Hari Pahlawan Negara disambut setiap 31 Julai.
Sambutan ini diadakan setiap tahun bagi memperingati jasa anggota bersenjata yang telah berbakti mempertahankan negara.
Ia juga merupakan usaha dan doa rakyat dalam mengenang jasa pejuang dan perwira yang terkorban dan mati syahid dalam mempertahankan kesucian agama Islam, kemuliaan bangsa, dan kedaulatan negara.
Semua warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota keselamatan lain yang sedang dan telah menabur jasa, khidmat bakti dan melindungi negara adalah perwira dan pahlawan negara yang wajar kita hargai dan didoakan kebaikan untuk mereka.
Sejarah Hari Pahlawan Malaysia
Hari Pahlawan di Malaysia disambut setiap 31 Julai untuk memperingati jasa anggota keselamatan yang telah berbakti mempertahankan negara semasa zaman penjajahan, darurat, dan pasca-kemerdekaan.
Tarikh ini dipilih sempena tamatnya zaman darurat pada tahun 1960, menandakan berakhirnya ancaman komunis yang berusaha menguasai negara​.
Simboliknya, pahlawan adalah orang yang gagah dan berani, pejuang yang hebat dan perwira yang ditakuti.
Oleh itu, Hari Pahlawan boleh diertikan dengan hari memperingati pahlawan yang terkorban di medan perang dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh.
Pahlawan negara seharusnya menjadi sejarah yang sentiasa dikenang kerana telah mencipta ketamadunan negara di bumi bertuah ini.Â
Perjuangan mereka, sama ada di era sebelum merdeka mahupun pasca merdeka, terus menjadi titik tolak dalam sejarah negara.
Lokasi dan Tradisi Sambutan
Sebelum tahun 2010, sambutan Hari Pahlawan diadakan di Tugu Negara, Kuala Lumpur, di mana upacara meletak kalungan bunga dan bertafakur dilakukan di hadapan tugu sebagai tanda penghormatan.
Tugu Negara, yang dibina pada tahun 1966, adalah monumen yang menghormati lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua, dan Darurat Malaya. Tugu ini direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon.
Pindah ke Putrajaya
Pada tahun 2010, lokasi sambutan dipindahkan ke Putrajaya di Dataran Pahlawan Negara. Keputusan ini dibuat berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang menganggap upacara meletak kalungan bunga dan bertafakur di hadapan tugu sebagai perbuatan syirik.
DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, pernah menolak untuk meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara. Baginda menyatakan bahawa meletakkan kalungan bunga di tugu mempunyai unsur syirik dan menolak untuk melakukan upacara tersebut walaupun diminta oleh pihak kerajaan ketika itu.Â
Akhirnya, kerajaan bersetuju untuk tidak memaksanya​. (Sumber: Pejabat Mufti Perlis)
Sejak itu, sambutan Hari Pahlawan diadakan di lokasi baru yang juga menempatkan galeri sejarah ATM-PDRM.
Siaran Langsung
Saksikan siaran langsung di saluran RTM Khas Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan Tahun 2024 terus dari Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.
- https://rtmklik.rtm.gov.my
- 31 Julai 2024 | Rabu| 8:00 Pagi
Lihat Juga
– Tema & Logo Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2024Â