HomeKewanganDasar Gaji Progresif 2024: Projek Rintis & Jadual Gaji Pekerja

Dasar Gaji Progresif 2024: Projek Rintis & Jadual Gaji Pekerja

Kerajaan telah menetapkan gaji permulaan yang harus dipatuhi oleh sektor swasta di bawah Dasar Gaji Progresif (DGP).

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, menyatakan bahawa walaupun terdapat peluang untuk peningkatan gaji, sering kali kita tidak memanfaatkannya sepenuhnya.

“Mana-mana majikan yang menaikkan gaji untuk mematuhi tangga gaji berkenaan, layak mendapat insentif gaji progresif yang perlu dibayar kepada pekerja supaya kenaikan gaji itu ditanggung oleh kerajaan. 

“Gaji permulaan mengikut kelayakan di bawah Dasar Gaji Progresif antaranya seperti berikut, jurutera mekanikal (RM3,380), jurutera awam (RM3,115), akauntan dan juruaudit (RM3,280)” 

Apa Itu Dasar Gaji Progresif?

Dasar Gaji Progresif merupakan komitmen kerajaan untuk mereformasi pasaran buruh dengan matlamat bagi meningkatkan gaji pekerja selari dengan peningkatan produktiviti. Kertas Putih mengenai dasar ini telah memperincikan status berkaitan gaji dan produktiviti pekerja serta isu dan cabaran yang dihadapi.

Pelaksanaan dasar ini telah dimulakan dengan projek rintis pada Mei 2024 membabitkan 1,000 syarikat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditentukan bagi pekerja bergaji antara RM1,500 dan RM4,999.

Pemilihan syarikat akan dibuat secara telus berdasarkan prinsip kesaksamaan, tahap keperluan sektor dan sokongan dasar.

Penilaian projek rintis akan dilaksanakan pada September 2024 untuk memastikan ketersediaan dasar sebelum DGP secara menyeluruh dilaksanakan kepada semua majikan dan ekonomi.

Manakala pelaksanaan secara menyeluruh DGP dijangka mulai Oktober 2024. Sebelum pelaksanaan penuh, kerajaan telah memulakan projek rintis dari Jun hingga Ogos 2024 untuk menilai keberkesanan dasar ini.

Pelaksanaan DGP

DGP yang akan diperkenalkan di Malaysia mempunyai tiga ciri utama seperti berikut: 

  1. Sukarela – Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) adalah secara sukarela, tanpa memerlukan akta baharu. Syarikat boleh mendaftar secara sukarela melalui permohonan dalam talian.
  2. Berteraskan Insentif – Syarikat yang mendaftar dan memenuhi syarat DGP akan menerima insentif daripada kerajaan untuk membantu menampung kos buruh.
  3. Terkait Produktiviti – Syarikat perlu memastikan pekerja mereka melengkapkan latihan peningkatan kemahiran yang diiktiraf, sebagai langkah untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing.

Projek Rintis DGP

Projek Rintis Dasar Gaji Progresif (DGP) dibuka untuk penyertaan syarikat secara sukarela. Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk menguji keberkesanan DGP dalam meningkatkan produktiviti dan kemahiran pekerja melalui insentif yang disalurkan oleh kerajaan.

Majikan yang berminat boleh mendaftar melalui Portal Dasar Gaji Progresif https://gajiprogresif.gov.my/ mulai 15 Mei 2024.

Penyertaan ini memberi peluang kepada syarikat untuk mengambil bahagian dalam inisiatif ini tanpa paksaan undang-undang.

Tempoh Pelaksanaan 

Projek rintis ini dijadualkan berlangsung dari Jun 2024 hingga Ogos 2024, memberikan tempoh percubaan selama tiga bulan kepada syarikat-syarikat yang terlibat untuk menilai kesan dasar ini terhadap gaji dan produktiviti pekerja mereka.

Insentif yang Ditawarkan 

Dalam projek ini, syarikat yang terpilih akan menerima insentif tunai sebagai galakan:

  • Pekerja peringkat permulaan akan menerima insentif sebanyak RM200 sebulan.
  • Pekerja bukan peringkat permulaan akan menerima RM300 sebulan.

Syarat Penyertaan 

Untuk layak menyertai DGP, syarikat perlu memenuhi beberapa syarat, termasuk:

  • Berdaftar dengan ROS, PBT, atau pertubuhan lain yang diiktiraf.
  • Berdaftar dengan PERKESO dan KWSP.
  • Bukan merupakan syarikat berkaitan kerajaan atau syarikat multinasional.
  • Menggaji pekerja warganegara Malaysia di bawah contract of service.

5 Sektor Yang Terlibat Untuk Projek Rintis

5 Sektor Yang Terlibat Untuk Projek Rintis Dasar Gaji Progresif

Projek rintis ini memberi fokus kepada sektor-sektor tertentu seperti:

  • Pembuatan
  • Pembinaan
  • Maklumat dan komunikasi
  • Aktiviti profesional, saintifik, dan teknikal
  • Perdagangan borong dan runcit, Pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal

Jadual Matriks Gaji DGP Untuk Pekerja Peringkat Permulaan

Jadual Matriks Gaji Dasar Gaji Progresif Untuk Pekerja Peringkat Permulaan

Dalam infografik yang dikeluarkan oleh Harian Metro di atas, ia menyenaraikan gaji pokok permulaan bagi pelbagai pekerjaan di bawah Dasar Gaji Progresif (DGP) untuk pekerja peringkat permulaan di Malaysia.

Gaji ini adalah berdasarkan klasifikasi pekerjaan mengikut MASCO (Malaysian Standard Classification of Occupations).

Ia adalah gambaran jelas mengenai bagaimana gaji permulaan berbeza mengikut bidang pekerjaan, memberikan maklumat penting kepada mereka yang baru memasuki pasaran kerja atau yang sedang mempertimbangkan perubahan kerjaya. 

Dengan mengetahui julat gaji ini, individu dapat membuat keputusan yang lebih baik mengenai pilihan pekerjaan yang sesuai dengan harapan gaji mereka.

Berikut adalah senarai pekerjaan dan gaji pokok permulaan mengikut Dasar Gaji Progresif (DGP) untuk pekerja peringkat permulaan:

  1. Atendan perjalanan dan pelayan perjalanan – RM2,785
  2. Atlet dan ahli sukan – RM2,155
  3. Broker gadaian dan peminjam wang – RM1,810
  4. Broker perdagangan – RM2,320
  5. Doktor pergigian – RM3,140
  6. Ejen dan kontraktor pekerjaan – RM2,785
  7. Ejen hartanah dan harta – RM2,650
  8. Ejen pelepasan dan pengangkutan – RM2,950
  9. Ejen persidangan dan acara – RM2,165
  10. Ejen perkhidmatan perniagaan yang tidak dikelaskan di mana-mana – RM2,440
  11. Guru agama – RM2,215
  12. Guru bahasa – RM3,200
  13. Guru muzik – RM2,630
  14. Guru pendidikan awal kanak-kanak – RM2,295
  15. Guru pendidikan khas – RM2,450
  16. Guru pendidikan menengah – RM3,855
  17. Guru pendidikan vokasional – RM3,755
  18. Guru sekolah rendah – RM3,630
  19. Guru seni – RM2,520
  20. Guru seni persembahan – RM2,520
  21. Juruanalisis kewangan – RM3,260
  22. Juruanalisis pengurusan dan organisasi – RM2,860
  23. Juruanalisis sistem komputer – RM3,850
  24. Juruaarkib dan kurator – RM3,225
  25. Juruelektrik bangunan dan yang berkaitan – RM2,025
  26. Jurugambar – RM2,715
  27. Juruhebah radio, televisyen, dan media lain – RM2,215
  28. Jurujual di gerai dan pasar – RM1,980
  29. Jurujual makanan di tepi jalan – RM2,045
  30. Jurujual pintu-ke-pintu – RM2,120
  31. Jurujual pusat perhubungan – RM2,105
  32. Jurukemas domestik – RM2,065
  33. Jurulatih teknologi maklumat – RM2,960
  34. Jurulatih, pengajar, dan pegawai sukan – RM2,475
  35. Jurumasak – RM2,500
  36. Juruoptik pendispensan – RM2,750
  37. Jurupulih anggota – RM3,490
  38. Jurusolek dan pekerja yang berkaitan – RM2,070

Rujukan Panduan DGP

Sumber: 


Lihat Juga:
PPAM Madani: Perumahan Penjawat Awam Malaysia MADANI

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments