HomeAgamaSolat Sunat Aidilfitri: Lafaz Niat, Waktu Solat (Panduan Infografik)

Solat Sunat Aidilfitri: Lafaz Niat, Waktu Solat (Panduan Infografik)

Solat Sunat Aidilfitri adalah solat sunat muakkad yang amat dituntut untuk dilakukan oleh umat Islam pada pagi 1 Syawal. 

Ia merupakan tanda kesyukuran kepada Allah SWT setelah menyempurnakan ibadah puasa Ramadan, serta lambang kemenangan rohani.

Lihat Juga: Pantun Hari Raya Aidilfitri 2025 (Klasik, Lawak, 2 Kerat, Duit Raya)

Hukum Solat Sunat Hari Raya

Solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan Solat Sunat Aidiladha dihukumkan Sunat Muakkad – iaitu sunat yang sangat dituntut pelaksanaannya.

Ia boleh dilakukan secara berjemaah atau secara individu bagi lelaki dan wanita, sama ada mukim atau musafir. (Jabatan Mufti Perak)

Solat Raya Aidilfitri Pukul Berapa? 

Solat Sunat Aidilfitri dilaksanakan pada pagi 1 Syawal.

 Waktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari (sebelum masuknya waktu zohor). 

Kebiasannya di Malaysia, kita memulakan solat raya ini sekitar jam 8.00 atau 8.30 pagi bergantung kepada negeri dan qariah masing-masing.

Kebanyakkan masjid start pukul 8.30 pagi. 

Para jemaah di nasihatkan untuk menyemak dengan masjid atau qariah masing-masing bagi waktu sebenar pelaksanaan solat ini.

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri (Infografik JAKIM)

Berikut merupakan kaifiyah menunaikan solat sunat Aidilfitri

Pandun Solat Sunat Aidilfitri Niat Lafaz Tasbih Infografik JAKIM
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

Niat

أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا/مَأْمُومًا) لِلَّهِ تَعَالَى

Niat Rumi – Usolli sunnata ‘idil fitri rak‘ataini (imaaman/ma’muuman) lillahi ta‘ala

“Sahaja aku Solat Sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai imam/makmum kerana Allah SWT.”

Lafaz Tasbih

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Lafaz tasbih rumi – Subhaanallaah, walhamdulillaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar, wa laa hawla wa laa quwwata illa billaahil ‘aliyyil ‘azhiim

“Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.”

Rakaat Pertama

  1. Takbiratul Ihram beserta niat Solat Sunat Aidilfitri
  2. Membaca doa iftitah
  3. Bertakbir sebanyak tujuh (7) kali diselangi dengan lafaz tasbih sebanyak enam (6) kali
  4. Membaca surah Al-Fatihah
  5. Membaca surah dari Al-Quran
  6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama

Rakaat Kedua

  1. Mengangkat takbir lima (5) kali diselangi dengan lafaz tasbih sebanyak empat (4) kali
  2. Membaca surah Al-Fatihah
  3. Membaca surah dari Al-Quran
  4. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
  5. Memberi salam

Lihat artikel: “Bila Nak Kahwin?” 10 Jawapan Win Bila Ditanya Masa Balik Raya

Khutbah Aidilfitri

Selepas solat sunat Hari Raya, sunat disampaikan khutbah oleh khatib. Ia mempunyai rukun yang sama seperti khutbah Jumaat.

Disunatkan:

  • Mengucap takbir 9 kali di permulaan khutbah pertama
  • Mengucap takbir 7 kali di permulaan khutbah kedua

Syarat Khatib:

  • Lelaki yang suci daripada hadas
  • Menutup aurat dan berdiri jika mampu
  • Khutbah dibaca selepas solat dan dua khutbah hendaklah berturutan

Lafaz Takbir Raya

Lafaz Takbir Raya (Infografik JAKIM)

Takbir raya Aidilfitri disunatkan bermula dari malam 1 Syawal sehingga sebelum solat sunat Hari Raya dilakukan.

Ia dikenali sebagai Takbir Mursal dan tidak disambung selepas solat fardu seperti takbir Aidiladha.

Lafaz Takbir Hari Raya Rumi

  1. Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar
  2. Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar
  3. Allahu akbar wa lillaahil hamd
  4. Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbaru kabiiraa, walhamdu lillaahi katsiiraa, wa subhaanallaahi bukratan wa asiilaa
  5. Laa ilaaha illallaahu, wa laa na’budu illaa iyyaah, mukhlisiina lahuddiina walau karihal kaafiruun
  6. Laa ilaaha illallaahu wahdah, shadaqa wa’dah, wa nasara ‘abdah, wa a’azza jundah, wa hazamal ahzaaba wahdah
  7. Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar
  8. Allahu akbar wa lillaahil hamd

Maksud Takbir Hari Raya

  • Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
  • Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar.
  • Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.
  • Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Allah Maha Besar dengan sebenar-benar kebesaran-Nya. Dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang.
  • Tiada Tuhan melainkan Allah, dan tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia. Kami ikhlas kepada-Nya sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir.
  • Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, Yang Menepati Janji-Nya, Yang Menolong Hamba-Nya, Yang Memuliakan tentera-Nya, Dan mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (dengan kekuasaan-Nya).
  • Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar.
  • Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.

Ucapan Sunnah Hari Raya

Pada Hari Raya Aidilfitri, kita disunnahkan untuk mengucapkan doa “Taqabbalallahu minna wa minkum” yang bermaksud “Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu.”

Ia adalah ucapan yang harus dan digalakkan sebagai tanda doa dan penghargaan sesama Muslim atas amalan sepanjang Ramadan.

Ucapan Hari Raya (Infografik JAKIM) boleh diucapkan sebelum solat sunat aidilfitri

Adab Menziarahi Pada Hari Raya

  1. Maklumkan kepada tuan rumah sebelum datang
  2. Tidak meminta-minta hidangan
  3. Makan dengan segera apabila dihidangkan
  4. Elakkan menyusahkan tuan rumah
  5. Sunat mendoakan kebaikan tuan rumah
  6. Tidak duduk terlalu lama
  7. Datang pada waktu yang sesuai
Adab Ketika Menziarahi Rumah Orang selepas solat sunat aidilfitri

Sumber;


Baca Juga;
10 Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri Yang Dianjurkan
Puasa 6 di Bulan Syawal: Kelebihan dan Cara Niat + Qada Puasa
Senarai Peperangan Yang Berlaku dalam Bulan Syawal

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments