HomeBantuanProgram MyLesen Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Tahun 2024

Program MyLesen Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Tahun 2024

Kerajaan Negeri Pahang akan melaksanakan Program MyLesen Bantuan Prihatin Pahang (BPP) bagi Tahun 2024. 

Program ini adalah satu inisiatif kerajaan Negeri Pahang bagi memperkasa 2000 orang penerima bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2. 

Berikut merupakan maklumat berkenaan bantuan lesen percuma MyLesen Negeri Pahang.

Pengenalan Program MyLesen Bantuan Prihatin Pahang

Program MyLesen Prihatin Bantuan Pahang Tahun 2024 bertujuan untuk membantu rakyat Negeri Pahang yang memerlukan lesen memandu tetapi menghadapi kekangan kewangan. 

Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada 2000 penerima yang layak, membolehkan mereka mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 secara percuma.

Syarat Kelayakan Permohonan

Untuk memastikan hanya mereka yang layak menerima manfaat dari program ini, beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan. Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

  1. Rakyat Negeri Pahang: Pemohon mesti merupakan rakyat Negeri Pahang.
  2. Umur: Pemohon mesti berumur 16 tahun dan ke atas semasa tarikh permohonan dibuka.
  3. Kesihatan: Pemohon mesti sihat tubuh badan dan mental.
  4. Lesen Memandu: Pemohon belum memiliki sebarang lesen memandu.
  5. Bebas Senarai Hitam: Pemohon mestilah bebas dari senarai hitam Mahkamah, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ini akan disahkan oleh JPJ Negeri Pahang.
  6. Aplikasi MyJPJ: Pemohon mesti telah memuat turun dan mendaftar aplikasi MyJPJ dalam telefon pintar mereka.
Iklan Permohonan Program MyLesen Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Tahun 2024

Cara Memohon

Untuk memohon Program MyLesen Prihatin Pahang Tahun 2024, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Semak Kelayakan: Pastikan anda memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
  2. Muat Turun Aplikasi MyJPJ: Pastikan aplikasi MyJPJ telah dimuat turun dan anda telah mendaftar.
  3. Isi Borang Permohonan: Pergi ke pautan berikut untuk mengisi borang permohonan: Borang Permohonan Program MyLesen Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Tahun 2024
  4. Hantar Permohonan: Tarikh tutup adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.

Maklumat Yang Perlu DIsi

Maklumat Peribadi

  • Nama Penuh: Isi nama penuh anda seperti dalam kad pengenalan.
  • Nombor Kad Pengenalan: Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa sebarang ruang atau tanda hubung.
  • Alamat: Isi alamat penuh tempat tinggal anda.
  • Nombor Telefon: Masukkan nombor telefon yang aktif dan boleh dihubungi.
  • Alamat Email: Pastikan alamat email yang dimasukkan adalah aktif dan boleh diakses.

Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga (Bagi Pemohon Kategori B2 di Bawah 18 Tahun)

Bagi pemohon yang berumur di bawah 18 tahun, pastikan anda mendapatkan kebenaran daripada ibu, bapa, atau penjaga anda. Maklumat yang perlu diisi termasuk:

  • Nama Penuh Ibu/Bapa/Penjaga: Seperti di dalam kad pengenalan.
  • No. Kad Pengenalan: Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sebarang ruang atau tanda hubung (contoh: 790808068888).
  • No. Tel. Bimbit: Masukkan nombor telefon bimbit yang aktif dan boleh dihubungi.

Maklumat Peribadi dan Kesihatan Peserta

  • Sejarah Peribadi Peserta
  • Sejarah Kesihatan 
  • Maklumat OKU (Jika Berkenaan)
  • Sejarah Kesihatan masa lalu

Pengakuan Pemohon

  • Pemohon perlu membuat pengakuan (setuju) bagi segala maklumat yang dinyatakan sebelum menghantar permohonan.

Sumber: Kerajaan Negeri Pahang

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments