HomeCutiSenarai Cuti dan Hari Kelepasan Am Negeri Selangor 2024

Senarai Cuti dan Hari Kelepasan Am Negeri Selangor 2024

Hari Kelepasan Am Negeri Selangor kebiasannya merupakan cuti khas untuk negeri Selangor selain daripada Hari Kelepasan Khas Persekutuan yang turut diikuti semua negeri di Malaysia.

Di bawah pentadbiran negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dalam surat edaran bertarikh 18 Januari 2024 telah menyenaraikan 4 Hari Kelepasan Am Negeri selain daripada 12 Hari Kelepasan Am Persekutuan.

Hal ini bagi membolehkan kita merancang aktiviti percutian samaada untuk pulang ke kampung halaman, mengadakan majlis keraian dan sebagainya.

Lihat Juga:

Senarai Cuti Umum Di Selangor 2024

Senarai di bawah merupakan hari-hari Kelepasan Am bagi Negeri Selangor Darul Ehsan Tahun 2024 sebagaimana yang telah ditetapkan

HARI_KELEPASAN_AM_NEGERI_SELANGOR_TAHUN_2024

Berikut adalah susunan cuti di Selangor mengikut bulan bagi memudahkan anda buat rujukan;

Januari 2024

  • 1 Januari (Isnin) – Tahun Baharu 2024
  • 25 Januari (Khamis) – Thaipusam

Februari 2024

  • 10 Februari (Sabtu) – Tahun Baru Cina
  • 11 Februari (Ahad)- Tahun Baru Cina (hari kedua)

Mac 2024

  • 28 Mac (Khamis) – Hari Nuzul al-Quran

April 2024

  • 10 April (Rabu) – Hari Raya Puasa *
  • 11 April (Khamis)  – Hari Raya Puasa (Hari Kedua) *

Mei 2024

  • 1 Mei (Rabu) – Hari Pekerja
  • 22 Mei (Rabu) – Hari Wesak

Jun 2024

  • 3 Jun (Isnin) – Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
  • 17 Jun (Isnin) – Hari Raya Qurban *

Julai 2024

  • 7 Julai (Ahad) – Awal Muharam (Maal Hijrah)

Ogos 2024

  • 31 Ogos (Sabtu) – Hari Kebangsaan)

September 2024

  • 16 September (Isnin) – Hari Malaysia
  • 16 September (Isnin)  – Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)

Oktober 2024

  • 31 Oktober (Khamis) – Hari Deepavali 

November 2024

  • TIADA

Disember 2024 

  • 25 Disember (Rabu) – Hari Krismas

Catatan

* Tertakluk kepada perubahan

Peringatan:

  1. Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am, dan jika hari sedemikian adalah sememangnya hari kelepasan am maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am. 
  2. Jika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.

Berikut juga di senaraikan jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Am Negeri-negeri di Malaysia pada tahun 2024 yang dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

  • Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2024_page-0001
  • Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2024_page-0002
  • Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2024_page-0003
  • Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2024_page-0004
  • Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2024_page-0005
  • Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2024_page-0006

Oleh yang demikian, penduduk atau pekerja-pekerja di Selangor boleh merancang cuti anda berdasarkan jadual yang dikeluarkan di atas.

Cuti Am Di Seluruh Dunia

Cuti umum adalah penting bagi setiap negara di dunia. Semua negara di dunia mempunyai cuti am mengikut kepentingan negara berkenaan. Berdasarkan Sheth (2018), senarai negara yang paling banyak mempunyai cuti umum adalah seperti Jadual 1. 

Senarai Negara Yang Paling Banyak Mempunyai Cuti Umum

Mengikut senarai di atas, negara yang paling banyak mempunyai cuti umum ialah Cambodia dan paling sedikit ialah negara Singapura, Italy, Denmark, France, Morocco, Republic Czech dan Luxembourg. 

Cuti Am di Malaysia terdapat 2 situasi iaitu di peringkat kebangsaan dan peringkat negeri. Peringkat kebangsaan merangkumi semua cuti yang digazetkan oleh kerajaan persekutuan tetapi peringkat negeri adalah merangkumi cuti umum  yang lain atau tambahan di negeri masing-masing. Di sektor swasta pemberian cuti am dikuatkuasakan melalui undang-undang. Undang-undang yang dikenalpasti ialah Akta Kerja 1955 dan Akta Hari Kelepasan Am 1951. 

Negara-negara di dunia memberi cuti umum atau hari tidak bekerja kepada rakyat di negara masing-masing berdasarkan kepada kedaulatan pemimpin, agama dan sejarah. Kedaulatan pemimpin memainkan peranan utama bagi mencapai kedaulatan, kejayaan dan pembangunan sesebuah negara.

Di Malaysia pemimpin utama ialah Yang Dipertuan Agong dalam Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa kedaulatan Persekutuan itu terletak pada RajaRaja Melayu. Konsep Kedaulatan Raja-Raja Melayu dinyatakan oleh Perjanjian Negeri 1948 adalah seperti yang dimiliki oleh Raja-Raja Melayu pada 1 Disember 1941 yang terakam dalam Laporan Suruhanjaya Reid. Maka Malaysia telah mengistiharkan cuti umum pada 8 Jun sebagai hari Keputeraan Agong setiap tahun bermula pada tahun 2020 untuk mendaulatkan pemimpin negara ini.

Begitu juga negara Thailand juga mempunyai institusi beraja dan pada 3 Jun pada setiap tahun diistiharkan sebagai cuti keputeraan negara berkenaan. Kesemua negara di dunia ini memberi cuti umum untuk upacara keagamaan di negara masing-masing. Hampir separuh daripada cuti umum yang diberikan adalah kerana agama yang dianuti oleh sesebuah negara berkenaan. 

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, peratusan penduduk Malaysia beragama Islam pada tahun 2010 ialah 60%, Budha 21%, Kristian 9.2%, Hindu 6.4% dan lain-lain agama 2.8%. Oleh kerana penduduk Malaysia berbilang agama maka setiap kaum dapat merayakan cuti am mengikut agama masing-masing. Contoh lain di Kemboja cuti umum yang diumumkan adalah 28 hari setahun dan kebanyakan cuti berkenaan adalah berkaitan dengan agama iaitu Buddhisme. 

Peristiwa bersejarah menjadi salah satu keadaan untuk mewujudkan cuti umum di sesebuah negara. Pentingnya sejarah dalam sesebuah negara itu ialah untuk mengingati masa silam, memupuk semangat patriotism, mengetahui kejayaan bangsa dan negara serta menghargai, memelihara serta kedaulatan negara. Contohnya di Malaysia pada 31 Ogos setiap tahun diisytiharkan cuti umum untuk mengingati negara bebas daripada taklukan penjajah British. Manakala di Indonesia cuti kemerdekaan pada 17 Ogos setiap tahun kerana untuk mengingatkan perjuangan mendapatkan kemerdekaan daripada Belanda.

Peringkat antarabangsa juga mengingatkan sejarah tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Pada tahun 1880–an beberapa negara di dunia telah membuat tuntutan dan hak pekerja ketika revolusi industri berkembang pesat di negara-negara barat.

Oleh kerana itu, setiap negara memberi cuti hari pekerja atau hari buruh antarabangsa di setiap negara pada 1 Mei. Bagaimanapun, Kanada, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand meraikan Hari Pekerja pada tarikh yang berlainan. 

Sumber: Jabatan Perhubungan Perusahaan Terengganu

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments