Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia (SSeM) bagi sesi persekolahan tahun 2026 kini telah dibuka!
Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa murid-murid Tahun 6 sesi 2025/2026 yang berbakat dalam bidang seni untuk menyertai salah satu institusi pendidikan seni terbaik di negara ini.
Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia (SSeM) bagi sesi persekolahan tahun 2026.
Apa itu Sekolah Seni Malaysia (SSeM)?
Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ialah institusi pendidikan khas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang memberi tumpuan kepada pembangunan bakat seni dalam kalangan murid sekolah menengah.
Ia menawarkan kurikulum akademik kebangsaan yang digabungkan dengan latihan intensif dalam bidang seni persembahan dan seni visual.
Matlamat utama SSeM adalah untuk melahirkan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga berbakat dalam bidang seni, serta mampu menyumbang kepada industri kreatif negara.
Bidang Ditawarkan di Sekolah Seni Malaysia
Empat bidang utama yang ditawarkan di Sekolah Seni Malaysia adalah:
- Tari
- Muzik
- Teater
- Seni Visual
Pelajar yang berminat perlu mempunyai bakat dan minat mendalam dalam salah satu daripada bidang seni ini.

Syarat Permohonan Sekolah Seni Malaysia (SSeM)
Untuk memohon, calon mestilah:
- Warganegara Malaysia
- Bersekolah di sekolah kerajaan, bantuan penuh kerajaan atau sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM
- Mempunyai bakat dan berpotensi dalam bidang seni (Tari, Muzik, Teater atau Seni Visual)
- Sihat tubuh badan
- Mengemukakan permohonan secara dalam talian sahaja melalui portal rasmi
Syarat Kemasukan
- Lulus Uji Bakat yang ditetapkan
- Bersedia menerima penempatan di Sekolah Seni Malaysia berdasarkan keputusan
- Wajib tinggal di asrama dan mematuhi peraturan sekolah
- Mengemukakan rekod kesihatan murid
- Tidak memalsukan sebarang dokumen permohonan
Cara Permohonan Secara Online
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmi berikut:
Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk memohon:
- Layari laman sesawang dan klik “Daftar Kali Pertama” jika anda pengguna baharu.
- Isikan kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan yang lengkap.
- Selepas pendaftaran berjaya, klik “Isi Borang” untuk mula mengisi maklumat.
- Lengkapkan kesemua enam (6) bahagian berikut:
- Maklumat Sekolah dan Bidang Pilihan
- Maklumat Pemohon
- Maklumat Ibu Bapa/Penjaga
- Maklumat Akademik (PBD)
- Maklumat Kokurikulum dan Kepimpinan
- Perakuan Pemohon
- Semak dan sahkan semua maklumat sebelum klik “Hantar Permohonan”.
- Cetak borang yang telah dihantar dan pastikan ia disahkan oleh Guru Besar.
- Bawa borang semasa sesi uji bakat.
Sekiranya terlupa kata laluan, pengguna boleh menjawab soalan keselamatan untuk mendapatkan semula akses.
Untuk panduan penuh, sila rujuk manual pengguna di pautan berikut: https://essem.moe.gov.my/Manual_pengguna/Pemohon.pdf
Tarikh Permohonan
- Tarikh Buka: 15 Julai 2025
- Tarikh Tutup: 15 September 2025
Pastikan anda menghantar permohonan dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan permohonan tidak diproses.
Info Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran boleh diajukan kepada:
- Datin Nik Shareeza Roslyn binti Mohd Rosly
- Telefon: 03-88841012
- Emel: [email protected]
Untuk maklumat lanjut dan panduan pengguna, sila lihat:
Pengenalan Sekolah Seni Malaysia (SSeM)
Penubuhan SSeM adalah selaras dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025: Menyediakan Kesamarataan Akses kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa.
SSeM ditubuhkan untuk memberikan peluang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja, sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.
Konsep Sekolah Seni Malaysia (SSeM)
Definisi SSeM
SSeM adalah sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan untuk menggilap dan menggarap potensi serta bakat murid dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.
Falsafah SSeM
Usaha membangunkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu melalui pendidikan kesenian yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik. Usaha ini bertujuan melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berkeperibadian mulia dalam mengamalkan budaya bangsa yang luhur dan beridentiti Malaysia.
Visi dan Misi
Visi
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan insan budayawan bertaraf dunia.
Misi
- Memupuk bakat dan mengembangkan potensi kesenian di kalangan murid.
- Menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti kesenian.
- Mewujudkan kerjasama dengan pelbagai institusi dan penggiat seni.
Objektif
Objektif utama SSeM adalah:
- Melahirkan murid yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kesenian.
- Melahirkan murid yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang kesenian.
- Menjadi tapak semaian kecemerlangan pendidikan kesenian yang beridentiti di peringkat antarabangsa.
- Melahirkan penggiat seni dan pengamal budaya yang bersahsiah tinggi.
- Melahirkan individu yang berjiwa seni dan dapat memelihara budaya bangsa.
Bidang Pengajian di SSeM
Menengah Rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3):
- Muzik
- Seni Visual
- Tari
- Teater
Menengah Atas (Tingkatan 4 & 5):
- Muzik
- Seni Halus
- Reka Bentuk
- Komunikasi Visual
- Tari
- Teater
Senarai Sekolah Seni Malaysia
Johor:
- Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ)
- Alamat: Jalan Persiaran Sinaran Ilmu, Bandar Seri Alam, 81750, Masai, Johor Darul Takzim.
- Tel: 07-3870215
- Faks: 07-3860215
- Emel: [email protected]
Sarawak:
- Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS)
- Alamat: Lot 7794, Blok 9, Salak Land District, Jalan Sultan Tengah, 93050 Santubong, Kuching, Sarawak
- Tel: 082-510356 / 536185
- Faks: 082-513917
- Emel: [email protected]
Kuala Lumpur:
- Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL)
- Alamat: Jalan Seladang Off Jalan Pasar, 55100, Kuala Lumpur
- Emel: [email protected]
Perak:
- Sekolah Seni Malaysia Perak (SSemP)
- Alamat: Kampung Baharu, Simpang Jalong, 31100, Sg. Siput (U), Perak
- Tel: 05-5951350
- Faks: 05-5951351
- Emel: [email protected]
Sabah:
- Program Pendidikan Seni, SMK Elopura
- Alamat: Peti Surat 1091, 90712, Sandakan, Sabah
- Tel: 089-532036
- Faks: 089-533960
- Emel: [email protected]
Lihat Juga:
– Permohonan Kolej Yayasan Saad (KYSM) Bagi Tingkatan 1 2025