HomeHari SambutanHari Buku Sedunia 2025: Tarikh, Sambutan & Contoh Poster

Hari Buku Sedunia 2025: Tarikh, Sambutan & Contoh Poster

Hari Buku Sedunia, juga dikenali sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, disambut bagi menggalakkan ramai orang bagi merasai keseronokan memiliki buku dan membaca, dan mengiktiraf peranan buku sebagai penghubung antara generasi dan budaya. 

Ia merupakan anjuran Pertubuhan Pelajaran, Saintifik, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang disambut setiap tahun di seluruh dunia sebagai tanda sokongan kepada budaya membaca, penerbitan dan hak cipta tempatan. 

Lihat Juga:

Tarikh & Sambutan

Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia disambut pada 23 April setiap tahun dan diraikan serentak dengan Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2025 anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Sambutan ini diadakan bagi menggalakkan budaya membaca serta menghargai peranan buku dan hak cipta dalam pembangunan masyarakat berilmu.

Pada tahun ini, YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan program ini dengan penekanan kepada:

  • Membaca sebagai asas perpaduan dan pembangunan diri
  • Peranan perpustakaan sebagai pemangkin kemajuan negara
  • Pentingnya bersikap kritis dalam menilai maklumat digital

Program ini juga menyaksikan:

  • Pelaksanaan semula Program Baucar Buku Semarak Membaca 2025 untuk menggalakkan pembelian bahan bacaan dan menyokong industri perbukuan.
  • Sasaran penyertaan 10 juta rakyat Malaysia bagi kempen 10 minit membaca, berbanding 9.73 juta tahun sebelumnya.
  • Pengedaran 36,900 naskhah buku hasil Projek Penerbitan Buku PENA-MALAYSIA MADANI ke seluruh perpustakaan negara.

Sambutan ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik selama dua hari, termasuk bacaan bersama, pameran buku dan kolaborasi dengan agensi kerajaan serta swasta.

Sejarah Sambutan 

Dari segi sejarah, Hari Buku Sedunia (World Book Day) ditetapkan oleh UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) sejak tahun 1995.

23 April dipilih kerana dua penulis teragung dalam sejarah Eropah iaitu Cervantes (penulis berbangsa Sepanyol yang menghasilkan novel ‘Don Quixote’) dan Shakespeare (penulis berbangsa Inggeris yang menghasilkan ‘Hamlet’, ‘King Lear’ dan ‘Romeo and Juliet’) meninggal dunia pada 23 April 1616.

Aktiviti Dan Sambutan

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan sempena menyambut Hari Buku ini. Kita boleh
menyumbang buku kepada orang yang tidak berkemampuan, memberi hadiah buku ilmuan kepada rakan-rakan dan menceritakan kisah-kisah menarik dari buku cerita kepada anak-anak.

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan sempena sambutan ini termasuk:

  • Jom Baca Bersama 10 Minit
    Program tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang disertai serentak di seluruh negara. Peserta hanya perlu berhenti seketika dan membaca selama 10 minit, sama ada di sekolah, pejabat atau di rumah.
  • Hadiahkan Buku, Sebarkan Ilmu
    Hadiahkan buku kegemaran anda kepada rakan atau keluarga sebagai tanda penghargaan. Anda juga boleh dermakan buku kepada rumah anak yatim, pusat komuniti atau individu memerlukan.
  • Pertukaran Buku (Book Swap)
    Anjurkan sesi tukar buku di sekolah atau pejabat untuk berkongsi bahan bacaan dengan rakan-rakan.
  • Cabaran “Shelfie” Rak Buku
    Kongsi gambar rak buku anda di media sosial dengan hashtag #HariBuku2025 dan nyatakan buku kegemaran anda!
  • Bacaan Petikan Buku Secara Live atau Rakaman
    Rakam diri anda membaca petikan buku menarik dan kongsikan di TikTok, Instagram atau Youtube Shorts. Galakkan interaksi dan inspirasi bersama.
  • Cabaran Baca 1 Buku Sebulan
    Galakkan pembacaan berterusan dengan menyertai cabaran peribadi membaca satu buku setiap bulan. Boleh gunakan templat atau jurnal khas.
  • Eksplorasi eBook Percuma
    Gunakan platform seperti u-Pustaka, PNM e-Resources, dan Google Books untuk membaca buku digital secara percuma.
  • Aktiviti Sekolah: Teater Buku, Pidato, dan Penulisan Kreatif
    Galakkan pelajar untuk mempersembahkan cerita dari buku kegemaran mereka dalam bentuk lakonan, pidato atau puisi.

Dalam juga boleh diadakan peraduan teka jumlah buku di sosial media sebagaimana yang dilakukan oleh Perpustakaan Awam Sungai Petani ini.

Contoh Poster Hari Buku

Terdapat pelbagai contoh dan idea sekiranya anda ingin membuat poster sempena Hari Buku

Berikut adalah contoh-contoh yang dikemukakan;

Poster Selamat Hari Buku Sedunia 2025 01
Poster Selamat Hari Buku Sedunia 2025 02
Poster World Book Day 03
Poster Selamat Hari Buku
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments