HomePendidikanProgram Sijil Pertanian 2024: Permohonan dan Syarat IPSM

Program Sijil Pertanian 2024: Permohonan dan Syarat IPSM

Kepada pelajar-pelajar SPM yang meminati bidang pertanian, anda boleh mencuba mengikuti Program Sijil Pertanian di bawah Jabatan Pertanian Malaysia. 

Apa yang menariknya mengenai program ini adalah penginapan dan makan minum dibiaya sepenuhnya oleh Kerajaan.

Ia diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA). Graduan Sijil Pertanian adalah kompeten untuk menjawat jawatan dalam sektor kerajaan, badan berkanun, majlis tempatan, swasta atau menceburi bidang keusahawanan.

Apakah Program Sijil Pertanian Malaysia?

Program Sijil Pertanian ditawarkan kepada individu yang meminati bidang pertanian bagi membantu transformasi sektor pertanian negara. 

Institut Pertanian Malaysia merupakan institusi yang mempelopori pendidikan dan latihan pertanian secara holistik peringkat sijil sejak tahun 50an. 

Ini adalah selaras dengan Dasar AgroMakanan Negara (DAN) yang bertujuan untuk membangunkan sektor pertanian dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara.

Iklan Program Sijil Pertanian Malaysia 2024

Syarat Permohonan

Syarat kelayakan untuk memasuki Institut Pertanian adalah seperti berikut: 

  1. Warganegara Malaysia berumur di antara 18-25 tahun (hingga 30 tahun bagi pegawai kerajaan) pada masa kursus bermula. 
  2. Berkelulusan SPM atau yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti yang berikut :
    • Minimum Lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan  
    • Minimum Lulus dalam mata pelajaran Matematik atau Matematik Tambahan dan
    •  Minimum Kepujian dalam salah satu mata pelajaran iaitu Sains Pertanian, Sains, Pengeluaran Tanaman, Pengeluaran Ternakan, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteraan Ladang, Pengurusan Ladang, Pengajian Agroteknologi, Landskap dan Nurseri, Tanaman Makanan, Geografi, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi, Ekonomi Rumah Tangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja Menggegas dan Memesin, Teknologi Binaan Bangunan, Kerja Kayu dan Bata, Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Kerja Kimpalan, Teknologi Automotif, Menservis dan Membaiki Kenderaan, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Pengajian Keusahawanan, Teknologi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Pengurusan Makanan, Asas Pemprosesan Maklumat, Teknologi Katering, Katering dan Penyajian, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Teknologi Bakeri dan Konfeksioneri, Membuat Roti dan Pastri, Kerja Paip Domestik, Kimpalan Arka dan Gas, Menservis Automobil, Pemprosesan Makanan, Akuakultur dan Haiwan Rekreasi, Perniagaan, Sains Rumah Tangga, Pertanian 
  3. Berjaya dalam temuduga/peperiksaan yang dijalankan; dan 
  4. Belum berkahwin (kecuali bagi kakitangan kerajaan).

Tempoh Pengajian

Program Sijil Pertanian Malaysia dilaksanakan selama dua tahun dengan 64 jam kredit yang terdiri daripada 70% latihan praktikal dan 30% teori. 

Kurikulum Program Sijil Pertanian dibangunkan dan dikemaskini mengikut keperluan semasa bagi mematuhi kualiti dan standard yang ditetapkan.

Lokasi Program Sijil Pertanian Malaysia

Program Sijil Pertanian Malaysia ditawarkan di :

  1. Institut Pertanian Serdang, Selangor;
  2. Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang;
  3. Institut Pertanian Titi Gantong, Perak;
  4. Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor;
  5. Institut Pertanian Sarawak, Semongok; dan
  6. Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris, Kota Belud.

Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang mengendalikan Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di bawah Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Semua Institut Pertanian di Semenanjung Malaysia adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Persekutuan.

Institut Pertanian di Sabah dan Sarawak adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Negeri masing-masing.

Tempoh Permohonan

Permohonan ke IPSM boleh dibuat mulai 20 Mei – 30 Jun 2024.

Cara Permohonan

Bagi lepasan SPM yang berminat boleh memohon secara online melalui pautan berikut;

http://www.agris.doa.gov.my/agrismigrate/latihan/ipsm/carian_pelanggan.cfm?online=1 

Manakala bagi kakitangan Kerajaan, permohonan hendaklah dibuat secara bertulis melalui kebenaran Ketua Jabatan dan dikemukakan kepada :

Pengarah

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Jabatan Pertanian,

Aras 13, No.30, Persiaran Perdana,

Presint 4, 62624 Putrajaya.

(u.p. : Timbalan Pengarah Seksyen Latihan Teknikal dan Vokasional)

Tarikh-tarikh Penting 

  • SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA IPSM boleh dibuat mulai 15 Julai 2024
     
  • SESI TEMUDUGA IPSM pada 22 – 26 Julai 2024
     
  • SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA boleh dibuat mulai 13 Ogos 2024
     
  • PENGESAHAN TERIMA / TOLAK TAWARAN KEMASUKAN ke IPSM boleh dibuat mulai 13 Ogos 2024
     
  • KEMASUKAN ke IPSM adalah pada 2 September 2024

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Seksyen Latihan Teknikal dan Vokasional

Bahagian Pembangunan Modal Insan,

Jabatan Pertanian Malaysia.

  • Tel: 03-88703035/03-88703228/03-88703238
  • Fax: 03-8888 8475
  • Email: [email protected] 

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia

Ikuti Jabatan Pertanian di;

Artikel Berkaitan;

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments