HomeBantuanSkim Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang, MAINPP Sesi 2024

Skim Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang, MAINPP Sesi 2024

Skim permulaan IPT Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang  (MAINPP) bertujuan untuk membantu ibu bapa dan pelajar menampung perbelanjaan awal semasa mendaftar ke Institusi Pengajian Tinggi sama ada IPTA atau IPTS di dalam dan luar negara.

Bantuan atau Skim ini terbuka kepada mereka yang mengikuti program Sijil/Matrikulasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan IPT luar negara.

Jumlah bantuan yang diberikan adalah berbeza mengikut peringkat pengajian.

Ibu/bapa atau penjaga yang ingin memohon skim atau bantuan permulaan IPT MAINPP ini, sila lihat butiran-butiran di bawah.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan adalah berdasarkan program pengajian yang diikuti sebagaimana berikut;

KategoriJumlah
Sijil / MatrikulasiRM800.00
DiplomaRM1,000.00
Ijazah Sarjana MudaRM1,200.00
IPT Luar NegaraRM2,500.00

Syarat-syarat Permohonan

Sebagai makluman bagi mereka yang ingin memohon Skim atau Bantuan Permulaan IPT MAINPP;

  • Terbuka kepada kemasukan permulaan ke IPT sahaja.
  • Permohonan dibuka sepanjang tahun.
  • Permohonan sah dalam tempoh 6 bulan pertama daripada tarikh surat tawaran.
Iklan permohonan Skim Permulaan Ke IPT oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi tahun 2024.
Permohonan Skim Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang, MAINPP Sesi 2024 kini dibuka. Mohon sekarang di zakatpenang2u.com.

Syarat Umum Bantuan

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.
  4. Tidak menerima bantuan dari zakat negeri-negeri lain.

Syarat Khusus Bantuan Permulaan ke IPT

Skim Permulaan ke IPT Dalam Negara

  1. Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.
  2. Anak pemohon (pelajar) telah mendapat tawaran untuk belajar di peringkat matrikulasi / asasi / sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja.
  3. Permohonan hanya dipertimbangkan untuk pengajian kali pertama sahaja bagi setiap peringkat.
  4. Permohonan hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran.
  5. Permohonan mestilah untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
  6. Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada setahun.
  7. Kemasukan ke Tingkatan 6 tidak layak memohon kerana tidak diiktiraf sebagai IPT

Skim Permulaan Ke IPT Luar Negara

  1. Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.
  2. Anak pemohon (pelajar) telah mendapat tawaran untuk belajar di luar negara.
  3. Permohonan hanya dipertimbangkan untuk pengajian kali pertama sahaja bagi setiap peringkat.
  4. Permohonan hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran.
  5. Permohonan mestilah untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
  6. Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada setahun.

Cara Memohon

Cara Memohon Bantuan Awal IPT MAINPP

Pendaftaran dan permohonan adalah secara atas talian (online) melalui portal Zakat Pulau Pinang melalui pautan berikut;

https://zakatpenang2u.com

  • Anda perlu mendaftar sebagai pengguna bagi memohon bantuan ini
    • Masukkan no kad pengenalan
    • Nama penuh
    • No telefon
    • Email
    • Nama pengguna
    • Kata laluan
    • Sahkan kata laluan
    • Hantar
  • Sila semak email anda bagi mengesahkan pendaftaran di laman portal Zakat Pulau Pinang

Panduan Permohonan

  • Langkah 1: Daftar & lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  • Langkah 2: Muat naik dokumen lampiran.
  • Langkah 3: Hantar permohonan.
  • Langkah 4: Semak permohonan.

Peringatan: Sila semak syarat kelayakan permohonan sebelum mengisi borang permohonan.

Sebagai pemberitahuan: Semua permohonan bantuan mestilah diisi atas nama ketua keluarga. Namun demikian, pelajar dibenarkan untuk mengisi borang bagi pihak ketua keluarga.

Info dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai bantuan permulaan IPT Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang  (MAINPP) ini, sila hubungi;

Bahagian Akademik Dan Pendidikan
Unit Pendidikan & Dermasiswa,
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

  • Tel: 04-549 8088 (Ext: 125 / 129 / 151 / 155 / 168)
  • WhatsApp: +60 111 507 1117 / +60 19 431 9199
  • Emel: [email protected]

Sumber: Facebook Zakat Pulau Pinang

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments