HomePendidikanSemakan ISMP 2024: Keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan

Semakan ISMP 2024: Keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan

Semakan ISMP: Tawaran dan Keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2024

INFO KPM: Sukacita dimaklumkan keputusan tawaran bagi Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Kementerian Pendidikan Malaysia ambilan tahun 2024 boleh disemak mulai 3 September 2024 (Selasa), jam 3:00 petang.

Bagi calon-calon yang membuat permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) ambilan tahun 2024 pada Mac – April lalu, bolehlah membuat semakan sebagaimana yang dinyatakan di atas untuk mengetahui sama ada lulus atau tidak.

Berikut adalah maklumat lanjut.

Apa Itu Biasiswa Perguruan Persekutuan?

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bertujuan untuk melahirkan pegawai yang berkualiti dan layak untuk berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), mengikut keperluan bidang yang telah dianjurkan oleh KPM.

Pelajar yang mengikuti Ijazah Pertama dalam bidang pendidikan layak memohon Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang akan membantu mempersiapkan mereka untuk kerjaya sebagai guru di KPM selepas tamat pengajian.

Terdapat beberapa bidang pendidikan yang layak memohon. Antaranya bidang Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Matematik dan lain-lain lagi.

Semakan ISMP 2024

Semakan ISMP 2024

Berdasarkan pengumuman KPM, semakan keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2024 boleh disemak mulai 3 September 2024 | Selasa | 3:00 Petang.

Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi Sistem Penawaran Pendidikan KPM iaitu;

https://epenawaran.moe.gov.my

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Calon mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2024 (tahun permohonan).
  3. Calon perlu memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk layak dilantik ke perkhidmatan awam, termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Calon sedang mengikuti pengajian di semester 2 dan 3 bagi pengajian tiga tahun, dan semester 2 hingga 4 bagi pengajian empat tahun di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang yang ditetapkan, serta perlu memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini.
  5. Penawaran biasiswa ISMP dibuka kepada pelajar daripada Fakulti Pendidikan dan juga kepada pelajar dari fakulti lain sekiranya Ijazah Sarjana Muda yang diperoleh adalah dalam bidang pendidikan.
  6. Biasiswa hanya akan ditawarkan kepada calon yang mengikuti pengajian dalam bidang kursus major sahaja.
  7. Bagi calon Bidang Bahasa Inggeris, calon perlu mencapai kelayakan minimum Band 4 bagi keputusan ujian Malaysia University English Test (MUET) atau minimum Band B2 bagi keputusan ujian mengikut Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) seperti dinyatakan dalam Lampiran A, serta perlu memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dan ke atas bagi keputusan semester terkini.
  8. Bagi calon Bidang Dini dan Bahasa Arab, calon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab dan wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Menengah Agama (SMA), Sijil Menengah Ugama (SMU), atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon.
  9. Bagi calon yang mengambil jurusan teknik dan vokasional, calon boleh mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma dalam bidang TVET (sekiranya ada).
  10. Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian dan mengikuti Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) serta sesi temu duga secara bersemuka dengan Panel Penilai.
  11. Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan atau pembiayaan pelajaran sedia ada.
  12. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) adalah tidak layak memohon.

Bidang-Bidang Pendidikan

Bidang-Bidang Pendidikan Biasiswa ISMP TAHUN 2024

Bidang-bidang pendidikan yang layak memohon adalah;

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Arab
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Geografi
  • Pendidikan Islam
  • Dini (Usuluddin/Al-Lughah Al-‘Arabiah Almu’Asirah) (KBD)
  • Tahfiz
  • Al-Quran & Al-Sunnah
  • Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Khas
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Reka Bentuk & Teknologi
  • Reka Cipta
  • Teknologi Kimpalan
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Pembinaan
  • Teknologi Penyujukan & Penyamanan Udara
  • Teknologi Pemesinan Industri

Info Lanjut dan Pertanyaan

Hubungi Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Anda juga boleh ikuti Sosial Media KPM berikut untuk maklumat terkini;


Lihat Juga:
Isu Semasa Pendidikan 2024:  Contoh Isu Terkini Di Malaysia

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments