HomePanduanPanduan Sukatan Masakan Open House untuk 30–50 Orang

Panduan Sukatan Masakan Open House untuk 30–50 Orang

Nak Buat Open House Tapi Tak Tahu Nak Masak Berapa Banyak… Ini Panduan Lengkap Bagi Sukatan Masaka Untuk 30-50 Orang!

Musim perayaan atau majlis rumah terbuka sering buat kita tertanya-tanya, “Berapa banyak nak masak kalau tetamu datang 30 atau 50 orang?” 

Bagi yang berpengalaman mungkin dah biasa, tapi untuk yang baru nak cuba, artikel ini akan bantu anda buat anggaran tepat agar tak terlebih atau terkurang. 

Lihat Juga: 88 Idea Menu Raya Rumah Terbuka & Open House Raya Office

Panduan Sukatan Masakan Open House

Jika anda merancang majlis makan-makan kecil seperti open house hari raya atau lain-lain untuk 30–50 orang, Puan Suhasnida Ismail berkongsikan adalah panduan sukatan asas masakan yang boleh dijadikan rujukan utama untuk merancang menu berikut;

Gambar masakan Open House 30-50 orang
Kredit Gambar: Suhasnida Ismail

1. Nasi (Putih / Minyak / Arab)

  • 1 orang: ½ cawan beras (±90g)
  • 20 orang: ±2 kg beras
  • 50 orang: ±5 kg beras

Nota: 1kg beras = ±3kg nasi. Jika banyak menu seperti laksa, mee atau kuih, 1kg cukup untuk 10–18 orang. Tetapi jika nasi menjadi menu utama, 1kg cukup untuk 10 orang sahaja.

2. Ayam (Masak Merah / Percik / Goreng)

  • 1 orang: 1 ketul sederhana
  • 20 orang: ±2 ekor ayam (potong 10–12 setiap ekor)
  • 50 orang: ±5 ekor ayam

Nota: Jika ayam bersaiz kecil, gandakan. Jika tiada lauk sampingan seperti daging atau ikan, lebihkan jumlah ayam. Jika banyak menu lain seperti bihun sup atau rendang, jumlah ini sudah mencukupi.

3. Daging (Rendang / Kurma / Gulai)

  • 1 orang: ±100g
  • 20 orang: ±2 kg
  • 50 orang: ±5 kg

Nota: Untuk menu berkuah seperti rendang atau gulai, 1kg daging boleh dimakan oleh 10 orang. Tetapi jika daging sahaja jadi menu utama, anggaran hanya 5 orang per kg.

4. Mee / Bihun / Kuetiau Goreng

  • 1 orang: ±80–100g mee mentah
  • 20 orang: ±2 kg
  • 50 orang: ±5 kg

Contoh: Mee goreng mamak, bihun Singapore, atau kuetiau goreng basah sesuai dijadikan hidangan tambahan atau variasi.

5. Sayur (Campur / Acar / Ulam)

  • 1 orang: ±50g
  • 20 orang: ±1–1.5 kg
  • 50 orang: ±3–4 kg

Contoh: Sayur campur goreng, acar timun nenas, atau ulam-ulaman dengan sambal belacan.

6. Air Minuman (Sirap / Teh Ais / Air Buah)

  • 1 orang: 1.5 cawan (±300ml)
  • 20 orang: ±6–8 liter
  • 50 orang: ±15–18 liter

Contoh: Air sirap pandan selasih, air teh ais limau, air tembikai segar.

7. Kuih / Pencuci Mulut

  • 1 orang: 2–3 biji kecil
  • 20 orang: ±60 biji
  • 50 orang: ±120–150 biji

Contoh: Kuih seri muka, kuih ketayap, donut mini, agar-agar koktel.

Contoh Pelan Menu Lengkap Untuk 30 Orang

  • Nasi minyak: 3kg beras
  • Ayam masak merah: 3 ekor ayam
  • Daging kurma: 2kg
  • Acar rampai: 1.5kg
  • Air sirap selasih: 9 liter
  • Kuih lapis & kuih bakar: 90 biji

Nota: Jika mahu lebih variasi, boleh tambah laksa, mee goreng atau bihun sup sebagai hidangan kedua.

Kesilapan Biasa Tuan Rumah Baru

  1. Masak terlalu banyak → sebab takut tak cukup, akhirnya banyak dibuang.
  2. Tak buat kiraan tetamu → anggaran terlalu umum.
  3. Terlupa kanak-kanak → portion dewasa tak sesuai untuk mereka.
  4. Kurang peralatan → senduk, mangkuk & sudu tak cukup.

Tips Tambahan Buat Tuan Rumah

  • Sediakan extra 10–15% untuk “top-up” jika ada tetamu tambah makan.
  • Jika ramai kanak-kanak, kurangkan portion nasi/sayur, lebihkan kuih & air.
  • Untuk menu berkuah, pastikan cukup mangkuk, senduk & tisu.
  • Simpan lebihan makanan dalam bekas bertutup untuk elak pembaziran.

Adab & Pesanan Buat Tetamu

  • Ambil makanan secukup rasa, jangan membazir.
  • Ingatkan anak-anak supaya ambil yang mereka makan sahaja.
  • Hormati tuan rumah yang bersusah payah menyediakan makanan.

“Sedih hati tuan rumah kalau tengok dalam tong sampah ada makanan yang masih elok tapi dibuang.”

Belajar Masak Menu Open House Dengan Kelas Online! Nak belajar masak lauk rumah terbuka yang confirm jadi dan disukai tetamu? Sertai kelas online bersama Kak Sue, lebih 30 jenis menu lengkap untuk beginner:

Lihat Juga

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments