HomeBiasiswaDermasiswa B40 (DB40) JPA 2024: Syarat dan Cara Permohonan

Dermasiswa B40 (DB40) JPA 2024: Syarat dan Cara Permohonan


TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI BAWAH PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2024

Sukacitanya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuka permohonan kepada pelajar lepasan SPM 2023 menerusi Program Dermasiswa B40 (DB40) mengikut kriteria-kriteria tertentu mulai 5 Ogos 2024 jam 2 petang.

Program Dermasiswa B40 JPA adalah inisiatif penting bagi pelajar lepasan SPM untuk  pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).

Penajaan yang diberikan adalah berbentuk Dermasiswa.

Apakah itu Program Dermasiswa B40 (DB40)

Program Dermasiswa B40 (DB40) bagi tahun 2024 merupakan penajaan yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar SPM 2023 dari keluarga berpendapatan rendah (golongan B40) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dalam bidang berfokuskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), Kejuruteraan dan Teknikal, Sains, Sains dan Teknologi, serta Sains Sosial di Universiti Awam (UA) dan Politeknik.

Penajaan yang diberikan adalah berbentuk Dermasiswa.

Tempoh Permohonan

Permohonan bagi Program Dermasiswa B40 (DB40) dibuka dari 05 Ogos 2024, pukul 2.00 petang hingga 18 Ogos 2024, pukul 5.00 petang. 

Pelajar yang berminat perlu mengemukakan permohonan mereka dalam tempoh ini.

Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2024 - Poster Maklumat Permohonan

Syarat-Syarat Permohonan

Untuk memohon, pelajar perlu memenuhi syarat-syarat umum dan khusus berikut:

  1. Syarat Umum:
    • Warganegara Malaysia.
    • Bebas dari penyakit kronik/berjangkit.
    • Ibu/bapa tidak disenaraihitamkan oleh JPA.
    • Menduduki SPM 2023 buat kali pertama.
    • Umur belum mencapai 19 tahun atau 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember 2023.
    • Pendapatan per kapita keluarga RM5,249.00 sebulan ke bawah.
  2. Syarat Khusus:
    • Menduduki SPM 2023 dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam Bahasa Melayu, Sejarah, dan tiga subjek lain.
    • Telah mendapat tawaran di institusi pengajian tersebut.

Bentuk Penajaan

Penajaan bagi Program Dermasiswa B40 ini adalah berbentuk Dermasiswa, dan pelajar tidak terikat dengan sebarang ikatan kontrak berkhidmat. 

Walau bagaimanapun, pelajar bertanggungjawab untuk membayar balik nilai perjanjian sekiranya berlaku pelanggaran kepada perjanjian penajaan yang dimeterai. 

Cara Memohon Program Dermasiswa B40 JPA 2024

Pelajar yang berminat boleh memohon melalui laman web rasmi JPA di;

Pastikan semua dokumen yang diperlukan dilengkapkan sebelum tarikh tutup permohonan.

Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh-tarikh penting program dermasiswa B40 (DB40) tahun 2024:

  1. Permohonan Dibuka: 5 Ogos 2024 (Isnin), 2.00 petang
  2. Permohonan Ditutup: 18 Ogos 2024 (Ahad), 5.00 petang
  3. Keputusan Permohonan:

Info Lanjut dan Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut, pelajar boleh menghubungi Saluran Pertanyaan sepanjang tempoh permohonan sahaja:

Ikuti Jabatan Perkhidmatan Awam di:

Sumber: 


Lihat Juga:
Senarai Biasiswa Lepasan SPM 2023 Bagi Pengajian Tahun 2024

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments