HomeInfoSenarai Kursus Pertanian 2025 Jabatan Pertanian Negeri Sembilan

Senarai Kursus Pertanian 2025 Jabatan Pertanian Negeri Sembilan

Adakah anda seorang petani yang ingin meningkatkan kemahiran dalam bidang pertanian? Jabatan Pertanian Negeri Sembilan menawarkan pelbagai kursus dan latihan menarik sepanjang tahun 2025 untuk membantu golongan petani, usahawan tani, dan peminat bidang pertanian memanfaatkan potensi mereka sepenuhnya. 

Program ini juga sesuai untuk mereka yang ingin beralih ke bidang pertanian sebagai sumber pendapatan baru atau sekadar menambah pengetahuan dalam teknik dan inovasi pertanian moden.

Berikut merupakan maklumat dan senarai kursus serta latiahan pertanian anjuran Jabatan Pertanian Negeri Sembilan tahun 2025.

Jenis Kursus Yang Ditawarkan

Jabatan Pertanian Negeri Sembilan menyediakan pelbagai jenis kursus, termasuk:

  1. Kursus Penghasilan Hasilan Tani
    • Penghasilan cendawan, madu kelulut, labu, dan banyak lagi.
    • Fokus pada teknik inovatif untuk meningkatkan produktiviti.
  2. Teknologi Fertigasi dan Tanaman
    • Kursus fertigasi cili, tanaman kelulut, dan pengurusan tanaman cendawan.
    • Latihan ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam pertanian bandar dan teknologi moden.
  3. Pengurusan Ladang dan Kawalan Perosak
    • Kursus penyediaan rekod myGAP, kawalan serangga, dan penyakit tanaman.
    • Membantu peserta memahami teknik pengurusan ladang yang mampan.
  4. Teknologi Inovasi
    • Pengendalian dron untuk pertanian.
    • Teknologi pembuatan baja organik dan plant booster.

Lokasi dan Kaedah Pelaksanaan

Kursus-kursus ini dianjurkan di lokasi-lokasi utama seperti:

  • Jelebu
  • Jempol
  • Kuala Pilah
  • Rembau
  • Port Dickson
  • Tampin

Format Pelaksanaan

  • Secara fizikal dan dalam talian, memberikan fleksibiliti kepada peserta.
  • Setiap sesi kursus mampu menampung antara 20 hingga 60 peserta, bergantung kepada jenis kursus.

Senarai Kursus dan Latihan: Lokasi dan Tarikh Pelaksanaan

Berikut adalah senarai lengkap tarikh, lokasi dan daerah bagi kursus pertanian anjuran Jabatan Pertanian Negeri Sembilan tahun 2025:

  • senarai_kursus_petani_n9_2025_page-0001
  • senarai_kursus_petani_n9_2025_page-0002
  • senarai_kursus_petani_n9_2025_page-0003
  • senarai_kursus_petani_n9_2025_page-0004
  • senarai_kursus_petani_n9_2025_page-0005
  • senarai_kursus_petani_n9_2025_page-0006
  • senarai_kursus_petani_n9_2025_page
  • senarai_kursus_petani_n9_2025_page-0008
  • senarai_kursus_petani_n9_2025_page-0009
  • senarai_kursus_petani_n9_2025_page-0010
  • senarai_kursus_petani_n9_2025_page-0011

Tarikh-Tarikh Penting

Kursus bermula dari Januari hingga Disember 2025. Antara tarikh-tarikh utama termasuk:

  • Januari: Kursus Asas Pertanian Bandar dan Pensijilan myGAP.
  • Mac: Kursus Teknologi Tanaman Tebu dan Pemangkasan Pokok Buah.
  • Julai: Kursus Fertigasi Meja dan Kawalan Penyakit Sayuran.
  • November: Kursus Pembuatan Baja Natural Farming.

Cara Pendaftaran

Untuk menyertai kursus ini, peserta boleh menghubungi pegawai bertanggungjawab seperti berikut:

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang info dan maklumat lanjut, sila layari;

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments