu membayar yuran untuk buku teks, alat tulis, dan aktiviti kokurikulum.

Cara Permohonan Dan Semakan

Untuk permohonan tingkatan enam, pelajar tidak perlu memohon kerana pelajar yang layak dan melepasi syarat kemasukan akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6.

Tawaran kemasukan Tingkatan 6 boleh disemak sekitar bulan Julai setiap tahun. 

Semakan boleh dibuat melalui portal berikut;

https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/index.cfm

Pakaian Murid Tingkatan Enam

  • Pakaian murid adalah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014 Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam. 
  • Pakaian murid lelaki ialah baju kemeja berseluar panjang lengkap dengan kasut dan stoking. 
  • Pakaian murid perempuan ialah baju kurung, gaun, gaun labuh/jenis jubah/maksi, twopiece/three piece suit pants lengkap dengan kasut atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang bersesuaian dan lengkap. 
  • Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim tidak dibenarkan. Jean, cargo pants, seluar pendek, atau legging tidak dibenarkan. 
  • Apa-apa pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan. 
  • Murid dilarang memakai kemeja-T semasa menghadiri kelas. 
  • Murid hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata. 
  • Pakaian yang jarang dan ketat juga tidak dibenarkan. 
  • Walau bagaimanapun, murid juga boleh mengenakan pakaian seragam sekolah sekiranya perlu (hak memilih terpulang pada murid).

Kelebihan Tingkatan 6

Tingkatan 6 menawarkan pelbagai kelebihan kepada pelajar yang memilih laluan ini. Berikut adalah beberapa kelebihan utama:

  1. Kos Rendah: Pengajian di Tingkatan 6 di sekolah kerajaan adalah percuma, menjadikannya pilihan yang menjimatkan.
  2. Persediaan Akademik: Kurikulum yang komprehensif menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran di peringkat universiti.
  3. Pilihan Aliran: Pelajar boleh memilih aliran yang sesuai dengan minat dan cita-cita mereka.
  4. Kebolehcapaian: Terdapat banyak sekolah di seluruh negara yang menawarkan program Tingkatan 6.
  5. Pengiktirafan: Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diiktiraf secara meluas di dalam dan luar negara, membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke pelbagai institusi pengajian tinggi.
  6. Pembangunan Holistik: Program ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada akademik tetapi juga membangunkan kemahiran insaniah melalui aktiviti kokurikulum.
  7. Peluang Biasiswa: Pelajar cemerlang dalam STPM berpeluang untuk memohon pelbagai jenis biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments