HomeInfoPRK Sungai Bakap: Senarai Calon & Semakan Undi 6 Julai 2024

PRK Sungai Bakap: Senarai Calon & Semakan Undi 6 Julai 2024

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan N.20 Sungai Bakap, Pulau Pinang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri (Parti PAS) pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia  (SPR) telah menetapkan tarikh-tarikh penting bersempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan N.20 Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Tarikh-tarikh Penting PRK Dun Sungai Bakap

SPR telah menetapkan beberapa tarikh penting bagi PRK Dewan Undangan N.20 Sungai Bakap:

  • Tarikh Writ: 6 Jun 2024 (Khamis)
  • Hari Penamaan Calon: 22 Jun 2024 (Sabtu)
  • Hari Undi Awal: 2 Julai 2024 (Selasa)
  • Hari Mengundi: 6 Julai 2024 (Sabtu)

Senarai Calon PRK Sungai Bakap

PRK Sungai Bakap menyaksikan pertembungan 2 penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Perkara ini diumumkan SPR secara rasmi sebaik tempoh proses penamaan calon ditutup jam 10 pagi 22 Jun 2024.

Berikut adalah senarai calon yang akan bertanding dalam PRK Dewan Undangan N.20 Sungai Bakap berdasarkan cabutan undi:

BILNAMA CALONPARTI
1.CIKGU JOOHARIPAKATAN HARAPAN
2.ABANG ABIDINPERIKATAN NASIONAL

Susunan nama dan parti pada kertas undi adalah sebagaimana berikut;

PRK_Dewan_Undangan_N20_Sungai_Bakap_Senarai_Calon_Bertanding

Biodata Ringkas Calon

Berikut adalah biodata ringkas calon dari PN dan PH yang akan bertanding;

Biodata Ringkas Dr. Haji Joohari Bin Ariffin (PH)

Latar Belakang

  • Nama Penuh: Dr. Haji Joohari Bin Ariffin
  • Tarikh Lahir: 17 Julai 1964
  • Asal: Sungai Bakap
  • Tempat Tinggal: Taman Ilmu, Nibong Tebal

Pendidikan:

  • 1971-1976: Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap
  • 1977-1982: Sekolah Menengah Penang Free
  • 1982-1983: Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak
  • 1987: Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya dengan pengkhususan dalam Ekonomi dan Pengajian Islam
  • 2004: Ijazah Sarjana Kepengurusan dari Universiti Malaya
  • 2014: Ijazah Kedoktoran dari Universiti Sains Malaysia (USM) dengan pengkhususan dalam Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan

Kerjaya Pendidikan:

  • Guru Penolong di Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang (SMKS), Kedah
  • Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Saujana Indah, Nibong Tebal
  • Guru Kanan Teknik dan Vokasional serta Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Nibong Tebal
  • Pensyarah di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IABCU), Jitra, Kedah
  • Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (sejak 4 April 2018)

Slogan: “Bersama kita Iringi Semangat Memimpin dari semangat Seorang Guru”

Media Sosial:

Biodata Ringkas Dr. Haji Joohari Bin Ariffin (PH)

Biodata Ringkas Abidin Bin Haji Ismail (PN)

Latar Belakang

  • Nama Penuh: Abidin Bin Haji Ismail
  • Tarikh Lahir: 7 Disember 1968
  • Tempat Lahir: Sungai Duri
  • Isteri: Fadhilah Binti Mat Hashim
  • Bilangan Anak: 2 orang
  • Tempat Tinggal: Taman Sungai Duri Indah, Pulau Pinang

Kerjaya:

  • Logistik Eksekutif USG Sdn. Bhd (1992 – 2022)
  • Pegawai Khas YB ADUN Sungai Bakap (Ogos 2023 – Mei 2024)

Politik:

  • Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Nibong Tebal (2024)
  • Pengarah JRdP Sungai Bakap (2022 – kini)
  • Ketua Lajnah Pekerja & Kepenggunaan PAS Kawasan Nibong Tebal (2022 – kini)
  • Ketua Lajnah Penerangan PAS Kawasan Nibong Tebal (2020 – 2022)
  • Ketua Cawangan PAS Sungai Duri (2015 – 2023)
  • Setiausaha PAS Cawangan Sungai Duri (2005 – 2015)

Sumbangan & NGO:

  • Pengerusi Masjid Jamek Sungai Duri (2023 – kini)
  • Pengerusi Pusat Tarbiyah Ibnu Sina Resources Sungai Duri (2022 – kini)
  • AJK JKKK Kg Sg Duri (2008 – 2012)
  • Timbalan Pengerusi Masjid Jamek Sungai Duri (2020 – 2023)
  • AJK Masjid Jamek Sungai Duri (2014 – 2024)
  • AJK Khidmat Malaysia Nibong Tebal (2020 – kini)
  • Penasihat Masjid Lama Sungai Duri (2012 – kini)

Media Sosial:

Biodata Ringkas Abidin Bin Haji Ismail (PN)

Keputusan Yang Lalu di Sungai Bakap

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-15 pada 12 Ogos 2023, Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi N.20 Sungai Bakap dengan majoriti 1,563 undi.

Nor Zamri (Abang Zam) yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Keputusan Undi Yang lalu Dun Sungai Bakap 12 Ogos 2023

Semakan Undi PRK Sungai Bakap

Semakan Daftar Pemilih dan Maklumat Pengundian untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan N.20 Sungai Bakap, Pulau Pinang sudah boleh dilakukan melalui;

https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih

ATAU muat turun aplikasi MySPR Semak

Cara semakan di MySPR Semak;

  1. Layari https://mysprsemak.sprigov.my  atau Muat turun aplikasi MySPRSemak
  2. Tekan SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
  3. Isikan nombor kad pengenalan 12 angka
  4. Semak MAKLUMAT PERIBADI dan MAKLUMAT PENGUNDIAN ANDA

Tarikh Semakan adalah mulai 18 Jun 2024 – 6 Julai 2024

Semakan Undi PRK Sungai Bakap

Tempoh Berkempen

Tempoh berkempen rasmi bermula selepas pengisytiharan pilihan raya dipertandingkan oleh Pegawai Pengurus sehingga jam 11.59 malam, 5 Julai 2024 (Jumaat). 

Calon dan parti masing-masing akan menggunakan tempoh ini untuk meraih sokongan pengundi.

Pengumuman Keputusan Rasmi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan  mengumumkan keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada malam 6 Julai 2024.

Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia – SPR 

Kenyataan Media : Urusan Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan N.20 Sungai Bakap, Pulau Pinang

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments