HomeCutiCuti Hari Raya Aidilfitri 2025 & Tambahan Cuti Sekolah KPM

Cuti Hari Raya Aidilfitri 2025 & Tambahan Cuti Sekolah KPM


Hari Raya Aidilfitri 2025 makin hampir, ramai sedang merancang cuti untuk pulang ke kampung, bertemu keluarga tersayang dan meraikan lebaran dengan penuh keceriaan serta ketenangan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut mengumumkan tambahan cuti sekolah sempena Hari Raya bagi sesi persekolahan 2025/2026 untuk memudahkan pergerakan pelajar dan ibu bapa.

Untuk makluman, Hari Raya Puasa adalah Hari Kelepasan Am Persekutuan yang bermaksud semua negeri di Malaysia wajib memberi cuti kepada rakyat tanpa pengecualian.

Lihat Juga: Kit Kecemasan Kenderaan Musim Perayaan | 12 Barang Wajib Ada

Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2025 (1 Syawal 1446H)

Tarikh-Tarikh Penting Kalendar Islam 2025 (1446-1447 Hijrah)

Berdasarkan Kalendar Islam 2025 oleh JAKIM, 1 Syawal 1446 dijangka jatuh pada hari Isnin, 31 Mac 2025, diikuti 2 Syawal pada Selasa, 1 April 2025.

Pengesahan tarikh Hari Raya Aidilfitri akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas proses rukyah dan hisab, menurut amalan rasmi yang dipandu oleh JAKIM dan Majlis Raja-Raja.

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Puasa dibuat pada malam 29 Ramadan 1446H (Ahad malam 30 Mac 2025) melalui siaran televisyen selepas melihat anak bulan, berdasarkan cerapan di lokasi rasmi oleh pihak berkuasa falak.

Cuti Umum Hari Raya Aidilfitri 2025 di Malaysia

Berikut dikongsikan tarikh rasmi sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2025 berserta status cuti umum mengikut negeri;

Cuti Umum Hari Raya Aidilfitri 2025 di Malaysia
TARIKHHARICUTINEGERI
31 Mac 2025IsninHari Raya AidilfitriSemua Negeri
1 April 2025SelasaHari Raya Ke-2Semua Negeri
2 April 2025RabuHari Raya Ke-3Melaka sahaja


Hari Raya Aidilfitri merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan, maka semua negeri wajib memberikan cuti pada 1 & 2 Syawal.

Manakala Melaka sahaja memberikan cuti tambahan pada 3 Syawal (2 April 2025).

Cuti Panjang (Long Weekend) Hari Raya 4 Hari (Sabtu – Selasa)

Cuti Hari Raya Aidilfitri 2025 jatuh pada hari Isnin dan Selasa, membolehkan rakyat Malaysia menikmati cuti panjang selama 4 hari berturut-turut bermula dari Sabtu, 29 Mac hingga Selasa, 1 April 2025. 

Cuti Panjang 2025 Hari Raya AIdilfitri

Jadual Cuti Panjang Hari Raya Aidilfitri 2025

TarikhHariCatatan
29 Mac 2025SabtuHujung minggu
30 Mac 2025AhadHujung minggu
31 Mac 2025Isnin1 Syawal – Cuti Umum Raya
1 April 2025Selasa2 Syawal – Cuti Umum Raya

Perancangan awal amat penting bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dengan mengikut panduan dan arahan Lembaga Lebuhraya Malaysia serta PLUS Malaysia.

Lihat Smart Lane PLUS Raya 2025: Senarai Lokasi & Waktu Pengaktifan 

Cuti Tambahan KPM Untuk Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan cuti tambahan perayaan sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 bagi sekolah Kumpulan A dan B. 

Berikut adalah ringkasan tarikh cuti lengkap termasuk cuti hujung minggu:

Negeri Kumpulan A

Kedah, Kelantan & Terengganu adakah negeri bagi kumpula A:

HariTarikhJenis Cuti
Jumaat28 Mac 2025Cuti Hujung Minggu
Sabtu29 Mac 2025Cuti Hujung Minggu
Ahad30 Mac 2025Cuti Tambahan KPM
Isnin31 Mac 2025Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal)
Selasa1 April 2025Hari Raya Kedua (2 Syawal)
Rabu2 April 2025Cuti Tambahan KPM
Khamis3 April 2025Cuti Tambahan KPM
Jumaat4 April 2025Cuti Hujung Minggu
Sabtu5 April 2025Cuti Hujung Minggu
Jumlah Cuti Sekolah Kumpulan A: 9 hari berturut-turut
Tambahan Cuti Perayaan KPM 2025 2026

Negeri Kumpulan B

Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP KL, WP Putrajaya, WP Labuan adalah Negeri Kumpulan B

HariTarikhJenis Cuti
Sabtu29 Mac 2025Cuti Hujung Minggu
Ahad30 Mac 2025Cuti Hujung Minggu
Isnin31 Mac 2025Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal)
Selasa1 April 2025Hari Raya Kedua (2 Syawal)
Rabu2 April 2025Cuti Tambahan KPM
Khamis3 April 2025Cuti Tambahan KPM
Jumaat4 April 2025Cuti Tambahan KPM
Sabtu5 April 2025Cuti Hujung Minggu
Ahad6 April 2025Cuti Hujung Minggu

Jumlah Cuti Sekolah Kumpulan B: 9 hari berturut-turut

Kebiasaannya, pihak sekolah akan mengeluarkan notis atau memo rasmi kepada ibu bapa bagi memaklumkan tarikh cuti Hari Raya Aidilfitri serta tarikh mula sesi persekolahan semula selepas cuti.

Surat dan memo cuti sekolah hari raya

10 Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri Yang Dianjurkan

  1. Menghidupkan malam raya – Beribadah, solat sunat, membaca al-Quran dan berdoa sepanjang malam.
  2. Mandi sunat Hari Raya – Dilakukan sebelum solat Aidilfitri sebagai simbol penyucian diri zahir dan batin.
  3. Mengemas dan mencantikkan diri – Memotong kuku, mencukur bulu, merapikan rambut dan memakai minyak wangi.
  4. Memperbanyakkan takbir – Bermula selepas maghrib malam raya hingga sebelum solat Aidilfitri.
  5. Memakai pakaian terbaik – Tidak semestinya baharu, tetapi yang bersih, sopan dan elok.
  6. Berwangi-wangian dan berhias – Disunatkan untuk lelaki, wanita pula berhias sederhana.
  7. Bersarapan sebelum solat Aidilfitri – Sunnah makan kurma dalam bilangan ganjil sebagai tanda tidak lagi berpuasa.
  8. Menunaikan solat Hari Raya – Digalakkan secara berjemaah di masjid atau dilakukan sendiri jika perlu.
  9. Pergi dan pulang ikut laluan berbeza – Sunnah Nabi SAW untuk menyebarkan salam dan bertemu lebih ramai orang.
  10. Mengucapkan tahniah & Selamat Hari Raya – Contoh: “Taqabbalallahu minna wa minkum” atau “Selamat Hari Raya Aidilfitri”.
10 Amalan sunnah Hari Raya Aidilfitri (infografik JAKIM)

Tradisi Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan paling utama bagi umat Islam selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Ia disambut dengan penuh kegembiraan, kesyukuran dan semangat kekeluargaan di seluruh pelosok Malaysia.

Seawal pagi 1 Syawal, umat Islam akan menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau. Seterusnya, mereka saling bermaaf-maafan dengan ahli keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan. Juadah tradisional seperti ketupat, rendang, lemang dan kuih-muih menjadi hidangan utama di setiap rumah.

Antara budaya unik di Malaysia ialah amalan ziarah-menziarahi, pemberian duit raya kepada kanak-kanak, dan rumah terbuka yang mengukuhkan semangat perpaduan antara kaum dan agama.

Selain menjadi hari kemenangan bagi umat Islam, Aidilfitri juga menjadi waktu paling dinanti untuk pulang ke kampung halaman, mengukuhkan silaturahim dan menyambung warisan tradisi Melayu yang kaya dan bermakna.

Baca juga:

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments