Sekiranya ada tidak sempat ganti puasa pada 2024 (1445 Hijrah) atau tahun-tahun sebelumnya, ada perlu membayar fidyah puasa.
Untuk makluman, bayaran fidyah bagi negeri-negeri di Malaysia adalah tidak sama dan terdapat kadar yang berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain.
Penetapan kadar fidyah ini ditentukan oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri di Malaysia.
Oleh itu, mari kita lihat kadar fidyah di Malaysia berdasarkan negeri masing-masing.
Apa Itu Fidyah?
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Bagi mereka yang tidak sempat menggantikan puasa adalah WAJIB untuk membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Firman Allah SWT:
“…dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.” (Surah Al-Baqarah: Ayat 184)
Hukum Membayar Fidyah
Hukum membayar fidyah adalah wajib.
Fidyah adalah bayaran denda yang dikenakan kepada individu yang tidak dapat menggantikan puasa Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya Ramadan tahun berikutnya.
Siapa yang dikenakan Fidyah?
5 golongan yang wajib dikenakan fidyah iaitu;
- Orang yang uzur dan sakit tua
- Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak yang khuatir keselamatan bayi yang dikandung atau anak yang sedang disusukan.
- Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak namun khuatir akan keselamatan dirinya ketika berpuasa
- Orang yang telah meninggal dunia yang belum sempat menggantikan puasanya
- Orang yang sengaja meninggalkan puasa Ramadhan dan tidak sempat ganti namun telah melangkah tahun berikutnya (bulan ramadhan)
Qada Puasa atau Bayar Fidyah?
Bagi mereka yang tidak sempat menggantikan puasa adalah WAJIB untuk membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Bagi sesetengah orang, ada yang hanya perlu bayar fidyah sahaja dan ada yang perlu qada puasa sahaja. Walaupun begitu, ada yang perlu bayar fidyah dan juga qada puasa bersama.
Infografik berikut menjelaskan tentang golongan yang perlu qada, bayar fidyah atau kedua-duanya.
Kadar Bayaran Fidyah Mengikut Negeri-Negeri di Malaysia Bagi Tahun 2025/1446H
Kadar bayaran fidyah mengikut negeri-negeri seluruh Malaysia tahun 2025 sebagaimana berikut;
NEGERI | KADAR FIDYAH |
PERLIS | RM5.00 |
KEDAH | RM2.00 |
PULAU PINANG | RM1.75 |
PERAK | RM1.90 |
SELANGOR | RM2.00 |
NEGERI SEMBILAN | RM1.75 |
MELAKA | RM2.00 |
JOHOR | RM1.75 |
PAHANG | RM1.75 |
TERENGGANU | RM2.50 |
KELANTAN | RM1.75 |
SABAH | RM1.90 |
SARAWAK | RM1.90 |
WILAYAH PERSEKUTUAN | RM4.00 |
Cara Pembayaran Fidyah Mengikut Negeri-negeri
Kaedah pembayaran Fidyah adalah berbeza mengikut negeri masing-masing.
Ada yang tidak menggunakan kaedah gandaan dan ada negeri yang menggunakan kaedah gandaan (bilangan tahun yang ditinggalkan) *pilihan atas kemampuan
Namun secara asasnya, pengiraan adalah sebagaimana berikut;
- Bilangan Hari Puasa Yang Ditinggalkan x Jumlah Pertambahan Bilangan Tahun x Nilai Fidyah Semasa = Jumlah Fidyah Puasa Perlu Dibayar
- Contoh pengiraan negeri Kelantan (ada gandaan) – 10 hari X 2 tahun X RM1.75 = RM35.00
No. | Negeri | Kaedah Bayaran |
1. | Johor | https://www.maij.gov.my/?page_id=483 |
2. | Kedah | http://fidyahkedah.gov.my/ |
3. | Kelantan | https://efidyah.e-maik.my/ |
4 | Melaka | https://fidyah.maim.gov.my/ |
5 | Negeri Sembilan | https://www.mains.gov.my/fidyah/fidyah.php |
6 | Pahang | https://zakatpahang.my/fidyah/ |
7 | Perak | https://fidyah.maiamp.gov.my/ |
8 | Perlis | Pindahan Akaun (BIMB)No. Akaun: 090 100 1000 2497 |
9 | P. Pinang | https://zakatpenang.com/zakat-fidyah/ |
10 | Sabah | Pindahan AkaUn (MAYBANK) No. Akaun: 5601 4868 5147 atas nama Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah |
11 | Sarawak | https://fidyah.tbs.org.my/ |
12 | Selangor | https://www.zakatselangor.com.my/ |
13 | Terengganu | Pindahan Akaun (BIMB)Nama: Sumber Am / BaitulmalNo. Akaun: 13017010056952 |
14 | W. Persekutuan | https://www.zakat2u.com.my/ |
Info Lanjut
Maklumat Terkini berhubung Pembayaran Fidyah 2025/1446H di Media Sosial Majlis Agama Islam Negeri Masing-masing
No. | Negeri | Laman Rasmi Facebok |
1. | Johor | Majlis Agama Islam Johor |
2. | Kedah | Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman |
3. | Kelantan | Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Negeri Kelantan |
4 | Melaka | Zakat Melaka |
5 | N. Sembilan | Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan MAINS |
6 | Pahang | Majlis Ugama Islam & Adat Resam Negeri Pahang |
7 | Perak | Zakat Perak -MAIPk |
8 | Perlis | Majlis Agama Islam dan Adat Istiada Melayu Perlis (MAIPs) |
9 | P. Pinang | Zakat Pulau Pinang |
10 | Sabah | Bahagian Zakat & Fitrah MUIS |
11 | Sarawak | Tabung Baitulmal Sarawak |
12 | Selangor | Lembaga Zakat Selangor |
13 | Terengganu | Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu- Official |
14 | W. Persekutuan | Pusat Pungutan Zakat |