Idea dan Contoh Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025 / 1446 Hijrah.
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang penuh bermakna, menandakan kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa serta kembali kepada fitrah yang suci.
Dengan penggunaan media elektronik yang semakin meluas, ucapan atau pantun raya dapat mengeratkan hubungan persaudaraan dan persahabatan sesama kita.
Aplikasi seperti WhatsApp, Telegram, Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya memudahkan penyampaian ucapan anda
Berikut merupakan beberapa idea dan contoh ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Nak cari font sesuai untuk poster raya? lihat 10+ Font Jawi & Arab Canva Poster Raya 2025 (Cantik Sangat)
Ucapan Raya Umum & Popular
Berikut adalah contoh ucapan Idul Fitri 2025 yang popular selalu diucapkan ketika hari Raya ;
- Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025. Maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan yang berlaku.

- Salam Aidilfitri 1446H. Semoga Syawal ini membawa keberkatan dan kegembiraan buat semua.
- Di pagi Syawal yang mulia ini, saya susun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin.
- Aidilfitri datang lagi, mengukir senyum dan mengeratkan silaturrahim. Selamat Hari Raya!
- Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 2025. Moga setiap langkah kita diberkati Allah SWT.
- Salam lebaran dari hati yang ikhlas. Ampun maaf dipinta atas segala khilaf dan kata.
- Takbir Syawal berkumandang, tanda kemenangan menjelma. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H!
- Semoga Aidilfitri kali ini menghidupkan kasih sayang, melimpahkan rezeki, dan mengukuhkan persaudaraan.
- Raya bukan sekadar bergembira, tapi juga masa untuk memaafkan. Salam Aidilfitri!
- Selamat Hari Raya 2025. Semoga kita semua kembali kepada fitrah yang suci dengan jiwa yang tenang dan hati yang bersih.
“Taqabbalallahu Minna Wa Minkum” Ucapan Raya Islamik & Sunnah
Ucapan “Taqabbalallahu minna wa minkum” yang membawa maksud “Semoga Allah menerima (amal ibadah) kami dan kamu” merupakan amalan para sahabat Nabi Muhammad SAW ketika bertemu pada Hari Raya.
Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam karya beliau Fathul Bari, para sahabat saling mengucapkan doa ini sebagai simbol saling mendoakan agar amal ibadah masing-masing diterima Allah SWT.
Menariknya, ucapan ini bukan hanya terhad kepada Hari Raya Aidilfitri, bahkan turut diamalkan pada Hari Raya Aidiladha, mencerminkan keindahan dan fleksibiliti dalam tradisi Islam.
Selain ucapan tersebut, umat Islam juga boleh menggunakan pelbagai ucapan Selamat Hari Raya 2025 yang membawa mesej doa, kemaafan dan kasih sayang sesama insan
- Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita sepanjang Ramadhan yang lalu.
- Eid Mubarak. Semoga Syawal ini mengukuhkan iman, menyucikan hati dan mempererat ukhuwah sesama kita.
- Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H. Semoga kita kembali kepada fitrah yang suci dan diredhai Allah SWT.
- Ramadhan telah pergi, kini Syawal menjelma. Moga setiap amalan diterima dan segala dosa diampunkan.

- Kemenangan bukan sekadar berbaju baru, tetapi hati yang kembali tunduk kepada Allah. Salam Aidilfitri!
- Di pagi Syawal yang mulia ini, marilah kita panjatkan kesyukuran atas segala nikmat dan peluang memperbaiki diri.
- Semoga Aidilfitri ini menjadi titik mula perubahan ke arah hidup yang lebih bertaqwa dan penuh berkat.
- Taqabbal ya Kareem, ampuni kami ya Rahim. Salam Aidilfitri buat semua yang dirahmati Allah.
- Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 2025. Maaf zahir dan batin, moga kita terus dalam rahmat dan maghfirah-Nya.
- Eid Mubarak. Moga hari raya ini menjadi tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang kembali kepada fitrah.

Contoh Ucapan Raya untuk Pasangan / Kekasih 2025
Hari Raya Aidilfitri adalah saat istimewa untuk menyemai semula kasih sayang dan mengukuhkan hubungan antara pasangan, walau dekat atau berjauhan.
Ramai yang mencari ucapan selamat hari raya untuk kekasih sebagai ungkapan rindu dan permohonan maaf yang tulus, menjadikan Syawal lebih bermakna bersama insan tersayang.
- Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025, sayangku. Maafkan segala salah dan silap. Moga kasih kita kekal mekar hingga ke syurga.

- Syawal ini lebih bermakna kerana adanya dirimu di sisi. Taqabbalallahu minna wa minkum, cintaku.
- Maafkan aku jika pernah melukakan hatimu. Di pagi raya ini, aku hanya ingin menjadi yang terbaik untukmu. Selamat Hari Raya, cinta hatiku.
- Hari Raya pertama sebagai suami isteri. Alhamdulillah, Syawal kali ini penuh dengan makna. Selamat beraya bersama, sayang.
- Aidilfitri ini aku mohon ampun atas segala khilaf dan kekurangan. Moga cinta kita terus diberkati Allah SWT.
- Andai ada air mata mengalir, biarlah ia kerana bahagia kita bersama di hari yang mulia ini. Selamat Hari Raya, buah hati.
- Walau berjauhan di pagi raya, ingatlah hatiku sentiasa bersamamu. Semoga Allah mempertemukan kita segera. Selamat Hari Raya, kasihku.
- Cinta ini bukan hanya untuk hari ini, tapi selamanya. Maaf zahir dan batin, dan Selamat Hari Raya 2025 buat insan teristimewa.
- Biar Syawal menyatukan hati yang pernah terluka. Hari ini kita buka lembaran baru, bersama cinta dan harapan. Selamat Hari Raya, sayang.
- Selamat Hari Raya, cintaku. Moga hubungan ini sentiasa dalam redha-Nya, penuh kemaafan, dan kasih yang mendalam.
Lihat juga: “Bila Nak Kahwin?” 10 Jawapan Win Bila Ditanya Masa Balik Raya
Ucapan Hari Raya Kreatif & Pantun Raya 2025
Bagi mereka yang gemar berbahasa indah dan suka tampil unik di media sosial, ucapan hari raya kreatif menjadi pilihan untuk menonjolkan keistimewaan lebaran dalam gaya tersendiri. Sama ada dalam bentuk pantun, permainan kata, atau ayat puitis, ia mampu mencuri perhatian dan mencetuskan senyuman.
Ucapan seperti ini sangat sesuai untuk status WhatsApp, kapsyen Instagram atau e-kad digital. Gaya bahasanya santai, berirama dan kadangkala diselitkan dengan jenaka halus yang menyenangkan hati penerima.
Pantun Raya 2025

Malam tadi tidur nyenyak,
Bangun pagi sakit kepala;
Kalau nak bagi tak payahlah banyak,
Dapat warna purple pun jadila.
Kuih bangkit di atas dulang,
Air sirap di tepi pintu.
Raya menjelang hati pun riang,
Maaf kupinta setulus kalbu.
Bunga melur harum mewangi,
Indah tersusun di laman desa.
Andai ada salah silap diri,
Ampun dipinta seikhlas rasa.
Ucapan Hari Raya Kreatif
Raya bukan hanya tentang baju baru dan juadah lazat,
tapi tentang hati yang bersih, jiwa yang kembali dekat.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025. Maaf zahir dan batin.
Satu Syawal menjelang tiba, Takbir bergema mengegarkan jiwa, Sekiranya ada salah dan dosa, Ampun dipinta dihari mulia. Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, Whatsapp dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan di Aidil fitri. 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ • • ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ • •。★Hari Raya!★ 。* • ˚。 ° 。 ° ˛˚˛ * Π。˚ ˚ ˛ •˛•˚ *//~\。˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN… |
Selamat Hari Raya 2025!
Semoga raya kali ini tak cuma penuh juadah,
tapi juga penuh maaf dan kasih yang melimpah.

Raya ini biar sederhana,
asal penuh makna dan doa.
Moga Aidilfitri kali ini mendamaikan hati yang lama terluka.
Kalau tak sempat berziarah,
biarlah ucapan ini menjadi pengganti.
Maaf atas semua kekhilafan,
Selamat Hari Raya dari hati yang suci.
Ucapan Hari Raya Korporat & Untuk Pelanggan 2025
Hari Raya ialah masa terbaik untuk memperkukuh hubungan pelanggan. Ucapan yang sopan dan profesional mampu meningkatkan imej jenama dan hubungan jangka panjang.
Berikut adalah beberapa ucapan ringkas namun profesional
- Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025 daripada kami di [Nama Syarikat]. Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kejayaan yang berterusan untuk anda sekeluarga.
- Di kesempatan Syawal ini, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan anda. Salam Aidilfitri dan maaf zahir serta batin daripada seluruh warga [Nama Syarikat].
- Kami di [Nama Organisasi] mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H. Moga hubungan ini terus terjalin kukuh dengan penuh kepercayaan dan saling menghormati.

- Syawal menjelma, membawa sinar harapan baru. Terima kasih kerana terus menjadi sebahagian daripada perjalanan kami. Selamat Hari Raya dan maaf atas segala kekhilafan.
- Ucapan tulus ikhlas dari kami di [Nama Syarikat]: Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025. Moga segala urusan anda dipermudahkan dan dilimpahi rezeki berkat sepanjang tahun.
- Kami hargai kepercayaan anda sepanjang tahun ini. Semoga Aidilfitri memberi ketenangan dan kebahagiaan buat anda serta keluarga tercinta.
- Selamat Hari Raya daripada pasukan [Nama Syarikat]. Doa kami agar Syawal ini membawa kejayaan dalam setiap langkah dan ketenangan dalam setiap keputusan anda.
- Mewakili seluruh kakitangan [Nama Organisasi], kami ucapkan Salam Aidilfitri dengan harapan hubungan ini terus berbuah hasil yang bermanfaat buat kedua-dua pihak.
- Terima kasih kerana memilih kami sebagai rakan perniagaan anda. Salam Aidilfitri 2025 dan mohon maaf atas segala kekurangan. Kami komited untuk terus memberikan yang terbaik.
- Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesyukuran. Semoga kejayaan dan rezeki anda terus berkembang, seperti ukhuwah yang terjalin di antara kita.
Lihat Juga Idea Dekorasi Hiasan Hari Raya Pejabat, Sekolah & Open House
Eid Mubarak & Hari Raya Wishes 2025
Selain itu, anda juga boleh memberi ucapan Eid Mubarak kepada rakan-rakan bukan Melayu sebagai tanda silaturahmi dan toleransi budaya.
Ucapan ini bukan sahaja menunjukkan rasa hormat, malah dapat memperkukuh hubungan merentas kaum dan agama dalam suasana perayaan yang penuh harmoni.
- Eid Mubarak! May this blessed day bring peace, joy, and endless blessings to you and your loved ones.

- Wishing you and your family a joyful and meaningful Eid al-Fitr. May your days be filled with laughter and your heart with gratitude.
- As the crescent moon is sighted and Ramadhan ends, may Eid bring you peace, prosperity, and renewed faith. Eid Mubarak 2025!
- Selamat Hari Raya and Eid Mubarak from Malaysia! May the spirit of Syawal strengthen our bonds of friendship and understanding.
- To all our clients, colleagues and partners: Eid Mubarak. Thank you for your continued support and may this festive season bring us closer.
- Wishing you a wonderful Eid celebration. May forgiveness, love and unity fill your heart and your home.
- Happy Eid al-Fitr 2025! May your sacrifices during Ramadhan be accepted and rewarded with endless blessings.
- Let’s celebrate the beauty of forgiveness, faith and family. Eid Mubarak to you and everyone around you!
- Sending warm wishes on this special day. May this Eid mark a new beginning filled with peace and happiness.
- On this blessed day of Eid, may Allah’s light shine upon you and your family. Wishing you joy, health and barakah always.
Lihat Juga