HomeKewanganBantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT) Negeri Kedah

Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT) Negeri Kedah

Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT) merupakan inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk membantu pesakit kronik dan terlantar. 

Bantuan ini menyediakan kewangan sebanyak RM500.00 secara sekaligus kepada pesakit atau penjaga mereka. 

Jika anda atau seseorang yang anda kenali memenuhi syarat yang ditetapkan, ambillah peluang untuk memohon bantuan ini.

Pengenalan Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT)

Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman menyediakan bantuan kewangan berjumlah RM500.00 secara sekaligus kepada:

  1. Setiap Pesakit Kronik; 
  2. Penjaga kepada Pesakit Kronik; 
  3. Pesakit Kronik Terlantar; atau 
  4. Pesakit Kronik OKU Terlantar.
Pengenalan Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT)

Syarat Permohonan

Untuk memastikan bantuan ini disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, terdapat beberapa syarat permohonan yang telah ditetapkan:

  1. Warganegara Malaysia dan Bermastautin di Negeri Kedah
    • Pemohon mesti merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Kedah. Ini bertujuan memastikan bantuan ini diberikan kepada rakyat Kedah yang memerlukan.
  2. Pesakit Kronik atau Pesakit Terlantar
    • Pesakit kronik adalah mereka yang mengalami penyakit yang berterusan dan tidak boleh diubati atau dipulihkan sehingga menyebabkan kehilangan mata pencarian.
    • Pesakit terlantar pula adalah mereka yang memerlukan rawatan susulan dan memerlukan penjagaan berterusan.
  3. Menghidapi Penyakit Kronik
    • Pesakit yang menghidapi penyakit kronik yang memerlukan penjagaan atau pengawasan yang berterusan.
Iklan Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT)

Dokumen yang Diperlukan

Untuk memastikan permohonan diproses dengan lancar, pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
  2. Salinan Kad Pengenalan Pesakit (sekiranya pemohon adalah penjaga);
  3. Salinan Kad OKU / Slip Pendaftaran Sementara OKU (jika perlu);
  4. Laporan Perubatan / Memo Pegawai Perubatan daripada Hospital / Klinik Kesihatan Kerajaan;
  5. Salinan Bil Utiliti seperti bil air/elektrik;
  6. Penyata Akaun Bank terkini yang mash aktif; DAN
  7. Gambar berwarna pemohon/pesakit (sekiranya pemohon adalah penjaga).

Cara Permohonan

Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan di beberapa lokasi berikut:

  • Semua Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
  • Semua Pejabat Penghulu Mukim
  • Semua Pusat Khidmat Wakil Rakyat / Penyelaras DUN

Borang permohonan juga boleh boleh dicetak sebagaimana yang disediakan di bawah;

Borang Permohonan Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT)

Setelah mengisi borang, pemohon perlu menyerahkannya bersama dokumen yang diperlukan.

Senarai Penyakit Kronik

Berikut merupakan senarai penyakit kronik sebagaimana yang dimaksudkan

  1. Kanser
  2. Serangan Jantung
  3. Pulmonary Hypertension
  4. Sakit Buah Pinggang Yang Kronik
  5. Sakit Hati (Liver) Yang Kronik
  6. Fulminant Viral Hepatitis
  7. Kecederaan Di Kepala Disebabkan Kemalangan
  8. Tumor Dan Kecacatan Pembuluh Darah Di Otak
  9. Melepuh Dan Melecur Kerana Kebakaran
  10. Pemindahan Organ Utama
  11. Penyakit Parkinson
  12. Penyakit HIV Dan AIDS
  13. Pemindahan Kaki Dan/Atau Tangan
  14. Semua Jenis Penyakit Selain Daripada Yang Disenaraikan Di Atas Tetapi Disenaraikan/Disahkan Sebagai Penyakit Kronik Oleh Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) / Doktor Perubatan Hospital/Klinik Kerajaan.
  15. Seperti Yang Diperakui Oleh Jawatankuasa BSPT

Huraian kepada penyakit kronik ini, boleh rujuk pada lampiran di bawah;

Senarai Penyakit Kronik 1
Senarai Penyakit Kronik 2

Info dan Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT) boleh diperolehi di pejabat kebajikan masyarakat daerah atau pusat khidmat wakil rakyat berhampiran.

Sumber: Warta Kedah


Artikel Berkaitan;

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments