HomeSemakanSemakan TemuDuga dan ujian UPU 2025 lepasan SPM

Semakan TemuDuga dan ujian UPU 2025 lepasan SPM

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA DAN/ATAU UJIAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2025/2026

Semakan Temuduga UPU dan Ujian bagi Program lepasan SPM 2025 dibuka pada 14 April.

Calon lepasan SPM yang telah memohon program pengajian melalui UPUOnline bagi sesi akademik 2025/2026, kini boleh menyemak panggilan temu duga dan/atau ujian kelayakan bermula pada 14 April 2025 (Isnin).

Semakan ini penting bagi calon yang memohon program yang memerlukan proses penilaian tambahan seperti temu duga atau ujian bertulis sebelum ditawarkan tempat di IPTA pilihan masing-masing.

Lihat Juga: Isu Semasa Pendidikan 2025: Contoh Isu Terkini Di Malaysia

Apa Itu Temu Duga dan Ujian Kelayakan UPU?

Temuduga dan ujian kelayakan UPU merupakan sebahagian daripada proses saringan untuk program tertentu yang memerlukan penilaian bukan akademik.

Antara program yang biasa melibatkan temu duga termasuk:

  • Pendidikan (contoh: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)
  • Seni Persembahan
  • Sukan & Kesihatan
  • Program Asasi Khusus
  • Program Undang-undang
  • Program Pengajian Islam Tertentu

Calon perlu hadir temu duga untuk menilai kesesuaian, minat, dan kemahiran komunikasi secara langsung.

Tarikh Penting Semakan TemuDuga dan Ujian UPU 2025

Tarikh mula semakan temuduga adalah pada 14 April 2025 (Isnin).

Calon digalakkan membuat semakan seawal mungkin untuk merancang persediaan dan kehadiran temu duga mengikut tarikh yang ditetapkan oleh IPT.

Senarai Link Rasmi Semakan TemuDuga UPU 2025

Berikut ialah pautan rasmi semakan panggilan temuduga dan ujian bagi setiap IPTA/agensi yang terlibat:

  1. UPSI – https://kemasukan.upsi.edu.my
  2. UTHM – https://wapps.uthm.edu.my/tawaran
  3. UniSZA – https://www.unisza.edu.my/tawaran
  4. UiTM – https://pengambilan.uitm.edu.my
  5. UMK – https://capsule.umk.edu.my/admission/interview
  6. UKM – https://apps.mu.ukm.my/etemuduga/asasi/semakanasasi
  7. UPNM – https://kemasukan.upnm.edu.my/temuduga
  8. POLITEKNIK – https://ambilan.mypolycc.edu.my
  9. KOLEJ KOMUNITI – https://ambilan.mypolycc.edu.my
SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA DAN:ATAU UJIAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2025:2026

Cara Semak Temu Duga UPU 2025

Ikuti langkah mudah berikut untuk menyemak status temu duga:

  1. Klik pautan IPT yang berkaitan seperti di atas.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor permohonan UPU.
  3. Tekan butang “SEMAK”.
  4. Paparan status akan menunjukkan sama ada anda dipanggil temu duga atau tidak.
  5. Cetak surat panggilan dan nota penting sekiranya dipanggil.

Senarai Program Pengajian Yang Memerlukan Temu Duga atau Ujian UPU 2025

Bagi sesi kemasukan ke universiti awam tahun 2025/2026, terdapat beberapa program pengajian yang memerlukan calon menghadiri temu duga atau ujian khas sebelum layak ditawarkan tempat.

Program ini lazimnya menilai lebih daripada pencapaian akademik semata-mata — seperti bakat, sahsiah, komunikasi dan minat calon.

Berikut adalah senarai program yang terlibat:

1. Program Pendidikan

Semua program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di universiti awam memerlukan temu duga. Ia penting untuk menilai kesesuaian calon sebagai bakal guru.

2. Program Seni dan Rekabentuk

Termasuk kursus seperti Seni Halus, Animasi, Reka Grafik, Reka Bentuk Fesyen dan lain-lain. Ujian kemahiran atau portfolio biasanya diperlukan.

3. Program Seni Persembahan

Contohnya muzik, teater dan tarian. Calon perlu menunjukkan bakat melalui ujian praktikal dan temu duga.

4. Program Senibina

Bagi program Senibina dan Reka Bentuk Dalaman, calon dinilai melalui ujian lukisan dan temu duga teknikal.

5. Program Pengajian Islam Tertentu

Termasuk program seperti Tahfiz al-Quran atau Syariah yang memerlukan ujian hafazan atau kefahaman teks Arab.

6. Program Sains Sukan

Temu duga dan ujian kecergasan fizikal dijalankan bagi mengenal pasti tahap kesediaan fizikal dan pengetahuan sukan calon.

7. Program Komunikasi Massa

Bagi bidang penyiaran, kewartawanan dan komunikasi korporat, calon biasanya diuji dari segi kemahiran komunikasi dan penulisan.

8. Program Bahasa Asing

Program bahasa seperti Jepun, Korea, Mandarin, Perancis dan lain-lain menilai minat serta asas penguasaan bahasa calon.

9. Program Pengurusan Hotel dan Pelancongan

Temu duga dijalankan bagi menilai keterampilan dan kesesuaian calon dalam industri perkhidmatan.

10. Program Undang-Undang

Walaupun tidak semua, ada institusi yang menjalankan temu duga bagi menilai keupayaan pemikiran kritis dan komunikasi calon.

Tips Hadiri Temu Duga UPU Dengan Cemerlang

Agar peluang anda lebih cerah untuk diterima:

8 Senarai Semak Temu Duga UPU 2025

Berikut ialah senarai semak penting sebelum hadir temu duga UPU sesi 2025/2026:

  1. Semak & Kaji Program
    • Fahami visi, misi, dan latar belakang universiti serta program yang dipohon.
  2. Sediakan Dokumen Lengkap
    • Resume ringkas
    • Salinan kad pengenalan (disahkan & dipalang)
    • Sijil akademik (disahkan)
  3. Latihan Soalan Temu Duga
    • Praktis jawapan untuk soalan popular seperti kenapa pilih jurusan dan kelebihan diri.
  4. Pengetahuan Am & Isu Semasa
    • Ambil tahu isu semasa berkaitan jurusan seperti pendidikan, ekonomi, teknologi.
  5. Etika Pemakaian
    • Lelaki: Jaket, seluar slack, kemeja & tali leher
    • Perempuan: Blouse, seluar/skirt labuh, tudung (jika Muslimah)
  6. Datang Awal atau Bersedia Awal (Jika Online)
    • Hadir 30 minit awal, atau uji kamera dan internet jika secara dalam talian.
  7. Komunikasi Yakin & Sopan
    • Jawab dengan jelas, elak nada gugup, beri reaksi positif & tenang.
  8. Maklum Balas & Soalan Balik
    • Tunjuk minat dengan bertanya soalan berkaitan program atau universiti.

Soalan Lazim (FAQ) Tentang Temu Duga UPU

1. Siapa yang perlu hadir temuduga UPU?

Calon yang memohon program bertemu duga atau ujian seperti yang dinyatakan dalam iklan permohonan UPU.

2. Boleh tak hadir temu duga?

Tidak hadir tanpa alasan kukuh boleh menyebabkan permohonan anda terbatal secara automatik.

3. Adakah semua program perlu temu duga?

Tidak. Hanya program tertentu sahaja. Semakan dalam sistem akan nyatakan jika anda perlu hadir atau tidak.

4. Bagaimana jika saya terlepas tarikh semakan?

Tiada rayuan lewat. Anda perlu peka dengan tarikh penting dan kerap semak laman rasmi.

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments