HomeBantuanProgram Bantuan Masuk Sekolah YAWAS Tahun 2025

Program Bantuan Masuk Sekolah YAWAS Tahun 2025

Sukacitanya Kerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Warisan Anak Selangor – YAWAS membuka permohonan kepada mereka  yang berkelayakan bagi memohon Bantuan Masuk Sekolah YAWAS tahun 2025.

Sehubungan dengan itu, ibubapa dan penjaga yang layak mengikut terma dan syarat dipelawa untuk memohon bantuan yang disediakan bagi persekolahan anak-anak bagi tahun 2025.

Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai Program Bantuan Masuk Sekolah YAWAS Tahun 2025. 

Syarat Permohonan Bantuan

  1. Anak yang lahir di Selangor bermula tahun 2018 hingga 2021.
  2. Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.
  3. Menetap di Selangor.
  4. Ibu atau bapa adalah pengundi Selangor.
  5. Tidak pernah menerima bantuan beg sekolah YAWAS sebelum ini.
  6. Pemohon bukan ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

Cara Permohonan Bantuan

  1. Terbuka kepada 1,000 pemohon terawal sahaja.
  2. Permohonan hanya melalui aplikasi YAWAS.
  3. Muat turun aplikasi YAWAS di Apps Store, Google Play, dan Huawei AppGallery.
    1. Apps Store >>DOWNLOAD<< 
    2. Google Play >>DOWNLOAD<< 
    3. Huawei AppGallery >>DOWNLOAD<<

Bentuk Bantuan

  • Beg sekolah.
  • Set alat tulis.
  • Bekas makanan.
  • Botol air.
  • Pensil warna.
  • Buku nota.
  • Penebusan berlangsung di Pesta Buku Antarabangsa Selangor bertempat di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dari 28 November 2024 hingga 3 Disember 2024.
Program Bantuan Masuk Sekolah YAWAS Tahun 2025 oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)

Penebusan Bantuan

  • Penebusan berlangsung di Pesta Buku Antarabangsa Selangor bertempat di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dari 28 November 2024 hingga 3 Disember 2024.

Langkah Permohonan Bantuan Masuk Sekolah YAWAS 2025

Berikut adalah panduan lengkap permohonan bantuan masuk sekolah Yawas 2025:

Langkah 1:

  • Cari dan muat turun aplikasi YAWAS di peranti pintar anda melalui Apps Store, Google Play, atau Huawei AppGallery.

Langkah 2:

  • Tekan butang “Daftar Sekarang” untuk mula membuat pendaftaran.

Langkah 3:

  • Masukkan nombor MyKad anda dan tekan butang “Semak”.

Langkah 4:

  • Masukkan maklumat akaun seperti username, kata laluan, nombor telefon, dan email. Tekan butang “Daftar” setelah melengkapkan semua maklumat.

Langkah 5:

  • Tekan butang untuk program “BTS YAWAS 2025”.

Langkah 6:

  • Masukkan nombor MyKid anak dan pilih jantina. Kemudian tekan “Semak Kelayakan”.

Langkah 7:

  • Lengkapkan maklumat tambahan seperti maklumat pemohon, penjaga, pasangan, dan perakuan. Tekan butang “Daftar” untuk mengesahkan permohonan.

Langkah 8:

  • Semakan kelayakan boleh dibuat bermula 22 November 2024. Pemohon yang berjaya akan menerima SMS pengambilan.
  • Langkah Permohonan Bantuan Masuk Sekolah YAWAS 2025_01
  • Langkah Permohonan Bantuan Masuk Sekolah YAWAS 2025_02
  • Langkah Permohonan Bantuan Masuk Sekolah YAWAS 2025_03
  • Langkah Permohonan Bantuan Masuk Sekolah YAWAS 2025_04
  • Langkah Permohonan Bantuan Masuk Sekolah YAWAS 2025_05
  • Langkah Permohonan Bantuan Masuk Sekolah YAWAS 2025_06
  • Langkah Permohonan Bantuan Masuk Sekolah YAWAS 2025_07
  • Langkah Permohonan Bantuan Masuk Sekolah YAWAS 2025_08

Ingo Lanjut

Ikuti Yayasan Warisan Anak Selangor – YAWAS di;

Pastikan anda mengikuti akaun-akaun ini untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Program Bantuan Masuk Sekolah YAWAS Tahun 2025 dan pelbagai inisiatif lain yang ditawarkan oleh YAWAS.

Sumber: Yayasan Warisan Anak Selangor – YAWAS

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments