Ini adalah maklumat penting bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 kategori bujang bagi tahun 2025.
Untuk bantuan STR Bujang ini, soalan yang sering ditanya adalah berapa jumlah yang diperoleh? Bilakah tarikh pembayaran, bagaimana cara membuat semakan dan sebagainya.
Oleh itu, sila baca maklumat berikut yang telah dikemaskini berdasarkan pengumuman rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan LHDNM.
Apakah STR 2025?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan tunai kerajaan di bawah Belanjawan MADANI bagi membantu rakyat berpendapatan rendah. Ia disalurkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kepada golongan isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.
Golongan Bujang merupakan antara kategori penerima bantuan ini selain daripada kategori isi rumah dan warga emas bujang / tiada pasangan.
Bagi tahun 2025, kerajaan mengumumkan bayaran STR akan dibuat sebanyak 4 kali setahun. Bagi kategori bujang, bayaran juga akan dibuat sebanyak 4 kali, berbanding tahun-tahun sebelumnya yang hanya melibatkan 3 kali bayaran setahun.
Tarikh Bayaran STR Bujang Fasa 2 (2025)

Bayaran STR Fasa 2 akan bermula
- Tarikh: 24 Mac 2025 (Isnin)
- Kaedah:
- Dikreditkan ke akaun bank penerima
- Tunai di BSN bagi yang tiada akaun bank (termasuk Sabah & Sarawak)
Walaupun tarikh rasmi pembayaran STR Fasa 2 adalah pada 24 Mac 2025, Namun, Bank Simpanan Nasional (BSN) dilaporkan antara bank terawal membuat bayaran.
Seorang pengguna Facebook Raja Raziq telah berkongsi satu tangkap layar yang menunjukkan bayaran STR 2025 Fasa 2 berjumlah RM150 telah dikreditkan ke akaun BSN beliau seawal 22 Mac 2025, jam 2:44 petang – lebih awal daripada tarikh rasmi yang diumumkan iaitu pada 24 Mac 2025.

Jumlah Bayaran
Jumlah bayaran untuk kategori bujang bagi Fasa 2 STR 2025 adalah sebanyak RM150, seperti yang diumumkan oleh LHDNM.

Untuk makluman, kadar bayaran STR 2025 adalah berdasarkan kelayakan penerima yang telah diluluskan mengikut fasa permohonan masing-masing.
Jumlah bayaran maksimum kategori bujang keseluruhan tahun ini kekal sebanyak RM600.
Mulai tahun 2025 juga, penerima STR yang layak berpeluang menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk bantuan barangan asas dapur secara tanpa tunai.
Kategori bujang termasuk dalam penerima SARA dengan jumlah bantuan sehingga RM600.

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), semakan secara online boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;
- Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/
- Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
- Langkah 3 – Klik SEMAK STATUS
Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;
- Status – Layak
- Jumlah baki terkini
- Nama
- Nombor MyKad
- Program bermula
- Program berakhir
Cara Semakan Status STR Fasa 2 2024
Semakan status STR Fasa 2 boleh dibuat melalui mana-mana kaedah-kaedah berikut;
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM
- Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran.
Cara Semakan Online Melalui Portal MySTR
Berikut adalah cara untuk membuat semakan status STR fasa 2 2024 melalui Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Langkah 1 – Klik log masuk MySTR
- Langkah 2 – Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Langkah 3 – Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Langkah 4 – Masukkan Kata Laluan
- Langkah 5 -Klik Semakan Status
- Langkah 6 – Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Maklumat pembayaran bagi mereka yang layak STR Fasa 2 , data yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;
- Tarikh Kredit
- No.Pengenalan Akaun Dikredit
- Nama Fasa
- Jumlah Dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- No Akaun
- Kod Tidak Berjaya
- Tarikh Tunai
Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login
Untuk makluman, kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat yang anda masukkan sebelum ini.
Sekiranya terlupa password MySTR, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut;
> Klik terlupa kata laluan
> Klik semakan
- Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan STR 2023;
- Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan STR dan klik seterusnya
- Kata laluan sementara akan diemelkan pada emel yang didaftarkan
- Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
- Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu
- Tidak mempunyai e-mel /e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada STR 2023 / e-mel tidak sah
- Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
- Sahkan kata kunci keselamatan
- Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.
- Masukkan Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan
Untuk makluman, sekiranya anda tersilap menjawab kata laluan setelah 3 kali percubaan diberikan. ID permohonan akan disekat.
Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline BKK 1-800-88-2747 atau hadir ke Pejabat HASiL.
Cara Bayaran STR Fasa 2 (2025)
Kaedah pembayaran STR Fasa 2 akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 24 Mac 2025 (Isnin). Bayaran akan:
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar dalam pangkalan data STR; atau
- Dibayar secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank, termasuk penerima di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman.
Penerima dinasihatkan untuk membuat semakan akaun melalui perbankan internet myBSN atau mesin ATM BSN untuk pengesahan transaksi.
Kelayakan Penerima STR Bujang Fasa 2 2024
Permohonan STR 2024 yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.
Pembayaran STR Fasa 2 2025 Melalui BSN
Pembayaran STR Fasa 2 melalui BSN akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 24 Mac 2025 (Isnin). Pengkreditan ke dalam akaun BSN akan dilakukan berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.
Penerima dinasihatkan untuk menyemak status bayaran melalui perbankan internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN. Akses ke perbankan myBSN boleh dibuat melalui portal rasmi berikut:
https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bayaran tunai akan turut dilakukan mulai 24 Mac 2025 di seluruh cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman. Penerima perlu membawa Kad Pengenalan asal untuk tujuan pengesahan.
Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.
Sekiranya memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.

Syarat Kelayakan Bantuan STR Bujang 2025
Kelayakan bagi kategori bujang tahun 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
- Berumur antara 21 hingga 59 tahun bagi individu bujang, dan 19 hingga 59 tahun bagi individu bujang OKU
- Bukan pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS)
Permohonan Baharu STR 2025
Permohonan Baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dibuka kepada individu yang belum pernah berdaftar dalam pangkalan data STR atau perlu membuat kemas kini maklumat penting, seperti status perkahwinan, bilangan anak, pendapatan atau maklumat akaun bank.
Kerajaan melalui Belanjawan MADANI membuka pendaftaran STR 2025 secara sepanjang tahun, berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya yang terhad kepada tempoh tertentu sahaja.
Ini bertujuan untuk memberi peluang lebih ramai rakyat Malaysia yang layak untuk menerima bantuan.
Siapa Perlu Buat Permohonan Baharu?
- Individu yang tidak pernah menerima STR sebelum ini
- Individu bujang yang baru cukup syarat umur atau pendapatan
- Pasangan baru berkahwin / ibu bapa tunggal
- Penerima lama yang pernah tidak lulus dan ingin memohon semula
- Mereka yang mengalami perubahan maklumat penting (contoh: bilangan anak, pendapatan isi rumah)
Kaedah Permohonan
Terdapat dua cara untuk membuat permohonan baharu STR 2025:
- Secara Dalam Talian
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Secara Manual (Penghantaran Borang)
- Hadir ke:
- Pejabat LHDNM
- Pejabat Satelit HASiL
- Pusat Transformasi Bandar (UTC)
- Borang permohonan boleh dicetak daripada portal STR
- Hadir ke:
Info dan Pertanyaan Mengenai STR
Orang ramai diingatkan agar merujuk laman web khas Belanjawan 2025 Malaysia MADANI yang disediakan oleh Kementerian Kewangan bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai Belanjawan 2025.
Laman web ini boleh diakses menerusi pautan di bawah: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/
Talian Bantuan Khas Kerajaan
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:
- Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
- Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
- Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
- Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.
Soalan Lazim (FAQ) STR Bujang Fasa 2 Tahun 2025
Pembayaran STR Fasa 2 bagi kategori bujang akan dibuat bermula 24 Mac 2025 (Isnin) secara berperingkat mengikut bank penerima.
Jumlah bayaran untuk kategori bujang yang layak adalah sebanyak RM150, bergantung kepada status kelulusan permohonan.
– Individu bujang yang memenuhi syarat berikut:
– Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
– Berumur 21 hingga 59 tahun (OKU: 19 hingga 59 tahun)
– Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
– Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa
Semakan boleh dibuat melalui Portal MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang didaftarkan.
Penerima perlu hadir ke cawangan BSN untuk menuntut bayaran secara tunai selepas semakan status menunjukkan “Gagal Kredit”.