HomePendidikanContoh Aktiviti Kemerdekaan Prasekolah Untuk Tadika dan Pasti

Contoh Aktiviti Kemerdekaan Prasekolah Untuk Tadika dan Pasti

Sambutan kemerdekaan di prasekolah dengan pelbagai aktiviti adalah satu cara yang menyeronokkan dan mendidik untuk memperkenalkan konsep patriotisme kepada kanak-kanak. 

Memperkenalkan konsep kemerdekaan kepada kanak-kanak prasekolah adalah penting untuk membina asas yang kukuh tentang sejarah dan budaya negara. 

Melalui aktiviti kemerdekaan, kanak-kanak dapat mempelajari nilai-nilai penting seperti kebanggaan terhadap negara, semangat kerjasama, dan penghargaan terhadap perjuangan kemerdekaan.

Contoh Aktiviti Kemerdekaan Pra Sekolah Yang Sesuai

Untuk memudahkan gambaran dan perancangan, aktiviti ini boleh dirancang berdasarkan tema seperti berikut;

  1. Aktiviti Seni dan Kraf
  2. Aktiviti Muzik dan Pergerakan
  3. Permainan Kreatif dan Pembelajaran
  4. Aktiviti Penggalak Kreativiti dan Imaginasi
  5. Aktiviti outdoor

Penjelasan aktiviti lengkap dijelaskan di bawah tentang bagaimana tema ini boleh dikembangkan.

Tema Hari Kebangsaan 2024

Tema Hari Kebangsaan tahun ini ialah “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka”

Contoh penjelasan tema kepada murid-murid:

  • Malaysia Madani bermaksud kita semua mahu negara kita menjadi tempat yang aman, damai, dan penuh kasih sayang.
  • Jiwa Merdeka bermaksud kita mempunyai semangat kebebasan dan keberanian.

Penjelasan penuh juga boleh diberikan berdasarkan infografik di bawah;

Penjelasan Tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 Malaysia Madani jiwa merdeka

Kepentingan Aktiviti Kemerdekaan Di Prasekolah

  • Pembelajaran Sejarah dan Patriotisme: Membantu kanak-kanak memahami sejarah kemerdekaan dan menghargai negara.
  • Pengembangan Kemahiran Sosial: Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerjasama melalui aktiviti berkumpulan.
  • Peningkatan Kreativiti: Menggalakkan penggunaan imaginasi dan kreativiti dalam menghasilkan kraf dan seni.
  • Kesihatan Fizikal: Aktiviti seperti larian dan permainan tradisional menggalakkan kanak-kanak bergerak aktif dan sihat.
  • Kesedaran Budaya: Mengenalkan kanak-kanak kepada budaya dan warisan Malaysia melalui tarian dan permainan tradisional.
  • Rasa Bangga dan Identiti: Membina rasa bangga terhadap identiti sebagai rakyat Malaysia dan mengukuhkan semangat kebangsaan.

1. Membuat Bendera Malaysia 

<img decoding=
Kredit Taska Genius Addin

Untuk memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan di prasekolah, aktiviti membuat bendera Malaysia boleh dilakukan. 

Objek membuat bendera Malaysia;

  • Kanak-kanak dapat mengenali bendera Malaysia
  • Kanak-kanak boleh mengenalpasti warna-warna yang terdapat pada bendera Malaysia
  • Kanak-kanak boleh meningkatkan kreativiti dengan membuat jalur gemilang.

Kanak-kanak akan diberikan kertas warna merah, putih, biru, dan kuning, serta straw dan gam. Mereka akan dibimbing untuk memotong dan menyusun kertas warna mengikut susunan Jalur Gemilang, kemudian melekatkan kertas-kertas tersebut dengan gam pada straw yang berfungsi sebagai tiang bendera

2 Mencanting Batik

Tadika atau sekolah boleh mencipta kelainan dengan menzahirkan semangat patriotik dengan melakukan aktiviti mencanting batik berasaskan warna bendera kebangsaan sebagaimana contoh yang dibuat oleh murid Tadika Seri Permai, Pelindung Kuantan.

3. Topi Atau Hias Kepala Kemerdekaan

Cikgu-cikgu juga boleh mencadangkan aktiviti kemerdekaan seperti membuat topi bertemakan kemerdekaan. 

Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membantu kanak-kanak mengenal simbol-simbol negara dan mengembangkan kemahiran motorik halus mereka.

Mereka diberikan bahan kraf seperti kertas warna merah, putih, biru, dan kuning, gunting, gam, dan hiasan seperti bintang dan bulan sabit.Kemudian, bimbing mereka untuk memotong kertas mengikut bentuk topi yang diinginkan. 

Kanak-kanak boleh menghiasi topi dengan hiasan bintang dan bulan sabit yang telah dipotong dari kertas warna lain, serta menggunakan pen warna dan pelekat. 

Setelah topi siap dihias, bantu kanak-kanak memasang tali atau jalur kertas di bahagian bawah topi untuk memudahkan mereka memakainya.

4. Kolaj Kemerdekaan

Kolaj kemerdekaan juga adalah aktiviti menarik untuk sambutan Hari Kemerdekaan di prasekolah. Aktiviti ini membantu kanak-kanak mengenal simbol-simbol negara dan mengembangkan kreativiti mereka.

Mereka diberikan kertas warna berdasarkan simbol-simbol negara seperti;

  1. bunga raya 
  2. Wau
  3. Menara Kembar Petronas (KLCC):
  4. Bunga Rafflesia
  5. Harimau Belang (Harimau Malaya)
  6. Burung Kenyalang
  7. Songket

Kemudian, bimbing mereka untuk memotong gambar-gambar simbol ini dari kertas warna.

Kanak-kanak boleh menghiasi kertas besar dengan gambar-gambar simbol negara yang telah dipotong, menyusunnya mengikut kreativiti masing-masing. Setelah kolaj siap dihias, bantu kanak-kanak memasang kolaj tersebut di dinding kelas untuk dipamerkan.

4. Tarian Tradisional

<img loading=

Tarian tradisional adalah aktiviti menarik untuk sambutan Hari Kemerdekaan di prasekolah. Aktiviti ini membantu kanak-kanak mengenal budaya dan warisan negara serta meningkatkan kemahiran motorik mereka.

Aktiviti Tarian Tradisional:

  • Pilih beberapa tarian tradisional yang mudah seperti Zapin, Joget, dan Tarian Sumazau.
  • Sediakan pakaian tradisional atau aksesori tarian yang sesuai untuk kanak-kanak.
  • Putarkan lagu-lagu tradisional yang berkaitan dengan tarian yang dipilih.
  • Bimbing mereka untuk mengikuti langkah-langkah tarian dengan menunjukkan gerakan yang mudah difahami.
  • Kanak-kanak boleh menari bersama-sama dalam kumpulan kecil atau secara individu, mengikut kreativiti masing-masing.
  • Setelah sesi tarian selesai, beri peluang kepada kanak-kanak untuk mempersembahkan tarian mereka kepada rakan-rakan atau ibu bapa semasa sambutan Hari Kemerdekaan.

Selain menyeronokkan, aktiviti ini juga dapat membantu kanak-kanak memahami dan menghargai keindahan budaya tradisional Malaysia.

5. Nyanyian Lagu Patriotik

Nyanyian lagu patriotik juga adalah idea dan contoh menarik sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. 

Aktiviti ini membantu kanak-kanak mengenal dan menghargai lagu-lagu kebangsaan serta meningkatkan semangat patriotisme mereka.

Pilih beberapa lagu patriotik yang mudah dan sesuai seperti “Negaraku,” “Tanggal 31,” dan “Jalur Gemilang.”

Lagu-lagu patriotik lain yang mudah untuk kanak-kanak 5-6 tahun:

  • Saya Anak Malaysia
  • Keranamu Malaysia
  • Sejahtera Malaysia
  • Setia
  • Perajurit Tanah Air (Inilah Barisan Kita)
  • Malaysia Prihatin

Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membantu kanak-kanak memahami dan menghargai nilai-nilai patriotisme melalui lagu-lagu kebangsaan Malaysia

6. Perarakan Kemerdekaan Mini

Perarakan kemerdekaan mini merupakan aktiviti yang menarik sempena sambutan Hari Kemerdekaan di prasekolah. Aktiviti ini membolehkan kanak-kanak memahami konsep patriotisme dan kerjasama melalui pengalaman praktikal.

Aktiviti Perarakan Kemerdekaan Mini:

  • Berikan setiap kanak-kanak bendera kecil Malaysia untuk dipegang semasa perarakan.
  • Bimbing mereka untuk berbaris dalam kumpulan kecil mengikut giliran.
  • Galakkan kanak-kanak memakai pakaian tradisional atau pakaian bertema bendera Malaysia.
  • Sediakan laluan perarakan yang selamat di sekitar kawasan sekolah atau di dalam kelas.
  • Putarkan lagu-lagu patriotik seperti “Negaraku” dan “Jalur Gemilang” semasa perarakan berlangsung.
  • Bimbing kanak-kanak untuk mengibarkan bendera dan menyanyi bersama lagu-lagu patriotik semasa perarakan.
  • Setelah perarakan selesai, beri peluang kepada kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman mereka dan mengambil gambar bersama sebagai kenang-kenangan.

Selain daripada menyeronokkan, ia juga membantu kanak-kanak menghargai semangat kemerdekaan serta membina rasa bangga terhadap negara.

7. Permainan Puzzel Bendera Malaysia

Selain itu, permainan puzzel bendera adalah aktiviti yang menarik dan mendidik untuk sambutan Hari Kemerdekaan di prasekolah. 

Aktiviti ini membantu kanak-kanak mengenal bentuk dan warna bendera Malaysia sambil meningkatkan kemahiran motorik halus mereka.

Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membantu kanak-kanak memahami dan menghargai simbol-simbol negara sambil mengembangkan kemahiran kognitif dan sosial mereka

8. Bina Model Bangunan Ikonik atau Bersejarah

@syafina_in

Hasil replika Menara Bekembar KLCC sempena pertandingan Mencipta Replika Mercu Tanda Malaysia Tadika Ros Intelek 💞 #Merdeka2023 #twintowers #Malaysia #Replika #ciptakenangan #MenaraKlcc

♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Bina model bangunan ikonik dan bersejarah adalah aktiviti yang sangat popular sempena sambutan Hari Kemerdekaan di prasekolah. 

Selain daripada mengenali bangunan bersejarah dan ikonik, kanak-kanak dibimbing menggunakan bahan kitar semula seperti kertas, botol plastik, dan kotak untuk membina model bangunan tersebut.

Aktiviti Bina Model Bangunan Ikonik atau Bersejarah:

  • Pilih bangunan bersejarah atau ikonik seperti Menara KL, Istana Negara, atau Kota A Famosa.
  • Sediakan bahan kitar semula seperti kertas, botol plastik, dan kotak.
  • Berikan setiap kanak-kanak atau kumpulan bahan yang diperlukan dan alat seperti gunting, gam, dan pen warna.
  • Bimbing mereka untuk merancang dan membina model bangunan menggunakan bahan kitar semula.
  • Galakkan mereka untuk menghias model dengan kreatif, menambah butiran dan warna yang sesuai.
  • Setelah model siap, kanak-kanak boleh mempersembahkan hasil kerja mereka dan berkongsi tentang bangunan yang mereka bina.

Aktiviti ini dapat meningkatkan kesedaran tentang warisan sejarah dan menggalakkan kreativiti serta kemahiran kerjasama. Selain itu, ia juga membantu mengembangkan kemahiran motorik halus dan kefahaman kanak-kanak mengenai kepentingan kitar semula dan pemeliharaan alam sekitar.

9. Permainan Tradisional

Permainan tradisional boleh juga dicadangkan bersempena sambutan ini.

Bermain permainan seperti congkak dan batu seremban yang berkait rapat dengan budaya Malaysia membantu kanak-kanak memahami dan menghargai warisan budaya negara. Ia juga dapat meningkatkan kemahiran sosial, koordinasi tangan-mata, dan pemikiran kritis mereka.

Contoh permainan tradisional yang boleh dimainkan adalah seperti congkak, batu seremban, atau lain-lain permainan yang bersesuaian dengan kreativiti masing-masing. Guru-guru boleh membimbing Bimbing mereka tentang cara bermain dan peraturan permainan tradisional ini. 

Aktiviti ini boleh disertakan dengan cerita pendek tentang asal-usul permainan tradisional tersebut untuk menambah pengetahuan mereka.

10. Larian Kemerdekaan

​​Aktiviti larian kemerdekaan atau sukaneka bertemakan hari kebangsaan boleh dicadangkan.

Namun ia memerlukan perancangan rapi. Guru-guru perlu bersedia dengan cuaca yang terlalu panas, jerubu  atau hujan. Sebagai alternatif, ia boleh diadakan aktiviti ini dalam dewan atau ruang tertutup.

Untuk aktiviti ini, iai boleh diadakan secara santai yang dapat menggalakkan semangat berpasukan sertia meningkatkan kesihatan fizikal murid-murid.

Cikgu juga boleh memberi pengiktirafan kepada kanak-kanak yang menunjukkan semangat tinggi dan kerjasama yang baik.

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments