HomeInfoRTM Klik Olimpik 2024: Live dan Jadual Atlet Malaysia 

RTM Klik Olimpik 2024: Live dan Jadual Atlet Malaysia 

Siaran Langsung dan Live Streaming Olimpik Paris 2024 di RTM KLIK.

RTM sebagai penyiar rasmi temasya sukan berprestij Sukan Olimpik Paris 2024 menawarkan siaran secara percuma selama 578 jam termasuk 170 jam siaran secara langsung.

Peminat-peminat sukan tanah air jangan lupa memberi sokongan kepada 26 atlet Malaysia dalam acara sukan yang kita sertai iaitu Akuatik Terjun & Renang, Pelayaran, Menembak, Berbasikal Trek dan Lebuhraya, Angkat Berat, Badminton, Golf, Memanah dan juga Olahraga.

Dalam Sukan Olimpik Paris 2024, Malaysia beraspirasi untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas. Harapan tersebut difokuskan kepada sukan berbasikal trek dan badminton, di mana atlet seperti Dato’ Mohd Azizulhasni Awang dan Lee Zii Jia menjadi tumpuan utama untuk mencapai matlamat ini. 

Di samping itu, terdapat lima sukan lain yang dijangka berpotensi menyumbang pingat, termasuklah badminton, berbasikal, terjun, memanah, dan sukan perahu layar.

Misi utama kontinjen negara adalah untuk meraih pingat emas pertama dalam sejarah penyertaan Malaysia di Sukan Olimpik, satu sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Siaran Langsung Olimpik Paris di RTM Klik

Acara-acara sukan Olimpik Paris boleh ditonton secara langsung saluran TV Okey dan Sukan TV RTM.

Selain itu live streaming Olimpik juga di siarkan melalui aplikasi RTM Klik;

Siaran Langsung Olimpik Paris di RTM Klik

Di RTM Klik, anda boleh menonton pelbagai siaran langsung Sukan Olimpik Paris 2024 melalui enam saluran yang berbeza. Paparan video disertakan dengan butang kawalan dan keterangan siaran langsung, memberikan maklumat acara yang sedang berlangsung.

Selain itu, terdapat pilihan menu “Medal” dan “Schedule” untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kedudukan pingat dan jadual acara. Antaramuka ini memudahkan pengguna mengikuti perkembangan sukan dengan mudah dan interaktif.

Apa Itu RTM Klik?

RTM Klik merupakan platform digital yang disediakan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menonton siaran langsung dan kandungan video atas permintaan dari saluran TV dan radio RTM. 

Pengguna boleh menikmati pelbagai program termasuk berita, hiburan, sukan, dan rancangan khas secara langsung melalui laman web RTM Klik atau aplikasi mudah alih. 

Aplikasi ini boleh diakses melalui peranti iOS dan Android, membolehkan pengguna menonton dan mendengar siaran RTM di mana sahaja dengan sambungan internet​.

Jadual Atlet Malaysia Untuk Olimpik 2024

Bagi mengelakkan kekeliruan anda tentang jadual game bagi atlet Malaysia, anda boleh merujuk info terkini melalui saluran rasmi berikut;

Kesemua laman page di atas menyedia maklumat terkini untuk jadual atlet-atlet Malaysia yang bertanding pada tahun ini.

26 Atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024

Senarai Atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024

Berikut merupakan senarai atlet Malaysia berdasarkan jenis sukan atau acara dalam sukan Olimpik Paris 2024;

Akuatik (Terjun)

  • Bertrand Rhodict Lises – Platform 10m Lelaki
  • Nur Dhabitah Sabri – Papan Anjal 3m Wanita

Akuatik (Renang)

  • Khiew Hoe Yean – Gaya Bebas 400m Lelaki
  • Tan Ruoxin – Dada 100m Wanita

Pelayaran

  • Nur Shazrin Mohamad Latif – ILCA 6
  • Khairulnizam Mohd Afendy – ILCA 7

Menembak

  • Jonathan Wong – Pistol Udara 10m

Berbasikal (Trek dan Lebuhraya)

  • Dato’ Mohd Azizulhasni Awang – Pecut dan Keirin Lelaki
  • Muhammad Shah Firdaus Sahrom – Pecut dan Keirin Lelaki
  • Nurul Izzah Izzati Mohd Asri – Pecut dan Keirin Wanita
  • Nur Aisyah Mohamad Zubir – Perlumbaan Jalan Raya Wanita

Angkat Berat

  • Mohamad Aniq Kasdan – Kategori 61kg Lelaki

Badminton

  • Lee Zii Jia – Perseorangan Lelaki
  • Aaron Chia – Beregu Lelaki
  • Soh Wooi Yik – Beregu Lelaki
  • Pearly Tan – Beregu Wanita
  • Thinaah Muralitharan – Beregu Wanita
  • Chen Tang Jie – Beregu Campuran
  • Toh Ee Wei – Beregu Campuran
  • Goh Jin Wei – Perseorangan Wanita

Golf

  • Gavin Kyle Green – Lelaki
  • Ashley Lau Jen Wen – Wanita

Memanah

  • Ariana Nur Dania Mohamad Zairi – Individu Wanita, Pasukan Wanita
  • Syaqiera Mashayikh – Pasukan Wanita
  • Nurul Azreena Mohamad Fazil – Pasukan Wanita

Olahraga

  • Azeem Fahmi – 100m Lelaki

Harapan Rakyat Malaysia

Harapan rakyat Malaysia untuk Sukan Olimpik Paris 2024 amat tinggi, dengan banyak pihak meletakkan sasaran untuk meraih pingat emas pertama dalam sejarah penyertaan Malaysia di Sukan Olimpik. 

Antara atlet yang menjadi tumpuan untuk merais pingat Emas Pertama  adalah Dato’ Mohd Azizulhasni Awang dalam sukan berbasikal trek dan Lee Zii Jia dalam badminton.

Selain itu, harapan tinggi juga buat pasangan beregu lelaki dan wanita negara dalam acara badminton iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta Pearly Tan Thinaah Muralitharan bagi kategori Beregu Wanita.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga telah mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan kejayaan kontinjen negara. Beliau menegaskan bahawa misi utama kontinjen adalah untuk mencipta sejarah dengan memenangi pingat emas pertama bagi Malaysia di temasya sukan terbesar dunia ini​.

Ayuh sama-sama kita bersemangat menyokong pasukan kita di pentas berprestij ini.


Lihat Juga:
The Malaya: Konsep Tema Baju Perasmian Olimpik 2024 Malaysia

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments