Badminton Separuh Akhir Olimpik 2024 Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan: Info Siaran Langsung & Live Streaming Secara Percuma (Free) Pasangan Negara Menentang Beregu China.
Pearly Tan – M Thinaah mara ke separuh akhir selepas menumpaskan pasangan Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong di suku akhir.
Mereka berpeluang untuk melakar sejarah lebih besar sekiranya berjaya mara ke final.
Pasangan beregu wanita negara ini bagaimanapun bakal diuji lebih hebat apabila akan menentang Qing Chen-Yi Fan dari China dalam aksi separuh akhir badminton Sukan Olimpik Paris 2024, pada 2 Ogos 2024.
Berikut merupakan info siaran langsung percuma yang anda boleh tonton secara live streaming di Astro atau RTM Klik.
Lihat Juga: Jadual Badminton Separuh Akhir Olimpik Aaron Chia – Soh Wooi Yik
Jadual Separuh Akhir Badminton Beregu Wanita Negara
Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan akan bertemu pasangan China Chen-Yi Fan di separuh akhir pada;
- Tarikh: 2 Ogos 2024 (Jumaat)
- Masa: Perlawanan di jangka bermula 2.30 petang
- Venue: Aréna Porte de La Chapelle
Live Badminton Beregu Wanita Separuh Akhir Olimpik 2024
Separuh akhir beregu wanita negara, Pearly-Thinaah menentang pasangan beregu dari China boleh ditonton secara langsung saluran TV Okey dan Sukan TV RTM.
Selain itu, semifinals badminton ini juga boleh ditonton secara live streaming melalui aplikasi RTM Klik;
- Link RTM Klik: https://rtmklik.rtm.gov.my/
- Link Khusus Olimpik Paris 2024: https://paris2024.rtm.gov.my/
- Aplikasi di Telefon;
- Google Play Store (Android) – RTM Klik di Google Play Store
- Apple App Store (iOS) – RTM Klik di Apple App Store (Apple)
Astro juga turut menyiarkan perlawanan ini secara langsung menerusi Stadium Astro secara percuma di sini.
Anda juga boleh strim melalui Astro, Astro GO dan Sooka.
Sekiranya Menang Separuh Akhir
Sekiranya Pearly Tan dan M. Thinaah menang menentang pasangan China, Y.F. Jia dan Q.C. Chen, mereka akan memastikan sekurang-kurangnya satu pingat dan seterusnya memburu pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024.
Jika mereka berjaya mara ke perlawanan akhir, mereka akan bertemu dengan salah satu daripada pasangan berikut iaitu N. Tan dan S.S. Liu dari China atau N. Matsuyama dan C. Shida dari Jepun.
Pertembungan di peringkat akhir ini pasti akan mencabar Pearly Tan dan M. Thinaah, namun semangat juang dan strategi mantap mereka dapat membawa kejayaan di pentas Olimpik.