HomeKerjayaJawatan Kosong Pensyarah Tetap UiTM Cawangan Sarawak 2024

Jawatan Kosong Pensyarah Tetap UiTM Cawangan Sarawak 2024

JAWATAN KOSONG: Iklan Kekosongan Jawatan Staf Akademik (Pensyarah) Tetap di UiTM Cawangan Sarawak 2024.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan akademik di UiTM Cawangan Sarawak. 

Peluang ini terbuka kepada mereka yang ingin mengembangkan kerjaya dalam bidang pendidikan tinggi. 

Berikut adalah maklumat lengkap mengenai jawatan yang ditawarkan.

Tempoh Permohonan 

Tarikh permohonan bermula 25 Jun 2024 (Selasa) dan tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Julai 2024 (Isnin).

Jawatan dan Gaji

Jawatan:

  1. Pensyarah UiTM (Gred DM45)
  2. Pensyarah Kanan (Gred DM51)
  3. Profesor Madya (Gred DM53)
  4. Profesor (Gred Khas C)

Jadual Gaji (Minimum – Maksimum):

Gred GajiGaji MinimumGaji Maksimum
DM45RM 3,070.00RM 11,095.00
DM51RM 5,855.00RM 12,445.00
DM53RM 6,162.00RM 13,235.00
VK 7RM 7,190.00RM 14,587.54

Lokasi Kampus

  • Kampus Samarahan
  • Kampus Samarahan 2
  • Kampus Mukah

Akademi/Fakulti/Kolej dan Bidang

Akademi/Fakulti/KolejBidang
Pengurusan PerniagaanKewangan, Pengurusan
PerakaunanFinancial Accounting and Reporting
Sains KesihatanKejururawatan
Sains GunaanFizik
Perladangan dan AgroteknologiSains Tanah
Pengajian Komputeran, Informatik dan MatematikMatematik (Pengajian Sains Matematik)
Undang-UndangUndang-Undang Persendirian
Pengajian BahasaBahasa Inggeris

Syarat-Syarat Kelayakan

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM45:

(a) (i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM51:

(c) (i) Memiliki kelayakan seperti di perenggan (a) dan (b) di atas; 

(ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan 

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM53 (Profesor Madya):

(d) (i) Memiliki kelayakan seperti di perenggan (a) dan (b) di atas; 

(ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan 

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred Khas C (Profesor):

(e) (i) Memiliki kelayakan seperti di perenggan (a) dan (b) di atas; 

(ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan 

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

Panduan Permohonan

  1. Pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  2. Permohonan dari pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mesti melalui ketua jabatan dan disertakan dengan salinan kenyataan perkhidmatan yang terkini.
  3. Setiap permohonan mestilah disertai bersama salinan dokumen berikut yang telah disahkan:
    • Kad Pengenalan
    • Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
    • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci) *Sila nyatakan sekali tajuk tesis
    • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
    • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
  4. Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
  5. Pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Sila sertakan semakan pengiktirafan kelayakan dari MQA kecuali graduan lepasan UiTM).
  6. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
  7. Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
  8. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  9. Pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di mana-mana kampus UiTM.

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2007 yang boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Sarawak atau boleh juga diperolehi dengan memuat turun borang permohonan dari Google Drive berikut;

https://drive.google.com/drive/u/3/folders/1zgyhyLlX2wbxhmyQ4wljbqk7blCeSVE6

Maklumat Lanjut

Bahagian Pentadbiran
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak
Kampus Samarahan
94300 Kota Samarahan
Sarawak
Telefon: 082-677200 / 082-677005

Sumber: Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak 

Iklan Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Cawagan Sarawak;

Iklan Jawatan Kosong Pensyarah Tetap UiTM Cawangan Sarawak 2024 - 01
Iklan Jawatan Kosong Pensyarah Tetap UiTM Cawangan Sarawak 2024 - 02
Iklan Jawatan Kosong Pensyarah Tetap UiTM Cawangan Sarawak 2024 - 03
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments