HomeKewanganBudi Madani: Syarat dan Cara Permohonan Subsidi Diesel 2024

Budi Madani: Syarat dan Cara Permohonan Subsidi Diesel 2024

Menjelang pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, Kementerian Kewangan membuka pendaftaran bagi Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI.

Permohonan ini dibuka kepada pemilik diesel persendirian individu dan juga kepada petani kecil dan petani kebun kecil komoditi.

Penerima yang layak akan menerima Budi Madani sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Program Bantuan Subsidi Madani (BUDI MADANI)

Program ini merupakan penyasaran subsidi bahan api diesel melibatkan pemilik kenderaan diesel persendirian individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi serta pengangkutan barangan darat di Semenanjung Malaysia.

Matlamat utama Kerajaan menyasarkan subsidi diesel adalah untuk memastikan kemampanan ekonomi negara. Penyasaran ini diharap dapat mengurangkan ketirisan aktiviti penyeludupan, dan pada masa sama, mengurangkan impak kepada kos sara hidup rakyat.

Kategori Penerima

Kategori penerima subsidi diesel bagi program ini adalah;

1. Budi Individu

Bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu.

2. Budi Agri-Komoditi

Bantuan subsidi tunai disediakan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang layak.

3. MySubsidi Diesel

Inisiatif khusus untuk kenderaan awam dan pengangkutan barangan darat yang layak untuk terus mendapatkan subsidi diesel melalui fleet card.

Program Bantuan Subsidi Madani Budi Madani

Budi Individu: Syarat Permohonan

Bantuan tunai RM200 sebulan akan disalurkan kepada pemilik kenderaan diesel yang layak sebagaimana kriteria berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah
  3. Memiliki kenderaan diesel yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kecuali kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun
  4. Kenderaan mempunyai cukai jalan yang sah dan aktif

Setiap permohonan akan disemak silang dengan data Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi mendapatkan pengesahan pendapatan individu.

Syarat Permohonan Budi Individu

Budi Agri-Komoditi: Syarat Permohonan

Bantuan tunai RM200 sebulan akan disalurkan kepada petani dan pekebun kecil komoditi dengan kriteria kelayakan antaranya seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah berdaftar sebagai petani atau pekebun kecil komoditi dengan agensi yang berkaitan di bawah kementerian berikut:
    • Kementerian Pertanian dan  Keterjaminan Makanan (KPKM)
    • Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)
  1. Pemohon merupakan petani atau pekebun kecil komoditi yang aktif, dengan takrifan hasil jualan pertanian tahunan antara RM50,000 sehingga RM300,000
Syarat Permohonan Budi Agri-Komoditi

Cara Memohon

Permohonan dibuka bermula 28 Mei 2024 di laman web https://budimadani.gov.my 

Permohonan yang dibuat sebelum 3 Jun 2024 dan diluluskan, akan menerima bantuan tunai pertama menjelang pertengahan Jun 2024 dan bantuan seterusya akan disalurkan secara bulanan.

Manakala permohonan yang diluluskan selepas 3 Jun 2024 akan menerima bantuan tunai mereka dalam tempoh dua minggu (bagi bulan Jun) dan seterusnya secara bulanan.

Kaedah Bayaran 

Bantuan tunai akan dikreditkan ke akaun bank individu setiap bulan. Individu tanpa akaun bank boleh mengeluarkan bantuan tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.

Info Lanjut

Untuk Maklumat lanjut mengenai program Budi Madani;

Pertanyaan dan maklumat lanjut juga boleh diperoleh di semua pejabat LHDNM di Semenanjung Malaysia

Sumber: Kementerian Kewangan

Soalan Lazim (FAQ)

1. Apakah Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI)?

Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI adalah inisiatif kerajaan untuk menyasarkan subsidi diesel kepada pemilik kenderaan diesel persendirian, petani kecil, pekebun kecil komoditi, dan pengangkutan barangan darat di Semenanjung Malaysia. Program ini bertujuan untuk memastikan kemampanan ekonomi negara dengan mengurangkan ketirisan aktiviti penyeludupan dan mengurangkan impak kos sara hidup rakyat.

2. Siapakah yang layak menerima bantuan ini?

Terdapat tiga kategori penerima yang layak:
1) Budi Individu: Pemilik kenderaan diesel persendirian individu.
2) Budi Agri-Komoditi: Petani kecil dan pekebun kecil komoditi.
3) MySubsidi Diesel: Kenderaan awam dan pengangkutan barangan darat yang layak untuk subsidi diesel melalui fleet card.

3. Apakah syarat permohonan bagi Budi Individu?

– Warganegara Malaysia.
– Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah.
– Memiliki kenderaan diesel yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kecuali kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun.
– Kenderaan mempunyai cukai jalan yang sah dan aktif.

4) Apakah syarat permohonan bagi Budi Agri-Komoditi?

– Pemohon mesti berdaftar sebagai petani atau pekebun kecil komoditi dengan agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
– Pemohon mesti aktif sebagai petani atau pekebun kecil komoditi dengan hasil jualan pertanian tahunan antara RM50,000 hingga RM300,000.

5. Bagaimanakah cara memohon?

Permohonan dibuka bermula 28 Mei 2024 di laman web https://budimadani.gov.my.

6. Bagaimanakah kaedah bayaran bantuan tunai?

Bantuan tunai akan dikreditkan ke akaun bank individu setiap bulan. Individu tanpa akaun bank boleh mengeluarkan bantuan tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.


Artikel berkaitan;

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments