HomeKerjayaJawatan Kosong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 MAIDAM

Jawatan Kosong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 MAIDAM

Permohonan jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kini dibuka.

Bagi gred ini, kelulusan minimum adalah Ijazah Sarjana Muda.

Maklumat lanjut mengenai Jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 MAIDAM adalah sebagaimana di bawah.

Maklumat Pekerjaan

  • Jawatan       :       PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM
  •  Kod Gaji      :       S41
  •  Kod Skim    :          
  •  Jabatan       :       Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu
  •  Klasifikasi   :       Perkhidmatan Sosial
  •  Kumpulan Perkhidmatan   :       Pengurusan & Profesional
  •  Taraf Jawatan :       Contract of Service
  • Tarikh tutup : 17 Disember 2022 (Sabtu)

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Rakyat Negeri Terengganu.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. (i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam yang diiKtiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan Islam pada Gred 541 :RM2,078.00):

Atau

  (ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.  (Gaji  permulaan  ialah  pada Gred S41: RM2,281.86).

Syarat Lantikan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Tambahan

Boleh membaca Al-Qur’an dan tulisan jawi yang akan diuji semasa temuduga.

Deskripsi Tugas

  1.  Menganalisis data.
  2. Memiliki kemahiran rundingan dan komunikasi yang berkesan
  3.  Mampu merancang strategi dengan baik.
  4. Berkemahiran dalam IT, berkeupayaan sebagai ”Content writer” dan media sosial adalah satu bonus bagi jawatan ini.

Cara Memohon

Cara memohon jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 MAIDAM adalah sebagaimana berikut;

  1. Borang permohonan  :       Permohonan hendaklah diisi SECARA ATAS TALIAN (‘ONLINE’) melalui laman sesawang http://ejobs.maidam.gov.my/v2/  
  2. Pegawai Sedang Berkhidmat  :       Patuhi Perintah Am Bab “A” 21 (Bagi pegawai yang memohon jawatan dikehendaki menyertakan Laporan Penilaian Prestasi dan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini).
  3. Pegawai sedang berkhidmat hendaklah mengisi alamat tempat bertugas di ruangan pengalaman kerja.
  4. Hantar Permohonan Kepada  :          

Ketua Pegawai Eksekutif

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu

Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu

Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad

20519 Kuala Terengganu.

Sila layari http://ejobs.maidam.gov.my/Iklan/viewDetail.php?idIklanDetail=257&gaji_id=76& untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

Sumber: eJOB MAIDAM

Pegawai Hal Ehwal Islam S41 Maidam
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments