Bersempena sambutan Hari Thaipusam pada Selasa 12 Februari 2025, beberapa jalan utama sekitar Kuala Lumpur, Batu Caves dan Ipoh akan ditutup dan dilencongkan bagi memastikan kelancaran perarakan pedati serta keselamatan pengunjung.Â
Penutupan jalan adalah bagi memastikan kelancaran dan keselamatan perarakan pedati, kavadi, dan para penganut agama Hindu yang menyertai upacara keagamaan ini.Â
Penutupan jalan juga bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan yang dijangka menerima jumlah pengunjung yang tinggi, terutama di lokasi utama seperti Batu Caves, Kuala Lumpur, dan Ipoh. Selain itu, langkah ini juga diambil bagi menjaga keselamatan pejalan kaki dan pengunjung sepanjang sambutan.
Berikut adalah senarai jalan yang ditutup mengikut lokasi.
Kuala Lumpur
Sempena perarakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S Lee ke Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves, lebih 20 jalan utama di Kuala Lumpur akan ditutup secara berperingkat bermula 9 Februari 2025, jam 9 malam sehingga 11 Februari 2025.
![Hari Thaipusam 2025 - Lebih 20 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup](https://i0.wp.com/theinspirasi.com/wp-content/uploads/2025/02/Hari-Thaipusam-2025-Lebih-20-jalan-di-sekitar-ibu-kota-akan-ditutup.jpg?resize=696%2C696&ssl=1)
Senarai Jalan Ditutup
- Jalan Tun H.S Lee
- Jalan Sultan
- Jalan Tun Tan Cheng Lock
- Jalan Pudu
- Jalan Tun Perak
- Jalan Lebuh Ampang
- Jalan Ampang
- Jalan Munshi Abdullah
- Jalan Dang Wangi
- Jalan Tun Razak
- Jalan Belia
- Jalan Sri Amar
- Jalan Raja Laut
- Jalan Sultan Azlan Shah
- Jalan Perhentian
- Jalan Ipoh Lama (Batu Lima)
- Jalan Kepong Baru
![Siaran Media Polis KL Penutupan Jalan Hari Thaipusam 2025_01](https://i0.wp.com/theinspirasi.com/wp-content/uploads/2025/02/Siaran-Media-Polis-KL-Penutupan-Jalan-Hari-Thaipusam-2025_01.jpg?resize=696%2C983&ssl=1)
![Siaran Media Polis KL Penutupan Jalan Hari Thaipusam 2025_02](https://i0.wp.com/theinspirasi.com/wp-content/uploads/2025/02/Siaran-Media-Polis-KL-Penutupan-Jalan-Hari-Thaipusam-2025_02.jpg?resize=696%2C995&ssl=1)
Nasihat Kepada Pengguna Jalan Raya
- Gunakan laluan alternatif seperti Jalan Kuching dan Jalan Sentul.
- Rancang perjalanan lebih awal untuk mengelakkan kesesakan.
- Hubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-20719999 untuk maklumat lanjut.
Batu Caves, Selangor
Jalan-jalan sekitar Batu Caves akan ditutup bermula 8 Februari 2025 hingga 14 Februari 2025 untuk memudahkan perarakan dan sambutan di Kuil Batu Caves.
![Memo Penutupan Jalan Thaipusam 2025](https://i0.wp.com/theinspirasi.com/wp-content/uploads/2025/02/Memo-Penutupan-Jalan-Thaipusam-2025.jpg?resize=696%2C976&ssl=1)
Senarai Jalan Ditutup Sekitar Batu Caves
Beirkut adalah senarai persimpangan atau jalan yang ditutup bersempena Hari Thaipusam 2025 di sekitar Batu Caves:
- Lampu isyarat Kampung Melayu Batu Caves.
- Susur dari arah MRR2 ke Kuil Batu Caves.
- Jalan Perusahaan ke Kuil Batu Caves.
- Susur MRR2 dari Sri Gombak ke Susur Perusahaan.
- Simpang tiga Jalan SBC 8/Jalan Batu Caves Lama.
- Simpang tiga lampu isyarat Sri Batu Caves (berhampiran Stesen Minyak Shell).
- Jalan Susur Batu Caves Bypass menghala ke pintu utama Kuil Batu Caves.
![Senarai penutupan jalan atau persimpangan Gombak](https://i0.wp.com/theinspirasi.com/wp-content/uploads/2025/02/Senarai-Jalan-Ditutup-Thaipusam-Gombak.jpg?resize=696%2C971&ssl=1)
Perkhidmatan Bas Percuma Sempena Hari Thaipusam 2025 (Gombak)
Bersempena sambutan Hari Thaipusam 2025, Rapid KL menyediakan perkhidmatan bas perantara PERCUMA untuk memudahkan perjalanan ke Batu Caves. Perkhidmatan ini berlangsung pada 10 dan 11 Februari 2025, dengan tiga laluan utama yang disediakan. Laluan tersebut adalah dari Hab Bandar Pasar Seni (BC02), Stesen LRT Gombak (BC03), dan Stesen MRT Kampung Batu (BC04) menuju ke Batu Caves.
![Perkhidmatan Bas Percuma Sempena Hari Thaipusam 2025 (Gombak)](https://i0.wp.com/theinspirasi.com/wp-content/uploads/2025/02/Perkhidmatan-Bas-Percuma-Sempena-Hari-Thaipusam-2025-Gombak.jpg?resize=696%2C696&ssl=1)
Waktu operasi bagi perkhidmatan ini bermula pada 10 Februari 2025, jam 6.00 pagi dan akan berterusan hingga 11 Februari 2025, jam 12.00 tengah malam. Pada hari kedua, bas akan terus beroperasi dari 11 Februari 2025, jam 12.00 tengah malam hingga 12 Februari 2025, jam 12.00 tengah malam. Bas-bas ini dijadualkan berlepas setiap 10 minit, tertakluk kepada keadaan lalu lintas semasa.
Tambang adalah PERCUMA untuk semua pengguna.
Ipoh, Perak
Di Ipoh, jalan-jalan tertentu akan ditutup selama empat hari sambutan hari Thaipusam bermula 10 Februari 2025 bagi memberi laluan kepada perarakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Sungai Pari, Buntong ke Kuil Sri Subramaniar, Gunung Cheroh.
Senarai Jalan Ditutup
- Jalan Sungai Pari
- Jalan Tun Perak
- Jalan Raja Musa Aziz
- Bulatan Sultan Iskandar
- Jalan Lahat
- Jalan Sultan Yusuf
- Jalan Sultan Idris Shah
- Jalan Dato’ Onn Jaafar
Nasihat Kepada Pengguna Jalan Raya
- Gunakan laluan alternatif seperti Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Raja Dihilir, dan Jalan Kuala Kangsar.
- Elakkan kawasan sekitar Buntong dan Gunung Cheroh semasa waktu perarakan.
- Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan.