HomeBantuanSTR Bujang Fasa 1: Semakan Status & Jumlah Bayaran Bantuan

STR Bujang Fasa 1: Semakan Status & Jumlah Bayaran Bantuan

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kategori Bujang Fasa 1 2025.

Kerajaan meneruskan komitmen membantu golongan bujang melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tahun 2025. 

Individu bujang merupakan anda kategori yang akan menerima bayaran dalam STR fasa 1 2025.

Untuk makluman, kerajaan akan menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 kepada lebih 8.3 juta penerima bermula 22 Januari 2025. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, bagi penerima baharu dan mereka yang membuat kemas kini maklumat, bayaran akan dilakukan secara berperingkat selepas proses pengesahan selesai.

Mudah-mudahan dengan bayaran STR Fasa 1 ini dapat meringankan kewangan golongan bujang.

Kelayakan Bujang untuk Menerima STR

Secara keseluruhan, individu bujang yang layak menerima STR adalah;

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  3. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  4. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  5. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Tarikh Bayaran STR Fasa 1

Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan dibuat secara berperingkat mulai:

  • 22-28 Januari 2025 untuk penerima dengan akaun bank (pengkreditan terus).
  • 22 Januari 2025 untuk bayaran tunai melalui cawangan BSN.

Bayaran ini akan dibuat secara berperingkat mengikut bank masing-masing sehingga tarikh yang ditetapkan.

Tarikh Pembayaran STR Fasa 1 2025

Semakan STR Fasa 3 Bujang

Bagi mengetahui status terkini STR Bujang Fasa 1 2025, semakan boleh dibuat melalui beberapa kaedah;

Kaedah Semakan Status STR

  • Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Status; atau
  • Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit; atau
  • Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran

Semakan Status STR Fasa 1 di portal MySTR bantuantunai.hasil.gov.my

  1. Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/ 
  2. Klik log masuk MySTR
  3. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  4. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  5. Masukkan Kata Laluan
  6. Klik Semakan Permohonan
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
    1. Status terkini seperti nama, no mykad, status pedalaman, status permohonan pertama, status permohonan semasa
    2. Maklumat Pembayaran (Jika Ada) dan jumlah yang telah di bayar

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login?

Jika anda terlupa kata laluan MySTR dan tidak dapat login, berikut adalah panduan untuk memulihkan akses akaun anda berdasarkan maklumat dalam panduan pengguna STR:

  1. Log Masuk dan Pilih “Terlupa Kata Laluan”
    • Pergi ke laman log masuk MySTR.
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit).
    • Klik pada pautan “Terlupa Kata Laluan”.
  2. Pengesahan MyKad dan Emel
    • Nombor MyKad anda akan dipaparkan di skrin soalan keselamatan, tekan butang “Semak”.
    • Masukkan emel yang telah didaftarkan dalam Borang Permohonan STR.
    • Klik butang “Seterusnya”.
  3. Kata Laluan Sementara
    • Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
    • Jika tiada emel, klik butang “Seterusnya” dan frasa keselamatan akan dipaparkan.
    • Isi 3 soalan keselamatan dan klik butang “Seterusnya”.
  4. Penukaran Kata Laluan
    • Masukkan kata laluan baharu dan pengesahan kata laluan.
    • Klik butang “Tukar Kata Laluan”.
  5. Log Masuk dengan Kata Laluan Baharu
    • Pilih Log Masuk.
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit).
    • Masukkan kata laluan sementara yang telah diemelkan.
    • Klik butang “Log Masuk”.
  6. Tukar Kata Laluan Baharu di MySTR
    • Setelah berjaya log masuk, MySTR akan dipaparkan.
    • Klik menu “Tukar Kata Laluan”.
    • Masukkan kata laluan baharu anda.
    • Penukaran kata laluan berjaya.

Untuk maklumat lanjut, rujuk PANDUAN PENGGUNA TERLUPA KATA LALUAN MySTR

Jumlah Bayaran Bujang Fasa 1

Jumlah keseluruhan kategori bujang bagi Sumbangan Tunai Rahmah 2025 adalah RM600.

Untuk fasa 1 (bulan Januari), kadar bayaran untuk bujang adalah RM150.

Jumlah Bayaran Bujang STR Fasa 1 2025

Manakalah penerima dari kategori isi rumah dan warga emas akan menerima bayaran seperti berikut;

  • Isi Rumah (Pendapatan ≤ RM2,500): RM500
  • Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 – RM5,000): RM150 – RM300
  • Warga Emas Tiada Pasangan: RM150

Siapakah yang Layak Menerima STR Fasa 1?

Pembayaran ini melibatkan dua kategori penerima: 

  1. Penerima sedia ada dan 
  2. Penerima baharu 

Jadual Pembayaran STR Fasa 1

Berikut adalah maklumat yang ada perlu tahu mengenai jadual pembayaran STR fasa 1 untuk penerima sedia ada atau  penerima baharu

1. Kaedah Pembayaran STR Fasa 1

  • Pembayaran STR Fasa 1 akan dilakukan melalui dua kaedah utama: secara kredit terus ke akaun bank dan secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Mempunyai Akaun Bank: Bagi penerima yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun mereka.
  • Tiada Akaun Bank: Bagi penerima tanpa akaun bank, termasuk mereka di Sabah, Sarawak, dan W.P Labuan, pembayaran akan dilakukan secara tunai melalui cawangan BSN.

2. Tarikh Pembayaran Tunai Melalui BSN

  • Penerima sedia ada yang tiada akaun bank boleh mengambil pembayaran tunai mereka mulai 22 Januari 2025.
Notis Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2025 BSN Malaysia

Info dan Maklumat Lanjut

Penerima STR bujang dinasihatkan berhati-hati dengan modus operandi scammer yang menggunakan STR untuk mengenakan anda seperti menerima panggilan telefon, pautan semakan STR dan sebagainya.

Untuk info terkini lagi sahih, anda boleh rujuk laman rasmi kerajaan seperti;

Soalan Lazim (FAQ)

1. Berapakah jumlah bayaran yang akan diterima oleh kategori bujang dalam STR Fasa 1?

Kategori bujang akan menerima bayaran sebanyak RM150 dalam STR Fasa 1.

2. Bilakah tarikh pembayaran STR Fasa 3 untuk kategori bujang?

Mulai 22 Januari 2025 (Rabu) secara berperingkat

3. Apakah kaedah pembayaran STR Fasa 3 bagi kategori bujang?

1. Mempunyai Akaun Bank: Pembayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun.
2. Tiada Akaun Bank: Pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

4. Bagaimana cara untuk menyemak status STR Fasa 3 bagi kategori bujang?

a. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah: https://bantuantunai.hasil.gov.my (Log Masuk MySTR > Semakan Status).
b. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah: Muat turun di Play Store.
c. Hotline BKK: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
d. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
e. Pejabat HASiL yang berhampiran.


Lihat Juga:
Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan SARA 2025)

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments