HomeKewanganBiasiswa Kijang Bank Negara (BNM): Syarat & Cara Memohon

Biasiswa Kijang Bank Negara (BNM): Syarat & Cara Memohon

Biasiswa Kijang Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan salah satu peluang pendidikan yang sangat berprestij dan dicari-cari oleh pelajar cemerlang di Malaysia. 

Ia direka untuk membantu pelajar mencapai impian mereka melanjutkan pengajian ke peringkat pra-universiti di institusi pendidikan yang terpilih dan diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia.

Penerima Biasiswa Kijang BNM akan memperoleh akses ke universiti terkemuka seperti dalam senarai yang diluluskan BNM, untuk mendapat pengalaman belajar yang terbaik, dalam bidang Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Sains Data, Undang-undang, dan Sains Komputer.

Jangan lepaskan peluang untuk memohon dan menjadi sebahagian daripada penerima biasiswa yang berprestij ini.

Apa Itu Biasiswa Kijang Bank Negara?

Biasiswa Kijang adalah biasiswa yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada pelajar Malaysia yang menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang dan potensi kepimpinan yang tinggi. 

Biasiswa Kijang dianugerahkan kepada individu yang layak untuk mengikuti program prauniversiti di kolej prauniversiti yang telah diluluskan oleh BNM. Biasiswa ini akan membiayai yuran pembelajaran, elaun sara hidup dan elaun-elaun lain yang berkaitan dengan biasiswa. 

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka mulai  20 Mei sehingga 9 Jun 2024.

Permohonan selepas tarikh tutup yang dinyatakan tidak akan diterima.  Sekiranya anda memenuhi keperluan minimum, anda sangat digalakkan untuk memohon pada tahun hadapan.

Syarat-syarat Permohonan

Untuk layak memohon Biasiswa Kijang Bank Negara, calon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Keputusan Akademik Cemerlang: Mendapat minimum 8A (A dan A+ sahaja) dalam peperiksaan SPM 
  • Kepimpinan dan Aktiviti Kokurikulum: Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mantap, keupayaan bekerja dalam kumpulan dan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum
  • Kemahiran Interpersonal: Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik 
  • Usia: Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2024

Syarat Biasiswa

Selepas tamat pengajian, penerima biasiswa dikehendaki berkhidmat dengan Bank Negara Malaysia mengikut nisbah satu tahun pengajian bersamaan dengan dua tahun tempoh perkhidmatan di Bank.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui pautan di laman web Bank Negara berikut;

https://www.bnm.gov.my/careers/scholarships

Tajaan Biasiswa

Biasiswa Kijang meliputi pelbagai bentuk tajaan untuk memastikan penerima dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian mereka. Tajaan yang disediakan termasuk:

  • Yuran Pengajian: Semua yuran pengajian di kolej pra-universiti yang diluluskan akan ditanggung sepenuhnya.
  • Tiket Penerbangan:  Tiket penerbangan pergi balik disediakan  (hanya kepada pelajar luar negara)
  • Elaun Sara Hidup: Penerima biasiswa akan menerima elaun sara hidup bulanan untuk menampung kos kehidupan harian.
  • Elaun-elaun Lain: Biasiswa ini juga meliputi elaun-elaun lain yang berkaitan dengan biasiswa.

Bidang Tajaan

Biasiswa Kijang menyokong pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan urusan dan aktiviti teras Bank iaitu 

  • Ekonomi
  • Perakaunan
  • Kewangan
  • Sains Aktuari
  • Matematik
  • Statistik
  • Sains Data
  • Undang-undang
  • Sains Komputer

Jumlah Biasiswa

Jumlah biasiswa yang ditawarkan setiap tahun adalah berbeza kerana bergantung pada kualiti permohonan yang diterima dan kesesuaian pemohon bagi setiap kategori.

Info dan Maklumat lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila e-melkan soalan anda kepada [email protected]

Rujuk laman web https://www.bnm.gov.my/careers/scholarships untuk info dan maklumat lanjut berkaitan biasiswa ini.

Sumber: Bank Negara Malaysia

FAQ (Soalan Lazim)

Berikut adalah beberapa soalan lazim berkaitan Biasiswa Kijang BNM;

Siapakah yang layak memohon Biasiswa Kijang Bank Negara?

Pelajar Malaysia yang memperoleh sekurang-kurangnya 8A (A dan A+ sahaja) dalam peperiksaan SPM, berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai tahun permohonan, aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, kemimpinan dan mempunyai kemahiran interpersolan

Apakah yang termasuk dalam tajaan Biasiswa Kijang?

Biasiswa ini akan membiayai yuran pembelajaran, elaun sara hidup dan elaun-elaun lain yang berkaitan dengan biasiswa. 

Bagaimana cara untuk memohon Biasiswa Kijang?

https://www.bnm.gov.my/careers/scholarships

Adakah Biasiswa Bank terhad kepada bidang tertentu sahaja?

Bidang pengajian pemohon perlu berkaitan dengan urusan dan aktiviti teras Bank: Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Undang-undang, Sains Data dan Sains Komputer.

Berapa lama penerima biasiswa perlu berkhidmat dengan Bank Negara Malaysia selepas tamat pengajian?

Penerima biasiswa dikehendaki berkhidmat dengan Bank Negara Malaysia mengikut nisbah satu tahun pengajian bersamaan dengan dua tahun tempoh perkhidmatan di Bank.

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments