HomeBiasiswaProgram Khas Jepun Korea Perancis & Jerman (JKPJ) 2024

Program Khas Jepun Korea Perancis & Jerman (JKPJ) 2024

TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT PERSEDIAAN DAN IJAZAH PERTAMA DI BAWAH PROGRAM KHAS JEPUN, KOREA, PERANCIS DAN JERMAN (JKPJ) TAHUN 2024.

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2024.

Program penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2023 yang
berminat dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (S&T) dan Sains
Sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman
.

Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

Apakah itu Program Khas Jepun, Korea, Perancis Dan Jerman (JKPJ) 2024?

Program Khas JKPJ Tahun 2024 merupakan program penajaan JPA berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar lepasan SPM tahun 2023 dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (S&T) dan Sains Sosial ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. 

Pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

Iklan Program Khas Jepun, Korea, Perancis Dan Jerman (JKPJ) 2024

Tempoh Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman web JPA mulai 27 Mei 2024 (Isnin), 2.00 petang hingga 9 Jun 2024 (Ahad), 5.00 petang. 

Pemohon hendaklah membaca dan memahami kesemua panduan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi program ini sebelum membuat permohonan.

Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Bentuk Penajaan

Penajaan program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  1. Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan
  4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar bali sepenuhnya nilai pinjaman.

Syarat Umum Program JKPJ 2024

Syarat Umum 

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian,
  3. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA; iv. Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama;
  4. Menduduki peperiksaan SPM 2023 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian; dan
  5. Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

Syarat Khusus

Cara Memohon

Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di https://bmipenajaan.jpa.gov.my  bermula 27 Mei 2024 (Isnin), 2.00 petang hingga 9 Jun 2024 (Ahad), 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

  • Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Sebarang perubahan maklumat permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
  • Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan Ujian Khas Penajaan Persekutuan (UKPP) dan Indeks Bimbingan Kerjaya (IBK) yang akan dibuka mulai 27 Mei 2024 (Isnin), 2.00 petang hingga 9 Jun 2024 (Ahad), 5.00 petang melalui Sistem ePermohonan. Calon yang tidak menduduki ujian ini adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.
  • Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan UKPP, Slip Pengesahan IBK dan Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JKPJ Tahun 2024 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  • Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.

Student Assessment Centre (SAC)

Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC.

Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA. 

Program SAC dijadualkan berlangsung mulai 24 hingga 28 Jun 2024 mengikut zon pusat temu duga.

Tarikh-tarikh Penting

AktivitiTarikh / Hari
Permohonan dibuka27 Mei 2024 (Isnin) | 2.00 petang
Permohonan ditutup9 Jun 2024 (Ahad) | 5.00 petang
Pengisian UKPP & IBK27 Mei 2024 (Isnin) | 2.00 petang
–
9 Jun 2024 (Ahad) | 5.00 petang
Semakan Panggilan SAC19 Jun 2024 (Rabu) | 9.00 pagi
–
21 Jun 2024 (Jumaat) | 4.00 petang
Tempoh SAC24 Jun 2024 (Isnin) – 28 Jun 2024 (Jumaat)
Jangkaan Keputusan25 Julai 2024 (Khamis) | 12.00 tengah hari

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan penajaan dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang https://bmipenajaan.jpa.gov.my  pada 25 Julai 2024 (Khamis), 12.00 tengah hari.

Pelajar yang tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Info dan Pertanyaan

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call center iaitu 03-8885 3297 (jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang) atau e-mel [email protected]  (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

Sumber: ePermohonan Jabatan Perkhidmatan Awam


Artikel Berkaitan;

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments