Selain ucapan hari raya, pantun juga boleh menjadi pelengkap kemeriahan Aidilfitri ini.
Pantun membangkitkan nostalgia, menyampaikan gurauan, dan menjadi jambatan penghubung antara generasi. Sama ada pantun klasik, dua kerat atau lawak, setiap bait membawa makna yang tersendiri dalam suasana Syawal yang penuh mesra.
Kini, pantun raya bukan sekadar dibaca di majlis rasmi, tetapi turut dikongsi di media sosial, kad digital dan WhatsApp. Ia menjadi trend untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dengan cara lebih kreatif dan mencuit hati.
Oleh itu, kami kumpulkan pelbagai kategori pantun Hari Raya Aidilfitri 2025 yang paling popular – dari pantun klasik, romantik, dua kerat, minta duit raya hingga ke pantun kelakar. Pilih yang sesuai dan meriahkan Aidilfitri anda dengan pantun penuh gaya dan makna.
Lihat Juga: Idea Dekorasi Hiasan Hari Raya Pejabat, Sekolah & Open House
Pantun Raya Klasik
Pantun klasik membawa suasana hari raya Aidilfitri yang penuh adat dan kesopanan. Gaya bahasanya halus dan penuh makna, sering digunakan dalam kad ucapan, majlis rasmi, dan tradisi masyarakat Melayu sejak dahulu.
Berikut adalah pantun raya klasik yang anda boleh gunakan;
Salam dihulur tanda ingatan,
Moga ukhwah sentiasa berkekalan;
Selamat Hari Raya Aidilfitri saya titipkan,
Buat semua hadirin hadirat kenalan sekalian.

Membakar lemang pasang pelita,
Gemersik takbir Syawal pun tiba;
Sanak saudara bersatu semula,
Indahnya raya penuh bermakna.
Cantik melaram di hari bahagia,
Warna warni hiasi diri;
Riang suka di Hari Raya,
Ucapan dari kami salam Aidilfitri.
Sayup terdengar takbir raya,
Mata berkaca syukur meraikan;
Hari raya disambut gembira,
Bersama tersayang rakan & taulan.
Hinggap di celah kayu berduri,
Kepayang tumbuh di dalam dulang;
Tangan disusun maaf diberi,
Salam Aidilfitri tulus dikenang.
Pantun Hari Raya Kelakar & Lawak
Kategori ini sesuai untuk menceriakan suasana raya dengan jenaka manja dan sindiran bersahaja.
Pantun kelakar sering menjadi kegemaran generasi muda untuk dikongsi di media sosial kerana ia ringan, lucu dan menghiburkan.
Sangat sesuai untuk memecah kebekuan suasana!

Baju raya bewarna jingga,
Samping senget songkok terbalik;
Alamak tersalah masuk rumahla,
Patutlah tuan rumah pandang pelik.
Iron baju di pagi raya,
Tersalah setting panas terlebih;
Tahun ni tak jadi bergaya,
Baju kesayangan berlubang habis.
Anak Pak Dollah Makan Lepat,
Makan Lepat Sambil Melompat,
Nak Hantar Kad Raya Dah Tak Sempat,
Pakai Wassap Pun Okey What??
Dari bandar pulang ke desa,
Untuk beraya dengan keluarga,
Kalau selalu ponteng puasa,
Jangan la pula sibuk nak raya.
Pantun Hari Raya 2 Kerat
Pendek tetapi padat, pantun dua kerat sangat sesuai untuk kapsyen media sosial, status WhatsApp, atau sebagai punchline. Meskipun hanya dua baris, pantun ini mampu menyampaikan mesej dengan jelas, sama ada lucu, sinis atau menyentuh hati.
Kuih semperit cair di lidah,
Duit raya dah habis dah!

Ketupat lemang dari kekasih,
Beraya sorang negeri omputih.
Ketupat palas baru diangkat,
Kalau tak puasa jangan duduk dekat.
Minum air buang tin,
maaf zahir dan batin.
Tengah hari makan kuih semperit,
Baru raya keempat perut dah buncit
Untuk minta duit raya, boleh cuba pantun 2 kerat ini (Lihat Video)
Piramid bomba piramid batu,
Cepat lah buka pintu hatimu
Pantun Duit Raya & Minta Duit
Ini antara kategori paling digemari terutama oleh kanak-kanak dan remaja.
Pantun ini digunakan untuk bergurau secara sopan sambil ‘mengintai’ peluang menerima duit raya.
Gaya jenaka dan manja menjadikan pantun ini sangat popular di TikTok dan grup WhatsApp keluarga!
Abang hensem berbaju kurta,
Bergaya sungguh bersongkok pula;
Duit raya kami tak minta,
Kalau nak bagi, seronoklah juga.
Kuih bahulu di masak Yaya,
Manis rasanya bila dimakan;
Abang ni dah tak ada duit raya,
Bagi senyuman sahaja boleh kan.
Pergi ke pasar membeli longan
Untuk di makan di pagi raya;
Kalau ada angpau di tangan,
Hulurlah sikit jangan buat lupa ya.

Malam tadi tidur nyenyak,
Bangun pagi sakit kepala;
Kalau nak bagi tak payahlah banyak,
Dapat warna purple pun jadila.
Malam tadi makan ketupat
Sambil minum air kelapa,
Kalau ada rezeki yang lebat,
Duit raya janganla di lupa
Pantun Maaf & Perpisahan
Aidilfitri adalah waktu terbaik untuk memohon kemaafan dan memperbaiki silaturrahim.
Pantun hari raya Aidilfitri dalam kategori ini biasanya bernada rendah diri, lembut dan penuh keinsafan. Ia sangat sesuai untuk disampaikan kepada rakan, saudara atau sesiapa sahaja yang kita sayangi.

Ramadan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri;
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon maaf kekhilafan diri.
Aidilfitri hari yang mulia,
Ampun dipinta sesama rakan;
Ukhuwah dijalin tanda mesra,
Mengerat kerjasama tali keakraban.
Baju baharu cantik berseri,
Salam dihulur ikhlas dihati;
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf dipinta sepenuh hati.
Pergi ke kedai membeli tirai,
Tirai dipasang ketika pindah;
Ramadhan kini menutup tirai,
Kekal istiqamah dalam ibadah.
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan;
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan;
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus memohon kemaafan.
Anak Cina tersadung bata,
Bata berkecai terkena mata;
Andai pernah tersilap kata,
Jari disusun ampun dipinta.
Pantun Romantik & Cinta

Sekotak mancis secawan madu,
Selautan kasih seluas rindu;
Salam lebaran ucapan buatmu,
Insya-Allah nanti kita kan bertemu.
Asam kandis mari dihiris,
Manis sekali rasa isinya;
Dilihat manis dipandang manis,
Lebih manis hati budinya.
Encik jaga membawa cota,
Mengejar pencuri di Kampung Jawa;
Meski sang kasih berjauh di mata,
Namun di hati bertemu jua.
Kuning-kuning biji sawi,
Pakai bersama sampin putih;
Hari raya datang lagi,
Datang bersama cinta dan kasih.
Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.
Pantun Jenaka Hari Raya / Pantun Usik Mengusik
Dari bandar pulang ke desa,
Untuk beraya dengan keluarga;
Kau tu selalu ponteng puasa,
Jangan la pula sibuk nak raya.
Lebah terbebar terbang sekawan,
Hinggap di celah kayu berduri;
Senyuman adik cantik menawan
Abang kini dah jatuh hati.
Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para;
Suasana riang di Hari Raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.
Pagi pagi takbir berkumandang,
Dari Kuala beraya di sini;
Berbawal pink manis memandang,
Alahai bakal bini siapa cantik ni.

Hitam-hitam si Tompok manggis,
Berjalan comel di tepi tasik;
Senyuman adik sungguh manis,
Buat hati abang terus terusik.
Duri tajam tak sempat elak,
Pohonnya ditebang guna kapak;
Saya dah lama suka kat awak,
Sayangnya awak pura-pura tak nampak.
Membeli belah kat lazada,
Niat cuma nak beli lada;
Awak jangan nak mengada-ngada,
Saya cuma nak yg pakai honda!!!
Nazam Lebaran / Puisi Hari Raya (Moden)
Nukilan Ahmad Fedtri Yahya di Twitter
Ikhlas ibadah panggilan basyirah,
Ramadan kareem di taman syahdu;
Suara takbir dirindu ummah,
Bulan kedamaian indahkan fitrahmu.
Mikraj cinta menyimpan rahsia,
Munajat suci sesuci lebaran;
Meriah suasana di hari raya,
Air mata Syawal hari kemenangan.
Nazam lebaran seindah biasa,
Tidak galau anugerah Aidilfitri;
Mekar hari raya dalam sentosa,
Ya Maulai ya kasih pancarkan seri.
Nazam lebaran alunan Balqis,
Purnama merindu bulan mulia;
Andai menghiris bicara manis,
Salah dan silap lupakan segala.
Sumber:
- theinspirasi.my
- Ahmad Fedtri Yahya
- dan pelbagai sumber lain.
