Istimewa untuk pendeposit Tabung Haji, TH telah memperkenalkan TH Khairat kepada semua pendeposit yang berumur seawal 30 hari sehingga 65 tahun (hari lahir berikutnya).
Khairat Tabung Haji (TH Khairat) adalah pelan perlindungan takaful yang mampu dimiliki, sesuai untuk mereka yang mungkin mempunyai penyakit sedia ada dan gagal mendapatkan perlindungan takaful lain.
Ia juga sesuai untuk golongan yang mempunyai banyak komitmen kewangan serta tidak mampu menyumbang kepada pelan takaful di luar sana.
Dengan hanya RM28 setahun bagi setiap sijil, pendeposit kini boleh memiliki sehingga 4 sijil dengan jumlah perlindungan meningkat kepada RM48,000, berbanding hanya 2 sijil sebelum ini.
Lebih istimewa, jika berlaku kematian di Tanah Suci semasa menunaikan haji, jumlah manfaat ini akan digandakan kepada RM96,000, memberikan perlindungan lebih besar kepada ahli keluarga tersayang. Oleh itu, TH Khairat amat sesuai dan bermanfaat untuk pendeposit dan keluarga sebagai jaminan kewangan sekiranya berlaku kemalangan atau hilang upaya kekal.
Lihat juga;
- 12 Skim Bantuan Khairat Kematian Yang Boleh Dituntut Waris
- Skim Khairat Kematian (SKK) STR 2025: Syarat & Cara Tuntutan
Apa Itu TH Khairat?
TH Khairat ialah skim perlindungan takaful sukarela yang menyediakan manfaat kewangan sehingga RM12,000 bagi kes kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh. Dengan langganan tahunan serendah RM28, pelan ini memberi jaminan perlindungan kepada pendeposit serta membantu meringankan beban waris dalam menghadapi situasi tidak diduga.
Menariknya, sebanyak RM2,000 daripada jumlah perlindungan boleh disalurkan sebagai Infaq kepada pertubuhan kebajikan yang dipilih oleh Pengendali Takaful, membolehkan pendeposit turut menyumbang kepada manfaat masyarakat.

Jumlah dan Kaedah Bayaran
Berdasarkan maklumat terkini, butiran mengenai jumlah dan kaedah bayaran untuk TH Khairat adalah seperti berikut:
- Jumlah Langganan Tahunan: RM28 bagi setiap sijil perlindungan.
- Purata Bayaran Bulanan: Secara purata, ini bersamaan dengan kira-kira RM2.34 sebulan.
- Kaedah Bayaran: Bayaran langganan akan didebitkan secara automatik daripada akaun Tabung Haji (TH) pendeposit setiap tahun.
- Baki Minimum Akaun: Pendeposit perlu memastikan baki akaun TH yang boleh digunakan berjumlah sekurang-kurangnya RM100 untuk pendaftaran dan setiap kali pembaharuan.

Lihat Juga: Cara Tuntutan Bantuan Khairat Kematian ASNB (ASB, ASB2 DLL)
Terma dan Syarat Pendaftaran TH Khairat
Sebelum mendaftar, penting untuk memahami terma dan syarat yang perlu dipatuhi bagi memastikan proses pendaftaran dan perlindungan berjalan dengan lancar.
1. Kelayakan Pendaftaran
Pendaftaran TH Khairat terbuka kepada pendeposit Tabung Haji sahaja yang memenuhi syarat berikut:
- Berumur antara 30 hari hingga 65 tahun pada tarikh ulang tahun kelahiran seterusnya.
- Pendeposit berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar sendiri melalui THiJARI.
- Pendeposit di bawah 18 tahun perlu didaftarkan oleh ibu, bapa, atau penjaga melalui akaun THiJARI mereka.
2. Bayaran Langganan dan Kaedah Pembayaran
- Bayaran langganan tahunan adalah sebanyak RM28 untuk setiap sijil perlindungan.
- Bayaran akan didebitkan secara automatik daripada akaun Tabung Haji pendeposit setiap tahun.
- Pendeposit perlu memastikan baki akaun sekurang-kurangnya RM100 untuk membolehkan bayaran langganan dilakukan.
Jika baki akaun tidak mencukupi pada tarikh pembaharuan, sijil takaful akan ditamatkan secara automatik dan pendeposit perlu mendaftar semula jika ingin mendapatkan perlindungan.
3. Had Maksimum Sijil dan Jumlah Perlindungan
Setiap pendeposit boleh memiliki sehingga empat sijil perlindungan, dengan jumlah setiap sijil adalah RM12,000.
Pendeposit boleh memilih untuk mendaftar dengan dua pengendali takaful yang dilantik, iaitu
- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (STMKB) dan
- Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT).
Jumlah perlindungan maksimum yang boleh diperoleh ialah RM48,000 bagi empat sijil.
Jika pendeposit meninggal dunia di Tanah Suci ketika menunaikan haji, jumlah perlindungan akan digandakan sehingga RM96,000.
Situasi | Jumlah Bayaran (Setahun) | Manfaat Perlindungan |
1 sijil dengan STMKB | RM28 | RM12,000 |
1 sijil dengan HLMT | RM28 | RM12,000 |
2 sijil dengan dua pengendali | RM28 + RM28 = RM56 | RM24,000 |
4 sijil dengan dua pengendali | RM56 + RM56 = RM112 | RM48,000 |
Kelebihan: Sekiranya pendeposit meninggal dunia di Tanah Suci, jumlah perlindungan digandakan sehingga RM96,000.

4. Tempoh Berkuat Kuasa dan Tempoh Menunggu
- Sijil perlindungan akan berkuat kuasa mengikut tarikh pendaftaran yang berjaya.
- Tiada tempoh menunggu bagi kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.
- Tempoh menunggu selama tiga bulan dikenakan bagi kematian akibat penyakit. Jika kematian berlaku dalam tempoh ini, tiada tuntutan boleh dibuat.
5. Penerima Manfaat dan Infaq
- Pendeposit boleh melantik sesiapa sahaja sebagai penerima manfaat, dengan syarat penerima mempunyai akaun Tabung Haji dan berumur 18 tahun ke atas.
- Pendeposit boleh memilih untuk menyumbangkan RM2,000 daripada jumlah perlindungan kepada pertubuhan kebajikan yang dilantik oleh pengendali takaful.
Organisasi kebajikan yang menerima sumbangan infaq termasuk Yayasan Maghfirah, Sadaqa House, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, dan beberapa institusi wakaf lain. Jika pendeposit memilih infaq, jumlah yang diterima oleh waris akan dikurangkan kepada RM10,000 bagi setiap sijil.
6. Pembaharuan dan Penamatan Langganan
- Pembaharuan langganan dilakukan secara automatik setiap tahun selagi baki akaun mencukupi.
- Jika pendeposit telah mencapai umur 65 tahun, langganan tidak boleh diperbaharui dan sijil akan ditamatkan secara automatik.
- Jika langganan ditamatkan atas sebab baki akaun tidak mencukupi atau atas permintaan pendeposit sendiri, bayaran langganan tidak akan dikembalikan.
7. Proses Tuntutan Manfaat TH Khairat
- Borang tuntutan boleh dimuat turun melalui THiJARI dan perlu dihantar kepada pengendali takaful yang dipilih.
- Pembayaran tuntutan akan dikreditkan ke akaun penerima manfaat dalam tempoh 30 hari selepas permohonan dan dokumen lengkap diterima.
- Tuntutan hanya boleh dibuat sekali sahaja bagi setiap sijil perlindungan.
Cara Pendaftaran
Sekiranya anda ingin melanggan TH Khairat ini, pendaftaran boleh dibuat di Portal atau Aplikasi THiJARI sebagaimana berikut;
- Log masuk menggunakan menggunakan ID dan kata laluan pengguna
- Pilih TH Khairat di menu portal atau aplikasi THiJARI
- Klik pendaftaran, baca terma dan syarat dan klik setuju
- Pilih nama (nombor akaun)
- Klik Cari
- Pilih Maklumat Pemohon (pastikan semua maklumat pendeposit adalah betul)
- Isi Maklumat penerima manfaat (Contohnya Isteri atau suami)
- Nombor MyKad
- Nombor akaun TH
- Klik Cari dan akan keluar maklumat penerima setelah nombor mykad dan akaun TH diisi
- Klik Berikutnya
- Pilih Jenis Takaful > Kematian Atau Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh
- Pilih Pengendali Takaful samaada
- SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA KELUARGA BERHAD atau,
- HONG LEONG MSIG TAKAFUL
- Pilih Untuk Infaq Sama ada YA atau TIDAK (sekiranya YA, RM2,000.00 daripada jumlah perlindungan akan di Infaqkan kepada organisasi terpilih, sila rujuk FAQ untuk maklumat laniut)
- Klik butang berikutnya.
- Klik Kotak Pengesahan bagi mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan semua pengakuan dan terma seperti yang dinyatakan di atas.
- Akhir sekali Klik butang SAH
Klik Download atau cetak resit TH Khairat untuk rujukan masa akan datang
Terma & Syarat Penerima Manfaat
- Penerima manfaat yang dinamakan mestilah:
- Mempunvai akaun TH
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Tuntutan hanya boleh dibuat sekali sahaja oleh penerima manfaat terkini dan tidak boleh dipindah milik.
- Penerima manfaat boleh dikemas kini pada bila-bila masa.
Kemas Kini
Penerima manfaat boleh dikemas kini pada bila-bila masa.
Sekiranya ingin mengekaskini penerima manfaat, caranya adalah sebagaimana berikut;
Layari https://www.thijari.com.my/
- Log masuk menggunakan menggunakan ID dan kata laluan pengguna
- Pilih TH Khairat di menu portal atau aplikasi THiJARI
- Pilih kemas kini
Semak Status
Pendeposit juga boleh membuat semakan status TH Khairat di laman portal THiJARI.
- Log masuk menggunakan menggunakan ID dan kata laluan pengguna
- Pilih TH Khairat di menu portal atau aplikasi THiJARI
- Pilih Semak Status
Cara Tuntutan TH Khairat
Tuntutan boleh dibuat dengan muat turun borang tuntutan di patan yang disediakan di laman utama THiJARI dan dihantar terus kepada pengendali Takaful.
Tuntutan hanya boleh dibuat sekali sahaja oleh penerima manfaat dan tidak boleh dipindah milik.
Info Lanjut dan Pertanyaan
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, hubungi Tabung Haji Contact centre (THCC) di talian 03-6207 1919.
Layari https://www.facebook.com/TabungHaji untuk sebarang info terkini daripada Tabung Haji.
Soalan Lazim (FAQ) TH Khairat
Berikut adalah beberapa soalan lazim mengenai Tabung Haji Khairat;
TH Khairat adalah pelan perlindungan takaful yang menyediakan bantuan kewangan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh kepada pendeposit Tabung Haji.
1) Terbuka kepada pendeposit Tabung Haji sahaja.
2) Berumur 30 hari hingga 65 tahun.
3) Pendeposit 18 tahun ke atas boleh mendaftar sendiri melalui THiJARI.
4) Pendeposit bawah 18 tahun perlu didaftarkan oleh ibu, bapa, atau penjaga.
Setiap sijil memberikan perlindungan sebanyak RM12,000. Pendeposit boleh memiliki sehingga 4 sijil dengan jumlah perlindungan maksimum RM48,000.
Bayaran langganan adalah RM28 setahun untuk setiap sijil.
Bayaran akan didebitkan secara automatik daripada akaun TH setiap tahun.
1) Mempunyai akaun Tabung Haji.
2) Berumur 30 hari hingga 65 tahun.
3) Mempunyai baki minimum RM100 dalam akaun
1) Mesti mempunyai akaun Tabung Haji.
2) Berumur 18 tahun ke atas.
1) Muat turun borang tuntutan di THiJARI.
2) Hantar borang yang lengkap kepada pengendali takaful.
3) Pembayaran akan dikreditkan ke akaun TH penerima manfaat dalam 30 hari selepas permohonan lengkap diterima.
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut;