Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) membuka permohonan kepada calon-calon yang berminat bagi memohon mengikuti Program JUMPER PNB.
Program JUMPER yang diwujudkan oleh PNB sejak 2009 sehingga kini berjaya melahirkan 4,256 peserta melibatkan nilai pembiayaan keseluruhan sebanyak RM20.9 juta, dalam usaha menggalakkan golongan belia siswazah menceburi bidang perniagaan dengan memperkenalkan konsep latihan perantisan bersama mentor.
Apa yang menarik melalui program ini adalah peserta yang terpilih akan mengikuti latihan sehingga lapan bulan selain menerima elaun dari PUNB.
Apakah Program JUMPER PNB?
Program ini merupakan sebuah program latihan keusahawanan di bawah bimbingan mentor yang berpengalaman dalam industri perniagaan yang terpilih.
Tarikh tutup permohonan bagi tahun ini adalah pada 30 April 2024.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi mengikuti program ini adalah sebagaimana berikut;
- Siswazah bumiputera berumur 30 tahun & ke bawah semasa tarikh pendaftaran
- Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari institusi yang diiktiraf Kerajaan (MQA)
- Berminat atau mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan
- Berminat untuk membuka perniagaan berkonsep bersama syarikat mentor yang terpilih
- Komited menjalani program latihan sepenuh masa sehingga 8 bulan
Keistimewaan Program
Antara kelebihan menyertai Program JUMPER PNB adalah:
- Elaun sara diri sebanyak RM1,200 sebulan
- Bimbingan dari mentor berpengalaman
- Kursus keusahawanan, pemantauan dan konsultasi perniagaan disediakan sepanjang tempoh perantisan
- *Pembiayaan perniagaan sehingga maksimum RM100,000 ATAU RM300,000 (perniagaan berkonsep) bagi yang layak
- Pembiayaan patuh syariah
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui portal PNB berikut;
https://entreportal.punb.com.my/login
Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dinasihatkan;
- Membaca dan memahami setiap perkara mengenai Program JUMPER PUNB seperti yang tertera di portal rasmi PUNB.
- Memastikan calon memenuhi syarat kelayakan program.
- Calon yang telah mengikuti Program JUMPER PUNB sebelum ini tidak layak memohon.
Semasa mengemukakan permohonan pula, calon hendaklah;
- Semua ruangan di dalam borang permohonan WAJIB diisi.
- Sila pastikan anda mengisi maklumat yang benar dan tepat dalam borang permohonan.
- Sila pastikan anda telah membuat semakan sebelum menghantar borang permohonan.
- Sila pastikan salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik tertinggi dan resume turut disertakan semasa menghantar borang permohonan.
Pemohon yang sedang berniaga perlu sertakan salinan pendaftaran syarikat (SSM) dan penyata bank (sekiranya ada) untuk tempoh 2 bulan terkini.
Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
Proses Permohonan
Proses Permohonan Program JUMPER PUNB adalah seperti di bawah:
- Pendaftaran dan semakan kelayakan.
- Panggilan temuduga bagi pemohon yang layak.
- Makluman kepada pemohon yang berjaya sertai program.
- Temuduga bersama mentor dan makluman penempatan latihan.
- Peserta menghadiri kursus induksi dan motivasi keusahawanan.
- Peserta lapor diri dan latihan bermula.
Info Lanjut dan Pertanyaan
Sebarang maklum balas atau pertanyaan mengenai program ini, sila hubungi;
- 1300 13 7862 (Pusat Khidmat Pelanggan)
- Email [email protected]Â
- Facebook – PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHADÂ
Maklumat lanjut juga sila layari https://www.punb.com.my/ms/jumper
Sumber: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)