HomeInfoLive Badminton Separuh Akhir Olimpik Aaron Chia - Soh Wooi Yik

Live Badminton Separuh Akhir Olimpik Aaron Chia – Soh Wooi Yik

Badminton Separuh Akhir Olimpik 2024 Aaron Chian – Soh Wai Yik: Info Siaran Langsung & Live Streaming Secara Percuma (Free) Pasangan Negara Menentang Beregu China.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir selepas menumbangkan beregu no 5 dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 13-21 21-14 21-16 di suku akhir

Beregu utama lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, berjaya mara ke separuh akhir di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan mempamerkan aksi cemerlang dalam masa 59 minit.

Wakil beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan turun membuat perhitungan menentang pilihan pertama dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam aksi separuh akhir badminton Sukan Olimpik Paris 2024, pada 2 Ogos 2024.

Berikut merupakan info siaran langsung percuma yang anda boleh tonton secara live streaming di Astro atau RTM Klik.

Jadual Separuh Akhir Badminton Beregu Lelaki Negara 

Jadual Badminton Olimpik 2024 Separuh Akhir
Kemaskini Undian #SukanOlimpik #Paris2024 Separuh Akhir | Beregu Lelaki

Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan bertemu pasangan China Liang Wei Keng-Wang Chang  di separuh akhir pada; 

  • Tarikh: 2 Ogos 2024 (Jumaat)
  • Masa: Perlawanan di jangka bermula 4.50 tertakluk kepada perubahan
  • Venue: Aréna Porte de La Chapelle

Live Badminton Beregu Lelaki Separuh Akhir Olimpik 2024

Separuh akhir beregu utama lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menentang Liang Weikeng dan Wang Chang  boleh ditonton secara langsung saluran TV Okey dan Sukan TV RTM.

Selain itu, semifinals badminton ini juga boleh ditonton secara live streaming melalui aplikasi RTM Klik;

Astro juga turut menyiarkan perlawanan  ini secara langsung menerusi Stadium Astro secara percuma di sini.

Anda juga boleh strim melalui Astro, Astro GO dan Sooka.

Sekiranya Menang Separuh Akhir

Sekiranya Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menang menentang pasangan China, Liang Weikeng dan Wang Chang, mereka akan memastikan sekurang-kurangnya satu pingat dan seterusnya memburu pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024.

Jika mereka berjaya mara ke perlawanan akhir, mereka akan bertemu dengan salah satu daripada pasangan berikut:

  1. Anders Skaarup Rasmussen dan Kim Astrup dari Denmark.
  2. Lee Yang dan Wang Chi-Lin dari Taiwan.

Ayuh sama-sama kita memberi sokongan kepada pasukan tanah air kita untuk mencapai impian pingat emas pertama Sukan Olimpik.

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments